Showing posts with label Kisah Kehidupan.... Show all posts
Showing posts with label Kisah Kehidupan.... Show all posts

Monday, January 13, 2014

Perjalanan 2014 yang belum pasti

2014...

Satu permulaan tahun baru untuk kita semua. Ia mungkin bukan permulaan sepenuhnya tapi lebih kepada permulaan untuk meneruskan catatan kehidupan di muka surat atau lambaran seterusnya.

Aku...

Tidak banyak yang ingin dijadikan azam pada tahun 2014. Apa yang aku inginkan pada tahun 2013 masih belum selesai dan baru saja pada peringkat permulaan.

Jauh...

Perjalanan hidup ku sukar nak d bayangkan dengan kata-kata kerana ia amat "complicated" dan itulah risiko yang aku harus tempuhi untuk mencapai sesuatu yang aku inginkan selama ini. Mungkin bagi sesetengah kita "arghhh... ada lagi kisah yang lebih teruk dari kau!...". Memang ia tidak dapat di nafikan cuma lain orang lainlah pandangan dan pendapatnya.

Risiko...

Sesuatu yang memang aku telah fikirkan sebelum melakukan sesuatu supaya ia tidak menyakitkan sesiapa yang bakal memegang amanah itu. Itulah yang aku lakukan supaya sentiasa bersedia walau bagaimanapun dugaan melanda.

Kebahagiaan...

Semua inginkannya, tapi sejauh mana perjalanan itu akan terus bersemi jika tiada pengorbanan. Perjalanan kebahagiaan aku dan pasanganku berjalan seperti yang aku rancang. Semuanya telah aku tempuhi dengan tenang pada tahun 2013, kini 2014 dugaannya mungkin semakin besar. Cabaran demi cabaran yang harus ditempuhi tanpa mengira apapun.

Mampukah...

Ia satu petanda yang kurang elok sekiranya kita cepat putus asa dan lemah semangat. Jangan di jentik sikit lalu jatuh dan tidak bangun. Dunia semakin mencabar dan kita seharusnya berfikiran positif dan perasaan itu haruslah mengatasi yang negatif jika benar-benar ingin berjaya dan mencapai apa yang di impikan tidak kira ia dalam bentuk perasaan, cinta dan lain-lain.

Teruskan...

Seperti mana aku yang berkorban untuk mendidik anak orang yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang aku seharusnya kuat semangat untuk meneruskan apa yang aku hajati selama ini, ia itu membina mahligai cinta bersamanya. Usaha ditangan sendiri "hendak seribu daya..." itu yang aku lakukan walaupun perjalanan terlalu banyak dugaan namun ia hanya sementara jika kita benar-benar tekun menjalaninya.

Redha...

Ia antara jalan terakhir yang harus diterima sekiranya perjalanan itu terhenti begitu sahaja. Dan ingat pada pencipta kita dan akuilah bahawa jika ikhlas itu ada pada diri kita nescaya ia akan dibayar dengan sesuatu yang akan kita banggakan sehingga akhir hayat kita.

Wednesday, March 6, 2013

Senyum dikala Duka

Berkarya itu kena ada mood dan feel. Itu yang dapat aku gambarkan pada diri sendiri yang telah lama menyepi untuk berkarya diruangan ini.

"Senyum Dikala Duka". Ia adalah sebuah pemahaman untuk menyedarkan diri sendiri agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Jika diamati, sesetengah di antara kita bila ditimpa musibah atau masalah mereka boleh tersenyum dan tidak menunjukkan reaksi yang mereka sebenarnya memang sedang berduka yang teramat.

Kenapa ia terjadi? Antara penyebabnya ialah kemungkinan dia merasakan bahawa tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan sudah tentu ada sebab kejadian itu berlaku. Dalam erti kata lain seseorang itu mungkin dekat dan sentiasa ingat pada penciptaNya.

Pada diri aku, apa yang berlaku itu semuanya telah dirancang dan tidak semuanya yang kita inginkan kita akan dapat. Jadi tak perlu terlalu beremosi seperti orang yang sudah tidak berakal tapi jangan pula control kerana kadangkala bila ianya berlaku sedemikian pasti lambat laun akan terserlah jua. Yang penting sentiasa berdoa dan mohon agar dipermudahkan segalanya.

Wednesday, December 12, 2012

AKu Masih Bernyawa

Alhamdulillah, Hari ini bertambah setahun lagi usiaku. Tarikh keramat 12.12.2012. Tidak ada apa yang perlu aku katakan melainkan syukur padamu Ya Allah, tuhan semesta alam. Segala apa yang engkau berikan padaku selama ini aku amat mensyukurinya.

Dalam perjalanan hidup aku, dugaan itu adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi setiap manusia. Ringan berat itu terpulang kepadaNya untuk menguji sejauh mana kekuatan hambaNya itu.

Aku antara yang tidak terlepas dari dugaan itu. Cara aku mengatasinya mudah sahaja, hanya perlu kesabaran dan dekat padaNya. Dan paling mudah lakukan kebaikan kepada orang lain walaupun anda sering diperburukan dihadapan orang lain.

Nercaya suatu masa anda akan sedar kenapa dugaan itu datang dan apabila anda mengecapi kebahagiaan yang anda inginkan maka anda akan tahu nikmatnya.

Tuesday, November 6, 2012

Andai itu satu kepastian

Alhamdulillah. Aku masih lagi mampu mengarang di blog ini walaupun setelah sekian lama menyepi. Akibat kesibukan kerja dan beberapa perkara yang harus diselesaikan maka kesempatan untuk singgah menulis di blog ini amatlah kurang dan jarang sekali.

Apa yang ingin dikongsi aku kali ini ialah berkaitan Perasaan dan Takdir. Aku sering bermain dengan perasaan dimana ia memberitahu aku sesuatu seperti "sudah sampai seru untuk mendirikan rumah tangga." 

Persoalannya ialah, bersediakah sudah aku meneruskan perjalanan ini? dan sudah pastikah apa yang aku pilih dan apa yang aku miliki sehingga saat ini adalah milik aku selamanya? Aku tidak pasti akan perkara ini kerana;

1. Aku mungkin pasti akan perasaannya terhadapku pada saat ini, tapi aku juga tidak pasti andai dia masih takut untuk mengubah masa lampaunya kepada kehidupan sekarang.

2. Andai dia yang terbaik untuk ku, adakah ini adalah dugaan yang aku perlu tempuhi untuk bahagia bersamanya hingga ke akhir nafasku?

3. Jika cinta yang mencecah 8 hingga 10 tahun lamanya itu berakhir dengan ucapan "aku terima nikahnya", adakah perkara yang sama akan berlaku padaku? dan adakah ini caranya?

Tidak siapa yang mampu memberi jawapan yang tepat kecuali pencipta dan pemberi cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Aku tidak mampu berbuat apa-apa cuma redha dan tenang dan pengubat segala-galanya adalah sabar.

Sabar itu yang membawa aku hingga ke saat ini. Di Mana kesabaran itu mengajar aku secara perlahan dalam mengenali apa sebenarnya nikmat dan pemberiaan yang akan di terima sekiranya kita sabar dan berpegang padaNya.

Dengan apa yang aku ada sekarang, aku sentiasa bersabar dan terus bersyukur walaupun dugaan yang diterima mungkin agak berat bagi sesetengah orang tapi bagi aku, selagi ada rasa yakin pada diri dan terus bersabar, segala masalah yang timbul akan pergi begitu sahaja dan segala masalah yang dihadapi walau seberat manapun akan menjadi ringan andai kita terus berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Thursday, July 26, 2012

Takdir atau Harapan?



Sedihnya lagu? pasti pembaca dah dapat mengagak apa yang bakal aku tulis untuk post kali ini.

Hari ini puasa ke-5, beberapa hari lepas aku dihimpit dengan mimpi yang aku sering cuba untuk elakkan.

Mimpi apa?

Mimpi dimana kekasihku asyik ber-video call bersama dengan lelaki yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu dan di dunia realitinya aku jarang sekali berhubung dengannya melalui panggilan telefon. Walaupun kata orang ia cuma mainan tidur atau bisikan syaitan tapi ia berlaku pada bulan Ramadhan. Setahu aku waktu ini semua syaitan digari, jadi yang menjadi persoalan apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu?

Aku malas nak mengagak ke arah yang negatif, aku cuma mampu beranggapan 50/50. Ia mainan tidur dan ia mungkin juga kenyataan kerana setiap kali mimpi aku sering berlaku dikehidupan sebenarku.

Hari ini 26hb Julai 2012 genaplah 395 hari kami menjalinkan hubungan cinta. Adakah ini ujian terbaru untuk aku? Aku tak tahu, hanya mampu mengikut perkembangan semasa.

Wednesday, July 11, 2012

Cinta itu unik?

Dalam kehidupan bercinta terutamanya untuk pasangan kekasih, kebiasaannya berlaku salah faham yang enggan diberitahu kepada pasangan mereka dan akhirnya mengundang rasa curiga dan kemarahan sehingga menjadikan sesebuah percintaan itu rapuh dan tidak bernilai lagi. 

Kenapa agak mudah untuk meluahkan rasa tetapi enggan menerima kekurangan masing-masing?

Secara logik akal pasangan kekasih selalunya dikaitkan dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Kenapa ia tidak dinilai melalui perbezaan jantina ketika bercinta? dan seolah-olah kuasa cinta itu mampu menggabungkan dua benda berbeza menjadi 1 perkara yang sama.

Kebanyakan pasangan enggan bertolak ansur dan mudah memilih emosi dari memikirkan kesan pada jangka masa panjang. Dan ada pula yang menimbulkan rasa kesal terhadap keadaan yang menimpa.

Kenapa tidak sabar dengan dugaan?

Rasanya kebanyakan hubungan yang berbentuk percintaan selalunya tidak akan lari dari dugaan dan cabaran begitu juga dengan kehidupan seharian seorang solo bukan?

Cuma yang membezakan adalah berseorangan dan berpasangan. Dari pandangan kasar, jika kita melihat "couple" berjalan mesra pasti kita akan ingat mereka adalah pasangan paling bahagia, sedangkan anda tidak mengetahui apa yang mereka lalui sebelum mereka menemui kebahagiaan tersebut.

Saya turut tidak terkecuali dari perkara dan ancaman tersebut. pelbagai ujian dan dugaan besar yang saya terima sebelum mencapai tahap yang boleh saya syukuri.

Cacian, Penipuan, Tangisan, Putus asa, Kecewa...

Semua itu saya telah lalui semata-mata untuk mengejar impian bergelar pasangan kekasih bersama orang yang saya cintai. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami telah pun menjalani hubungan ini setahun lebih dan ujian memang tetap ada cuma kena bersedia dari masa ke semasa.

"kenapa awak bodoh sangat bercinta dengan orang yang tidak mencintai awak?" - Itu antara cacian yang saya terima. Saya hanya mampu tersenyum kerana keputusan saya adalah bergantung kepada niat dan isi hati saya.

Saya akan kecewa jika saya tidak menunaikan apa yang saya inginkan kepada pasangan saya walaupun dia mungkin tidak mencintai saya pada ketika itu.

Sabar adalah jawapannya. Saya bercinta bukan kerana dia cantik, tetapi kerana hatinya dan personalitinya yang menjadikan dia istimewa.

Dugaan sentiasa datang dan keyakinan saya juga mula menipis. Jika ditanya apa yang membuat saya tabah, jawpannya adalah NIAT.

Saya merelakan diri saya dilayan seperti kawan biasa dan saya tidak akan menegur kerana saya percaya jika saya benar-benar ikhlas pasti Allah akan bukakan pintu hatinya untuk menerima saya seadanya. Tetapi ramai yang beranggapan itu mungkin menyebabkan dia naik kepala. bagi saya itu terpulang kepadanya, sesungguhnya Allah itu adil.

Alhamdulillah, dengan keredhaannya, saya dan dia masih berdiri bersama untuk mencapai niat dihati. Cuma apa yang penting,

Kata orang jangan diabai dan jangan pula diambil serius bahkan berfikirlah sebelum membuat keputusan kerana setiap keputusan itu adalah jalan yang anda pilih dan akan membawa anda ke lokasi pilihan anda. Ia tidak akan jelas dan tidak juga kabur, cuma ia memerlukan perhatian dan kesungguhan untuk mendapat apa yang diinginkan.

Friday, May 18, 2012

Apa Sebenarnya?

Fuh!!

Jam 00:00am 18hb Mei 2012

(Blackberry messenger )
L: Ping!! aku nak ambik barang kat rumah ko
aku: ambiklah
L: ok otw.

12: 15am

L mengambil barang dan berlalu pergi dan aku memerhati hala tuju kenderaan nya dan aku mendapati laluan kenderaannya menuju ke arah kiri, jalan menuju ke rumah kekasihku.

Aku sebelum itu telah berfikir bahawa ada tujuan disebalik semua ini. ambik barang dah lah lewat mesti ada tujuan lain.

Setiba aku di lorong rumah kekasihku...

NAH!!! terserempak dengan kereta si A yang ingin memasuki simpang rumah kekasihku itu...

Aku lalu pulang dan menukar kenderaan dan menggunakan kenderaan lain untuk mengaburi mata L agar dia tidak mengesyaki aku mengintainya.

Setalah aku menukar kenderaan dan menuju ke kawasan perumahan kekasihku, masih kelihatan kenderaan A parking di bahu jalan untuk menunggu masa masuk ke kawasan rumah itu.

Setelah 5 minit berlalu kenderaan nya pun pergi dan apabila aku pusing ke kawasan rumah kekasihku itu, aku ternampak kenderaan abangnya "parking" di rumah tersebut dan itulah punca kegagalan kenderaan L masuk ke rumah tersebut.

Persoalannya:

1. Adakah pertemuan itu adalah sesuatu yang dirancang?

2. Adakah kekasih aku ada membuat temu janji bersamanya?

3. Adakah kekasihku masih berhubung dengannya?

4. Apakah yang aku berlaku jika aku tidak berada bersamanya?

*18 Mei 2012 merupakan hari jadi kekasihku.

Sunday, May 6, 2012

Cinta & Benci

Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
T’lah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Berikut merupakan potongan lirik dari sebuah lagu yang berjudul "Cinta & Benci" nyayian Geisha.
Mungkin ramai yang boleh meramal apakah keadaan yang sedang aku hadapi.
Itulah kehidupan jika kita mencintai seseorang itu tanpa mengetahui pada awalnya, adakah seseorang itu mampu atau tidak mencintai kita seperti mana kita mencintai mereka.
Ada yang berkata cinta itu kejam. Tapi cinta itu sebenarnya dalam bentuk apa? dan bolehkah kita menyalahkan cinta dalam sesuatu perkara yang menyakiti hati kita? walhal cinta itu bukan sesuatu yang boleh bercakap mahupun berfikir.

Dalam percintaan ayat "I love you" dan "I love you too" adalah satu ayat yang sering digunakan dan dianggap ayat paling power dan boleh membuat seseorang itu percaya bahawa cintanya terbalas. Sedangkan adakalanya ayat itu digunakan oleh sesetengan pasangan untuk mengaburi atau menutup perasaan sebenar semata-mata untuk menjaga hati atau mengelakkan pertengkaran mahupun menutup penipuan yang telah dilakukan.

Walaupan Kesahihan sesuatu perasaan curiga yang dihadapi dalam sesebuah hubungan itu sukar diramal, namun bagi yang benar-benar mempunyai perasaan yang jujur dan ikhlas pasti mereka akan merasai dan sedar tentang perubahan atau tingkahlaku pasangan mereka.

Dalam kata lain hanya satu pihak yang mempertahan hubungan mereka dan satu pihak lagi hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Kejam? mungkin boleh dikatakan kejam dan mungkin juga ada sebab-sebab tertentu yang menyumbang kepada keadaan itu. Seperti contoh adanya halangan keluarga mahupun orang ketiga.

Dan bagaimana pula bagi yang benar-benar mengharapkan balasan cinta itu? Bersediakah dia jika mendapat tahu berkenaan hal bekenaan?

Dalam situasi aku, aku bersedia dan telahpun tahu perkara berkenaan cuma yang menjadi tanda tanya adakah dia sebenar mencintai aku atau telah berusaha untuk mencintai tapi tidak berjaya? Persoalan sedemikian yang sering menghantui dan jika ditanya pasti pihak tersebut berdiam diri atau "tukar topik".

Kata orang kalau tukar topik memang sah lah dia tidak mencintai anda. Tapi berhakkah anda menghukumnya sedangkan anda tahu hal/masalah yang dihadapinya?

Berbalik kepada penulisan di awal tadi yang menyatakan bahawa ada sebab-sebab tertentu yang menyumbang kepada keadaan itu. Seperti contoh adanya halangan keluarga mahupun orang ketiga.

Pada kebiasaannya ada pihak yang mempunyai sebab-sebab seperti di atas selalunya akan memberitahu pasangan mereka sebelum mereka ber"couple". ada pula sebaliknya.

Dan apa yang sering berlaku adalah jika pihak yang mempunyai sebab-sebab itu memberitahu pasangan mereka tentang hal berkenaan sedangkan mereka sebenarnya tidak pasti sama ada mereka mampu atau tidak mencintai pasangan mereka jika pihak yang melamar sanggup untuk bersama mereka dalam menjalinkan hubungan cinta.

Mereka tidak matang? Siapa? Kedua-duanya?

Dalam hal sebegini selalunya pihak yang bermasalah adalah pihak yang mempunyai halangan kerana sudah tentu pihak yang melamar sudah bersedia untuk menerima apa-apa sahaja jawapan dan perkataan yang keluar dari pihak yang nak dilamar.

Sukar nak di ramal. sebab perasaan berubah-ubah?

Ini antara perkara yang tidak dapat dielakkan, dan ia sering menghantui pihak yang benar-benar mencintai. Jika seseorang itu amat mencintai pasti mereka akan menganggap bahawa dugaan itu sentiasa datang dan ia akan pergi jika kita jujur dan ikhlas. memang benar tapi ia kadang-kala boleh menjadi sebaliknya.

Jika ia tidak pergi dan sentiasa menghantui? Tinggalkan saja?

Persoalannya sanggupkan anda meninggalkan orang yang menjadi idaman anda itu dan sanggupkan anda melihat jika dia bahagia dengan orang lain? 

Jika anda memikirkan tentang kenangan, pengorbanan dan apa saja yang pernah anda lakukan untuk dia, sudah tentu anda tidak sanggup melihat dia pergi dan hidupnya mungkin tidak seindah seperti dia bersama anda.

Dan perkara sebegini sering membuat anda STRESS!!!!

Bagaiman mengatasinya?

- berdoa dan sabar
- lakukan aktiviti yang membolehkan anda tidak memikirkannya
- bersikap positif
- sentiasa peka dan "pay attention"  dalam setiap apa yang anda dengar dan cuba kaji dan buat beberapa kesimpulan yang logik dan ia pasti membawa anda kepada sesuatu yang mungkin agak mengejutkan.
- berpisah kerana dia bukan jodoh anda.

Berpisah adakalanya memeritkan dan ia nya bukanlah jalan terakhir. Jika perlu mencuba dan lagi mampu bersabar, kenapa perlu berpisah?

Dan mungkin anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk mengetahui adakah orang yang anda cintai itu sebenarnya ambil berat tentang anda atau sebaliknya.

- cuba kurangkan layanan anda terhadapnya dan lihat reaksinya. Dari reaksi berkenaan anda pasti mendapat jawapan apa sebenarnya yang ada di dalam hatinya tapi awas! jangan mudah terpedaya dengan cubaan kali pertama. Ia mungkin satu perangkap atau "syco" sahaja supaya anda percaya.

Apa yang dapat dikatakan di sini. Jika anda jujur dan ikhlas dan ada niat untuk menikahinya, anda pasti menemui jalan penghujungnya dan begitu juga sebaliknya, Yang penting keyakinan anda dalam menjaga sesuatu hubungan itu. Ia tidak akan mudah seperti yang anda sangka dan tidak juga sukar seperti tanggapan orang sekeliling anda. Yang penting anda mencuba, kerana mencuba itu lebih baik dari mensia-siakan .


Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
T’lah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Chorus
Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
T’lah lama ku menantimu
Diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta
Ku sakit karenamu
Ulang Chorus
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Sungguh aku tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Cinta dan benci
Yang ku rasa


Sekian.
Penulis blog
corak kehidupan

Thursday, May 3, 2012

Matahari, Petir & Pelangi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. "

Itu antara ayat yang sering kita dengar dan bagaimana untuk memberitahu seseorang itu bahawa dugaan yang datang adalah ujian sebelum menempuhi kejayaan.

Begitu juga aku, setiap apa yang berlaku dalam hidup, aku berjaya menenagkan diri, walaupun adakalanya syaitan berjaya memerangkap dan mempengaruhi aku.

Hari ini 3hb Mei 2012. Perjalanan kehidupan aku agak berlainan sedikit hari ini. Disebelah petang, air mata menemani aku di kala aku dan dia berbual menerusi telefon berkenaan perjalanan kisah cinta kami.

Setelah hampir setahun hubungan ini berjalan, hari ini satu demi satu ketakutan yang menghantui hubungan kami diselesaikan. 

Setiap seorang diantara kami mahukan hubungan yang berkekalan hingga akhir nyawa bahkan ingin menjadikan hubungan ini sebagai permulaan untuk melangkah ke alam berikutnya.

Tapi dugaan tetap hadir. Aku akui aku tidak sepatutnya menjalani hubungan cinta ini bersamanya kerana dia mungkin menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berstatus Suami dan ini semuanya berlaku atas pilihan keluarga.

Entah kenapa, aku rasakan hubungan ini patut diteruskan di mana dia yang aku cintai adalah wanita yang muncul dalam mimpiku ketika aku berhajat kepada Allah untuk tunjukkan kepadaku jodoh atau teman hidupku dan aku ingin bersamanya untuk selamanya.

Akhirnya Allah tunjukkan kepada ku dan Allah satukan hati kami walaupun aku telah diberitahu oleh beliau berkenaan hal "pilihan keluarga" sebelum kami menjalinkan hubungan ini.

"saya takut awak kecewa dan saya tak nak jika apa-apa yang berlaku dalam hubungan kita, awak marah dan mengungkit apa sahaja yang awak telah berikan kepada saya."

Itulah kata yang keluar dari mulut beliau dengan nada yang sayu.

"Kenapa awak berfikiran begitu sedangkan dari mula hubungan kita saya telah berjanji pada diri saya untuk menjaga awak dan juga keluarga. Saya tidak mahu bersama awak semata-mata demi cinta. Saya inginkan awak kerana ingin menjaga awak dan keluarga. ingin melihat awak gembira cinta."

Dia berdiam

"Selagi hubungan ini masih berjalan, awak tak perlu sedih, saya ada bersama awak, saya tak nak awak mempunyai tanggapan bahawa awak tidak mempunyai apa-apa dan merasakan diri awak adalah beban untuk saya. Jodoh itu ketentuan Allah, dan saat ini, selagi kita masih bersama, awak adalah tanggungjawab saya. Jika awak bimbang dengan keadaan yang awak akan meninggalkan saya dan awak bernikah suatu hari nanti dengan lelaki itu, saya nasihatkan jangan fikirkan. Kenapa? kerana sekarang awak bersama saya dan tidak tertulis lagi bahawa lelaki itu confirm akan bernikah dengan awak. Apa-apa boleh berlaku. Itu kerja Allah"

Dia masih berdiam dan ketika aku panggil namanya, dia hanya menjawab "hmmm..." dan jelas sekali dia menangis.

Aku hanya mampu berkata "jangan sedih cinta, selagi awak bersama saya, saya nak awak gunakan perluang ini untuk memperbaiki hubungan kita ini. Walaupun kita tidak pernah bergadoh tapi kita kena bersedia dan bersabar jika ada apa-apa berlaku."

"Saya takut jika saya selalu meminta kepada awak dan saya amat risau dengan keadaan ini. saya kosong dan tidak mempunyai apa-apa." katanya dengan sedih.

"Cinta.. jangan cakap begitu.. harta benda saya boleh cari, tapi hati? hati saya dan niat saya semata-mata untuk bersama awak, menjalani kehidupan suka dan duka bersama. Awak yang sering memberitahu saya suatu ketika dahulu SABAR SABAR SABAR... Itulah ayat awak dan kerana sabar lah saya bahagia bersama awak sehingga kini dan saya nak awak tahu, cinta dari hati saya, niat saya, semuanya saya kena tunaikan untuk merealisasikan impian saya jika kita bersama. Saya akan kecewa jika hajat saya tidak kesampaian dalam hubungan kita. Setiap hari saya akan memperbaiki diri dan menjaga hubungan kita. Jika ada jodoh, kita tidak akan kemana love. Jika tiada jodoh saya redha dan ia semuanya ketentuan Allah." Jelas aku kepadanya sambil berlinangan air mata.

Mengakhiri perbualan kami, dia memberitahu aku tentang perasaan leganya apabila semua persoalan yang selama ini menghantuinya telah terjawab.

Alhamdulillah, aku pun berasa tenang dan ingin memperbaiki apa sahaja kelemahan dalam hubungan kami. Aku amat mencintai dirinya dan semoga Allah memudahkan perhubungan kami hingga ke langkah seterusnya.





Tuesday, May 1, 2012

The Reason Why I Love You

Title je cakap mat salleh ok...hahaha

hmmm... Kenapa Aku suka/cinta/sayang kat Dia?

1. Dia adalah wanita yang muncul didalam mimpiku
2. Pandangan ku tidak mudah beralih apabila melihatnya
3. Dia sopan
4. Dia sempoi
5. Dia ada ciri wanita idamanku
6. Dia banyak mengajar aku erti kesabaran
7. Dia lemah lembut
8. Manja
9. Senang didampingi
10. Mudah diajak berbincang
11. Rajin dalam urusan rumah
12. Murah dengan senyuman
13. Mempunyai gigi rabbit
14. Mencintai keluarganya
15. Sering ingin memperbaiki diri setiap masa
16. Suka menjadi diri sendiri (tidak hipokrit)

Dengan kuasa Allah, semoga aku & dia bersama hingga akhir waktu.

Monday, April 9, 2012

Kehidupan dan Tanda Tanya

Kehidupan dan tanda tanya.. Tajuk yang mungkin sering menyelubungi kehidupan sesiapa saja. Terutama bagi mereka yang terlalu banyak berfikir.

Kehidupan sebegini kadang kala tidak dapat diungkap dengan kata-kata mahupun diceritakan dengan rakan karip mahupun sahabat platonik.

Kenapa? Ia mungkin kerana perkara tersebut agak personal atau mungkin juga agak tidak tersusun dan mungkin boleh menyebabkan si pendengar menjadi bosan dan keliru dengan apa yang cuba disampaikan.

Bagi aku, yang sering bermain difikiran ku adalah BAGAIMANA, dan JIKA, sesuatu perkara itu berlaku walaupun secara hakikatnya aku akan menerima dan redha dengan keadaan atau sesuatu perkara itu.

Cuma kadang-kala ianya sukar diungkap dengan kata-kata kerana ia sering bermain dengan perasaan dan naluri(hati) seseorang atau si penghidap.

Tidak ada siapa yang mampu mengubatinya kecuali orang yang difikirkan atau si penyebab keadaan itu berlaku. Mungkin harta benda, manusia atau apa saja jenis benda yang menjadi penyebabnya.

Dan tempat paling mujarab untuk mengubatinya adalah Ilahi. Kerana Dia yang menjadikan kita dan sudah pasti Dia juga yang tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Sunday, March 11, 2012

Kesedihanku


Sedih tak lagu nie? Hmmmm...

susah nak cakap... Itu yang pertama sekali keluar dari fikiranku. Disaat kita memerlukan seseorang itu untuk bersama kita ia tiada disisi kita.

Dia di mana? Mencari jejaka lain?

Oh! Tidak. situasi itu sungguh berbeza dengan keadaan aku. Keadaan aku di mana aku mencintai orng yang belum tentu menjadi milik aku suatu hari nanti. Walaupun secara kasarnya kami merupakan 'couple' tapi tidak tahu apa akan jadi selepas ini.

Bermacam-macam perkara bermain difikiranku. Hendak menangis tidak berdaya. Menyesal? TIDAK mungkin, sebab aku yang ingin dan telah berjanji untuk bersamanya.

Mampukah kisah kami ini berakhir dengan apa yang aku inginkan selama ini?

Terlalu banyak persoalan kan? itulah namanya kehidupan.

Aku yakin pada janji ALLAH S.W.T "Kalau aku benar-benar jujur, InsyaAllah aku akan dapat apa yang aku inginkan untuk hidup."

Apa sebenarnya yang berlaku?

Tengahari ini dia menghantar "Ping!!!" BBM kepadaku berpuluh-puluh kali, aku biarkan saja dan bila di tanya kenapa, dia pun memberitahu lelaki yang ingin bersamanya itu(calon pilihan ibunya) berada di sini.

Dan reaksi aku terdiam seketika dan menganggap tidak ada apa yang perlu aku takuti sehinggalah dia menghantar fancy smile berbentuk "aeroplane" lalu bermacam-macam persoalan bermain di fikiranku.

Apa yang aku mampu lakukan sekarang adalah berdiam dan menahan rasa sedih dalam hati.

Thursday, March 8, 2012

Semoga Allah Panjangkan Usiaku

"Ya Allah, kau panjangkanlah usiaku, kau selamatkanlah keluargaku dan rakan-rakanku dan janganlah engkau biarkan mereka bersedih. Jika engkau ingin cabut nyawaku kau tempatkanlah aku dengan orang-orang yang beriman dan insafkanlah aku jika kau panjangkan usiaku."

Itulah ucapan dan hajatku kepada Allah S.W.T jika Ia mencabut nyawaku bila-bila masa dari sekarang.

Apa sebenarnya berlaku padaku?

Hari ini 8 mac 2012 pada jam 2petang ketika aku sedang nyenyak tidur, kepala ku pening dan keadaan itu bertambah teruk disebelah kanan dan terasa denyutan nadi diantara kawasan mata.

Dan pada masa yang sama sebahagian dari lidahku kelu dan kebas manakala tangaku terasa penat secara tiba-tiba dan penglihatanku menjadi kabur.

Aku ingatkan ianya perkara biasa, mungkin disebabkan aku tidak makan tengah hari tapi selepas sedar aku makan beberapa hirisan kek dan cucur yang di buat oleh ibu ku, tapi keadaan itu tidak surut.

Aku kemudian mencuba untuk menelan sebiji pil "Paracetamol" tapi malangnya ia tidak berkesan. Ketika itu aku mula memikirkan tentang rakanku dan orang yang tersayang.

Beberapa jam kemudian aku keluar menemani rakanku untuk menjamu selera di luar dan dalam perjalanan mengambil mereka, air mataku berlinangan keluar dan aku asyik memikirkan tentang teman-teman rapatku dan dirinya serta apa yang akan berlaku sekiranya aku tiada disisinya.

Setelah tiba di rumah rakan dan setelah rakan aku sedar tentang keadaan aku dia mula bertanya dan aku mula sedih semula apabila menceritakan hal berkenaan.

Dan ketika berborak bersama mereka aku rasa keadaan sungguh berlainan dan tidak seperti biasa. Setiap percakapan aku dan tingkahlaku amat berlainan pada ketika itu. seakan-akan aku tidak normal.

Setelah selesai makan malam aku pulang dan keadaan aku mula beransur pulih secara perlahan.

Dan selepas beberapa jam melayari laman web, aku mandi dan menunaikan solat. walaubagaimanapun aku tidak dapat mengelak untuk tidak memikirkan hal mereka. maka aku pun menyebut ayat-ayat seperti di atas.

Sekian.
Semoga Allah Panjangkan Usiaku.
(Ditulis bersama linangan air mata)

Tuesday, February 28, 2012

Mimpi

Hari berganti hari, perasaan tetap sama. Tidak ada yang mengubah perasaan ini terhadapnya. Cuma dugaan sahaja yang sentiasa datang tanpa mengenal apa yang kita hadapi ketika itu atau dalam kata lain dugaan bertambah-tambah.

Aku tetap tabah menempuhinya demi satu impian dan niat untuk bersamanya dan ingin menikahinya suatu hari kelak.

Mimpi itu mainan tidur kata orang. Bagi aku kadangkala ia bukanlah mainan tidur semata-mata kerana apa yang pernah aku mimpikan sering menjadi sesuatu yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian aku.

Bermula dari kisah keluarga, rakan dan cinta. Mimpi-mimpi sebegini sering berlaku pada diriku dan kadangkala ia membuat aku yakin untuk meneruskan sesuatu yang aku inginkan untuk hidup.

Alangkah indahnya jika anda bermimpi orang yang anda sayang, kan?

Aku juga melalui semua mimpi itu dan kadangkala aku juga sering melakukan sesuatu berdasarkan mimpi yang selalu aku lalui baik yang buruk mahupun sebaliknya.

Semoga mimpi yang seterusnya mampu membawa aku menjadi seorang yang berguna dan membantu aku mencapai niat hidup ku yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan.

Sunday, February 19, 2012

Lagu Pilihan Malam Ini

perih hati menjalani
sedih yang tak pernah berhenti
letih terus kau sakiti
perasaan ini kau bodohi

* dimana dirimu yang mencintai
aku sepenuh hati

reff:
aku yang akan pergi
bila kau enggan memilih
cintaku ini bukan seperti
tempat persinggahanmu

letih terus kau sakiti
perasaan ini kau bodohi


Oh! Takkan Hilang Dugaan Pencipta Ku

Malam ini, air mata aku menitis ditikar sembahyang ketika menunaikan solat sunat 2 rakaat. kepadanya tempat aku merayu dan kepadanya juga tempat aku memohon pertolongan. Ya Allah sesungguhnya aku diciptakan tidak sempurna, tidak seperti sesetengan makluk yang kau cipta.

Sesungguhnya tangisan ditikar sembahyang itu menjadi pengajaran dan memberi ketenangan kepada ku setelah sekali lagi hubungan aku dan si dia diuji olehNya.

Mungkin aku yang agak emosi berkenaan isu tersebut tapi jika sesiapa sahaja berada ditempat ku, pasti merasai perkara yang sama dan mungkin sudah berfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri.

Alhamdulillah aku waras, dan aku ingat padaNya. Dia yang menciptakan aku dan dia juga yang memberi masalah/ujian kepadaku supaya ingat padaNya.

status makhluk A: kurang hajar orang yang menengking!

2minit kemudian...

Status makhluk B: selamba saja dia menengking awak, pukulkan dia! Nanti saya tolong awak. :)

Itulan antara post yang membuat aku gelisah.

Makhluk A itu adalah kekasihku manakala makhluk B itu pula lelaki yang pernah di sukainya.(aku tak nak ckp pasal lelaki A, anda mungkin tahu dan dapat bayangkan lelaki bagaimanakah dia.)

Kenapa aku rasa kurang selesa?

Ia berpunca dari status beberapa hari ini yang berbunyi seakan-akan menyindir makhluk A itu oleh si B.

yang membuat aku tak faham apa sebenarnya yang berlaku dan adakah lelaki itu menggunakan pendekatan sycology terhadap si A supaya dia kembali memendam rasa cinta terhadap nya. atau saja utk mendapat respon dari si A.

Aku hanya mampu berfikir positif dan berdoa kepadaNya agar ditunjukkan kepada ku apa sebenarnya yang berlaku.

Terima kasih dan aku masih bersyukur; disekelilingku ada rakan yang sudi mendengar kisahku dan memberi pendapat mereka masing-masing.

Esok satu hari yang baru dan apakah ujian yang seterusnya yang bakal aku tempuhi dan aku sedar semua itu ada hikmahnya... salah satu darinya supaya aku dekat padaNya.

Saturday, February 18, 2012

Im Back!

Alhamdulillah... setelah sekian lama aku menyepi tanpa satu benda pun di update di ruangan ini akhirnya aku kembali.

Pasti pembaca blog ini ingin mengetahui apa perkembangan terkini aku?

CINTA? KEHIDUPAN?

Apa lagi yang ingin anda tahu?

Akan ku ceritakan di ruang ini...

Tiada kata paling indah melainkan syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan kelebihan yang diturunkannya terhadap aku.

aku mulakan cerita kehidupan aku dgn kisah C.I.N.T.A.

Alhamdulillah setelah 7 bulan menjalani hubungan cinta bersama si dia, berkat kesabaran dan kekuatan yang diberikan Allah kepada ku, aku tempuhi juga dugaan itu sehingga kini. dan begitu juga dirinya.

Terima kasih Allah, terima kasih orang yang aku cintai atas penerimaannya terhadap kekuranganku selama ini.

Semoga segala perjalanan yang kami lalui selepas ini dan sebelumnya menjadi pengajaran dan iktibar untuk kami lebih kuat menjalani kehidupan sebegini.

Dugaan tidak akan hilang selagi aku mahupun dia hidup di dunia ini.

Alangkah indahnya mereka yang bercinta tanpa ada dugaan sekuat kami. Aku sehingga perlu melalui pelbagai jenis dugaan dan menangis seharian semata2 untuk mencapai apa yang di hajati hati ku iaitu bersama si dia.

Sehingga kini aku rasa dugaan yang aku hadapi boleh aku katakan agak berbaloi walaupun aku tidak pasti apa yang menunggu di hadapan sana.

Untuk kami teruskan perjalanan ini memerlukan kesabaran dan kesetiaan yang kuat demi mencapai impian untuk bersama.

Kisah kehidupan aku pula mungkin agak berbeza... dari tempat asal usul aku iaitu Miri, aku berpindah pula ke bandar Metropolitan iaitu Kuala Lumpur. Impian aku menjadi kenyataan di sana. tapi itulah dikatakan ketentuan Allah. Sekuat mana kita inginkan sesuatu itu, jika Allah tidak mengizinkan maka tidak akan manjadilah sesuatu yang kita kehendaki.

Kini Hidup aku kembali kepada asal. Walau bagaimanapun aku tetap syukur dengan apa yang diturunkanNya kepadaku.

Friday, October 7, 2011

tahniah! tapi sedih...

Tahniah? tapi sedih? apa benda tu?

Esok 8 oktober 2011, maka akan didengarlah kawan karibku ayat keramat ini untuk dirinya "aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut."

Haaaa? ya... bagi yang mengetahui siapakah gerangan orangnya, anggaplah itu andtara anda dan saya sahaja.

kenapa saya sedih? sedangkan saya bukan teman istimewanya pun.

saya mengenalinya sejak 2006 apabila sama2 belajar disebuah kolej tempatan. dan kami amat rapat sehingga banyak perkara kami kongsi bersama dan kami amat selesa dengan keadaan dan persahabatan yang kami jalani selama 5 tahun lebih itu.

dan esok statusnya akan bertukar, yang membuat saya sedih, kami mungkin tidak dapat bergurau senda macam sebelumnya..

Jodoh dia dah sampai... saya cuma mampu menerima apa yang berlaku dan malangnya saya tidak dapat bersama beliau dihari bahagianya atas urusan kerja...

Tahniah kawan.


Friday, September 23, 2011

Erti Hari Ini


Lirik lagu ini amat bererti dalam hidup dan keadaan aku sekarang ini... BERSAMBUNG...

Friday, September 16, 2011

Terserah + Berserah

sebentar tadi setelah selesai shoot majlis perkahwinan, aku pergi jalan-jalan dengan member, sambil tu aku main dengan blackberry yang ada ditangan dan membuka "facebook", dan kelihatan satu post "ketara lalu ustaz berpoligami dan tidak adil pada semua isterinya dan menggunakan hadis untuk cover, ternyata ikutkan nafsu sahaja..."

Ha! aku pun lalu terfikir sesuatu yang mungkin ada kena mengena dengan keadaan yang menghukum aku sejak enam bulan lalu sehingga kini.

Awek aku memang dijodohkan oleh keluarganya supaya menjadi isteri ke-2 kepada seorang jejaka "melaya" yang menetap di mana aku menetap sekarang ia itu Kuala Lumpur.

Dan setiap kali aku melihat pasangan suami isteri / family bersia-sia kat sini, mesti aku terus teringat akan lelaki itu... SHIT!! itu sahaja yang aku dapat katakan. kenapa perlu berpoligami.

Hakikatnya aku sedih dan mengikut kata mejoriti kawan aku, kau lepaskan saja gadis itu. Tapi malangnya aku gagal lakukan perkara tersebut. Kenapa?

Ianya semua bermula dari Doa aku ketika sembahyang, kemudian ia muncul di dalam mimpiku dan sehingga kini aku tidak berdaya menghapuskannya di dalam jiwa dan hatiku, entah kenapa tapi aku yakin ada sebab tuhan jodohkan ia kepadaku dan tidak memberi kebahagiaan buat masa nie.

Aku hanya mampu mem"BZ" kan diri supaya tidak memikirkan hal berkenaan. tapi dia sering mencari aku.

semasa sambutan hari raya yang lepas aku sempat melawat rumah rakan ku dan dia memberitahu aku satu cerita yang ada orang memberitahunya "gadis yang kau cintai itu menggunakan kau untuk mengetahui tentang bos kau" dan aku akui perkara tersebut dan ia telahpun dia jelaskan.

Kenapa aku masih bertahan?

Kerana Jodoh pertemuan dan perpisahan itu ditangan Allah SWT. jadi aku cuma berharap agar mimpi yang diturunkan Ia kepadaku selepas doa yang aku pohon padaNya untuk tunjukkan siapakah jodohku adalah benar. InsyaAllah.

Sepanjang bersamanya aku gembira walaupun pelbagai tomohan yang menimpa dan aku faham rakan/kawan disekeliling aku tidak mahu melihat aku menderita kerana dia, tapi hakikatnya aku tidak mampu menolaknya kerana aku tidak pernah merasai dilayan seorang gadis sepertimana dia lakukan padaku dan pada masa yang sama dia amat berterus terang dalam pelbagai perkara walaupun dia tahu ia akan menyakitkan hati ku, tapi itulah hakikatnya. aku inginkan hubungan yang ikhlas dan tidak bersembunyi.

Semalam ketika berbual dengannya ditelefon, tiba-tiba "suami orang itu" menghubunginya lalu dia menjawab panggilan itu dan memberitahu aku supaya menunggu, setelah selesai perbualan nya dengan "si nafsu" itu, dia memberitahu aku yang lelaki itu tadi menghubunginya...

Reaksi aku selepas itu? aku cool dan terus berbual dengannya seperti biasa... walaupun hakikatnya hati aku tuhan saja yang tahu... tapia apa kan daya aku hanya berserah padaNya.

Satu perkara aku tanam didalam jiwa, hati dan otak aku.

"aku lebih rela siksa diawal perhubungan daripada gembira di awal perhubungan, kerana jika bahagia diawalnya belum tentu bahagia bila berumah tangga, kerana berumah tangga bukannya sehari dua dan setiap hari kita akan menatap wajah pasangan kita seumur hidup bersamanya dan pasti akan timbul rasa muak dan bosan."