Tuesday, November 6, 2012

Andai itu satu kepastian

Alhamdulillah. Aku masih lagi mampu mengarang di blog ini walaupun setelah sekian lama menyepi. Akibat kesibukan kerja dan beberapa perkara yang harus diselesaikan maka kesempatan untuk singgah menulis di blog ini amatlah kurang dan jarang sekali.

Apa yang ingin dikongsi aku kali ini ialah berkaitan Perasaan dan Takdir. Aku sering bermain dengan perasaan dimana ia memberitahu aku sesuatu seperti "sudah sampai seru untuk mendirikan rumah tangga." 

Persoalannya ialah, bersediakah sudah aku meneruskan perjalanan ini? dan sudah pastikah apa yang aku pilih dan apa yang aku miliki sehingga saat ini adalah milik aku selamanya? Aku tidak pasti akan perkara ini kerana;

1. Aku mungkin pasti akan perasaannya terhadapku pada saat ini, tapi aku juga tidak pasti andai dia masih takut untuk mengubah masa lampaunya kepada kehidupan sekarang.

2. Andai dia yang terbaik untuk ku, adakah ini adalah dugaan yang aku perlu tempuhi untuk bahagia bersamanya hingga ke akhir nafasku?

3. Jika cinta yang mencecah 8 hingga 10 tahun lamanya itu berakhir dengan ucapan "aku terima nikahnya", adakah perkara yang sama akan berlaku padaku? dan adakah ini caranya?

Tidak siapa yang mampu memberi jawapan yang tepat kecuali pencipta dan pemberi cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Aku tidak mampu berbuat apa-apa cuma redha dan tenang dan pengubat segala-galanya adalah sabar.

Sabar itu yang membawa aku hingga ke saat ini. Di Mana kesabaran itu mengajar aku secara perlahan dalam mengenali apa sebenarnya nikmat dan pemberiaan yang akan di terima sekiranya kita sabar dan berpegang padaNya.

Dengan apa yang aku ada sekarang, aku sentiasa bersabar dan terus bersyukur walaupun dugaan yang diterima mungkin agak berat bagi sesetengah orang tapi bagi aku, selagi ada rasa yakin pada diri dan terus bersabar, segala masalah yang timbul akan pergi begitu sahaja dan segala masalah yang dihadapi walau seberat manapun akan menjadi ringan andai kita terus berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah.