Thursday, March 8, 2012

Semoga Allah Panjangkan Usiaku

"Ya Allah, kau panjangkanlah usiaku, kau selamatkanlah keluargaku dan rakan-rakanku dan janganlah engkau biarkan mereka bersedih. Jika engkau ingin cabut nyawaku kau tempatkanlah aku dengan orang-orang yang beriman dan insafkanlah aku jika kau panjangkan usiaku."

Itulah ucapan dan hajatku kepada Allah S.W.T jika Ia mencabut nyawaku bila-bila masa dari sekarang.

Apa sebenarnya berlaku padaku?

Hari ini 8 mac 2012 pada jam 2petang ketika aku sedang nyenyak tidur, kepala ku pening dan keadaan itu bertambah teruk disebelah kanan dan terasa denyutan nadi diantara kawasan mata.

Dan pada masa yang sama sebahagian dari lidahku kelu dan kebas manakala tangaku terasa penat secara tiba-tiba dan penglihatanku menjadi kabur.

Aku ingatkan ianya perkara biasa, mungkin disebabkan aku tidak makan tengah hari tapi selepas sedar aku makan beberapa hirisan kek dan cucur yang di buat oleh ibu ku, tapi keadaan itu tidak surut.

Aku kemudian mencuba untuk menelan sebiji pil "Paracetamol" tapi malangnya ia tidak berkesan. Ketika itu aku mula memikirkan tentang rakanku dan orang yang tersayang.

Beberapa jam kemudian aku keluar menemani rakanku untuk menjamu selera di luar dan dalam perjalanan mengambil mereka, air mataku berlinangan keluar dan aku asyik memikirkan tentang teman-teman rapatku dan dirinya serta apa yang akan berlaku sekiranya aku tiada disisinya.

Setelah tiba di rumah rakan dan setelah rakan aku sedar tentang keadaan aku dia mula bertanya dan aku mula sedih semula apabila menceritakan hal berkenaan.

Dan ketika berborak bersama mereka aku rasa keadaan sungguh berlainan dan tidak seperti biasa. Setiap percakapan aku dan tingkahlaku amat berlainan pada ketika itu. seakan-akan aku tidak normal.

Setelah selesai makan malam aku pulang dan keadaan aku mula beransur pulih secara perlahan.

Dan selepas beberapa jam melayari laman web, aku mandi dan menunaikan solat. walaubagaimanapun aku tidak dapat mengelak untuk tidak memikirkan hal mereka. maka aku pun menyebut ayat-ayat seperti di atas.

Sekian.
Semoga Allah Panjangkan Usiaku.
(Ditulis bersama linangan air mata)

No comments:

Post a Comment