Wednesday, March 6, 2013

Senyum dikala Duka

Berkarya itu kena ada mood dan feel. Itu yang dapat aku gambarkan pada diri sendiri yang telah lama menyepi untuk berkarya diruangan ini.

"Senyum Dikala Duka". Ia adalah sebuah pemahaman untuk menyedarkan diri sendiri agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Jika diamati, sesetengah di antara kita bila ditimpa musibah atau masalah mereka boleh tersenyum dan tidak menunjukkan reaksi yang mereka sebenarnya memang sedang berduka yang teramat.

Kenapa ia terjadi? Antara penyebabnya ialah kemungkinan dia merasakan bahawa tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan sudah tentu ada sebab kejadian itu berlaku. Dalam erti kata lain seseorang itu mungkin dekat dan sentiasa ingat pada penciptaNya.

Pada diri aku, apa yang berlaku itu semuanya telah dirancang dan tidak semuanya yang kita inginkan kita akan dapat. Jadi tak perlu terlalu beremosi seperti orang yang sudah tidak berakal tapi jangan pula control kerana kadangkala bila ianya berlaku sedemikian pasti lambat laun akan terserlah jua. Yang penting sentiasa berdoa dan mohon agar dipermudahkan segalanya.