Tuesday, October 18, 2011

Its Really Touch My heart



its really touch my heart..

ayat-ayat yang aku sering ingin untuk luahkan kepada orang yang kita sayang dan cintai..

apa-apapun semoga ianya menjadi inspirasi buat penonton...

Friday, October 7, 2011

tahniah! tapi sedih...

Tahniah? tapi sedih? apa benda tu?

Esok 8 oktober 2011, maka akan didengarlah kawan karibku ayat keramat ini untuk dirinya "aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut."

Haaaa? ya... bagi yang mengetahui siapakah gerangan orangnya, anggaplah itu andtara anda dan saya sahaja.

kenapa saya sedih? sedangkan saya bukan teman istimewanya pun.

saya mengenalinya sejak 2006 apabila sama2 belajar disebuah kolej tempatan. dan kami amat rapat sehingga banyak perkara kami kongsi bersama dan kami amat selesa dengan keadaan dan persahabatan yang kami jalani selama 5 tahun lebih itu.

dan esok statusnya akan bertukar, yang membuat saya sedih, kami mungkin tidak dapat bergurau senda macam sebelumnya..

Jodoh dia dah sampai... saya cuma mampu menerima apa yang berlaku dan malangnya saya tidak dapat bersama beliau dihari bahagianya atas urusan kerja...

Tahniah kawan.


Friday, September 23, 2011

Erti Hari Ini


Lirik lagu ini amat bererti dalam hidup dan keadaan aku sekarang ini... BERSAMBUNG...

Friday, September 16, 2011

Terserah + Berserah

sebentar tadi setelah selesai shoot majlis perkahwinan, aku pergi jalan-jalan dengan member, sambil tu aku main dengan blackberry yang ada ditangan dan membuka "facebook", dan kelihatan satu post "ketara lalu ustaz berpoligami dan tidak adil pada semua isterinya dan menggunakan hadis untuk cover, ternyata ikutkan nafsu sahaja..."

Ha! aku pun lalu terfikir sesuatu yang mungkin ada kena mengena dengan keadaan yang menghukum aku sejak enam bulan lalu sehingga kini.

Awek aku memang dijodohkan oleh keluarganya supaya menjadi isteri ke-2 kepada seorang jejaka "melaya" yang menetap di mana aku menetap sekarang ia itu Kuala Lumpur.

Dan setiap kali aku melihat pasangan suami isteri / family bersia-sia kat sini, mesti aku terus teringat akan lelaki itu... SHIT!! itu sahaja yang aku dapat katakan. kenapa perlu berpoligami.

Hakikatnya aku sedih dan mengikut kata mejoriti kawan aku, kau lepaskan saja gadis itu. Tapi malangnya aku gagal lakukan perkara tersebut. Kenapa?

Ianya semua bermula dari Doa aku ketika sembahyang, kemudian ia muncul di dalam mimpiku dan sehingga kini aku tidak berdaya menghapuskannya di dalam jiwa dan hatiku, entah kenapa tapi aku yakin ada sebab tuhan jodohkan ia kepadaku dan tidak memberi kebahagiaan buat masa nie.

Aku hanya mampu mem"BZ" kan diri supaya tidak memikirkan hal berkenaan. tapi dia sering mencari aku.

semasa sambutan hari raya yang lepas aku sempat melawat rumah rakan ku dan dia memberitahu aku satu cerita yang ada orang memberitahunya "gadis yang kau cintai itu menggunakan kau untuk mengetahui tentang bos kau" dan aku akui perkara tersebut dan ia telahpun dia jelaskan.

Kenapa aku masih bertahan?

Kerana Jodoh pertemuan dan perpisahan itu ditangan Allah SWT. jadi aku cuma berharap agar mimpi yang diturunkan Ia kepadaku selepas doa yang aku pohon padaNya untuk tunjukkan siapakah jodohku adalah benar. InsyaAllah.

Sepanjang bersamanya aku gembira walaupun pelbagai tomohan yang menimpa dan aku faham rakan/kawan disekeliling aku tidak mahu melihat aku menderita kerana dia, tapi hakikatnya aku tidak mampu menolaknya kerana aku tidak pernah merasai dilayan seorang gadis sepertimana dia lakukan padaku dan pada masa yang sama dia amat berterus terang dalam pelbagai perkara walaupun dia tahu ia akan menyakitkan hati ku, tapi itulah hakikatnya. aku inginkan hubungan yang ikhlas dan tidak bersembunyi.

Semalam ketika berbual dengannya ditelefon, tiba-tiba "suami orang itu" menghubunginya lalu dia menjawab panggilan itu dan memberitahu aku supaya menunggu, setelah selesai perbualan nya dengan "si nafsu" itu, dia memberitahu aku yang lelaki itu tadi menghubunginya...

Reaksi aku selepas itu? aku cool dan terus berbual dengannya seperti biasa... walaupun hakikatnya hati aku tuhan saja yang tahu... tapia apa kan daya aku hanya berserah padaNya.

Satu perkara aku tanam didalam jiwa, hati dan otak aku.

"aku lebih rela siksa diawal perhubungan daripada gembira di awal perhubungan, kerana jika bahagia diawalnya belum tentu bahagia bila berumah tangga, kerana berumah tangga bukannya sehari dua dan setiap hari kita akan menatap wajah pasangan kita seumur hidup bersamanya dan pasti akan timbul rasa muak dan bosan."

Wednesday, September 14, 2011

Mimpi oh Mimpi

Mimpi? apa yang mimpinya? ok cmnie kisahnya...

Malam tadi aku mimpi yang "bos aku kat sana tu" mengganggu semula "awek aku".

Al-kisah dalam mimpi itu begini...

Pada malam tersebut aku lepak kat satu cafe, lepas tu datang seorang member dalam group aku di Miri tu dia ckp "eh .... tu bos kite keluar lagi dengan awek kau, sekarang diorang lepak kat dalam kereta depan taman bulatan..." aku terus pergi ke sana dan menyaksikan kejadian itu dan aku terus sedar dari tidur, dan dlm mimpi tu aku sempat mendelete bbm dan semua contact yang melibatkan bos aku dan awek aku tu...

Hakikatnya, memang awek aku pernah menyayangi bos aku itu cuma tidak aku ketahui bagaimanakah kisahnya selepas "kantoi" dengan mak awek aku itu...

Selepas kejadian mimpi itu aku mula mengingati kisah yang berlaku antara aku, dia dan bos aku...

Benci aku mengingatinya semula tapi ia telahpun berlaku dan aku tidak tenang sehingga kini.

Tuesday, September 13, 2011

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita

Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…

Wallahualam.....


copy from: http://wanwma.com/perkara-semasa-tentang-blog-wanwma-penulis/tiada-jodoh-bukan-kehendak-kita/

Tuesday, September 6, 2011

Kuala Lumpur + Awak

Hari nie, hari kedua aku di bandar Kuala Lumpur. suasana agak kurang selesa... biasalah tempat baru katakan...

Esok sebelah malam kena pergi workshop dengan bos & director... best memang best... saya suka kerja saya.

Disebalik saya suka kerja saya itu ada satu perkara yang mengganggu aku sejak sekian lama sehingga kini. bagi yang sering mengikuti perkembangan blog aku nie, pasti dah tahu apa yang akan aku ceritakan.

Kisah Cinta yang tidak kesampaian. 2 bulan sebelum nie... perhubungan aku dan si dia mungkin tidak lagi seperti pasangan bercinta tapi ia lebih kepada "kawancinta".

Dan hari ini lagi menyedihkan aku apabila dapat tahu orang yang dijodohkan untuknya oleh ibunya akan menemui ayahnya untuk urusan yang faham-faham je lah.

Memang agak sedih dan perit untuk aku menerima keputusan itu, aku hanya mampu berserah dan menahan hati yang menangis kerana tak mampu melupakan apa yang berlaku dan apa yamg telah aku korbankan untuk bersamanya. Aku pernah menyimpan niat untuk melupakannya bila aku berkerja di Kuala Lumpur.

Tapi, semuanya sia-sia, mungkin kerana hati aku ikhlas untuk dekat padanya dan terlalu inginkannya menjadi milikku dari mula aku mengenalinya hingga ia muncul di dalam mimpi ku selepas solat yang aku lakukan.

Dan kini semuanya mungkin berakhir... impian aku mungkin tinggal angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Yang aku inginkan kini ialah melupakan dia dari kehidupan ku, tapi gagal.

Aku tak tahu nak lakukan apa lagi... kuatkan iman aku, tingkatkan ketaqwaan aku kepadaNya sahaja yang mampu aku lakukan. Yang lain semuanya aku dah lakukan untuk melarikan diri dari hidupnya. tetap juga gagal.

Sunday, July 17, 2011

Day 21

Sebelum aku meneruskan perjalanan cerita di hari ke 21, lebih baik aku menceritakan apa yang berlaku di hari ke 14.

Di hari ke 14, sungguh malang bagi aku, apabila dia mengetahui aku ada menceritakan tentang kisah pemberian buku yang diberikannya kepada seseorang yang aku kenali. Buku yang diberinya kepada seseorang yang aku kenali sebagai Q itu adalah buku dimana aku yang membelinya atas arahan si dia. tetapi Q tidak mengetahui tentang perkar tersebut, dan setelah Q mengetahuinya, lalu Q menghantar sms kepadanya dengan ayat-ayat sindiran.

Tidak Lama kemudian si dia menghubungi aku dengan nada kecewa lalu ingin mengakhiri perhubungan ini. Tapi tidak seudah itu untuk aku melepaskannya.

Sepanjang 2 hari tidak bertegur akhirnya kami mengalah, dia menghubungi aku semula dan kami pulih seperti sedia kali. bagi aku "No Ending Without Official Statement".

Di Hari ke 21, aku mula memahaminya secara mendalam dan begitu juga dia. Selepas 21 hari barulah aku memahami erti cinta yang aku cari. Berkat kesabaran dan keredhaan aku terhadap maha pencipta.

Memang agak sukar untuk pasangan bercinta menerima hakikat bahawa "No calls, No Dating until day 21", tapi itulah hakikat yang aku kena lalui demi cinta aku terhadapnya.

Aku terlalu sayang terhadapnya sehingga sanggup berkorban perasaan sendiri demi melihat kami bahagia. Agak sukar sebenarnya untuk menerima realiti percintaan seperti ini kerana dia tidak dapat menghubungi aku melalui telefon apatah lagi berjumpa atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Amat bernasib baik aku mampu lagi menahan rasa rindu ini terhadapnya. Apa-apa pun aku amat bersyukur, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan seperti contah sekiranya dia lapar di tengah malam, aku hantarkan makanan kepadanya walaupun berisiko tinggi untuk "kantoi", aku cuma mampu menghantarnya di pagar rumah sahaja, tanpa menemuinya.

Di harap hari-hari yang mendatang lebih indah dari yang sebelumnya. InsyaAllah.

Sekian,

Isi hati yang inginkan cintanya.

Tuesday, July 5, 2011

Day 9

Selepas seminggu menjalani kehidupan sebagai "milik orang". Di hari ke-9 keadaan semakin baik dimana pelbagai persoalan telahpun terjawab dan pelbagai kemuskilan telahpun mendapat jawapan darinya.

Alhamdulillah, aku syukur atas kurniaanNya. Cuma aku harapkan hari-hari yang seterusnya akan membawa kami lebih jauh dalam mengharungi dunia yang penuh dugaan ini, tambah-tambah lagi dengan kehidupan kami yang agak "complicated" dengan hal-hal keluarga.

Wednesday, June 29, 2011

Best Love True Story

Day 3

Hari nie hari ke-3 menjadi milik seorang gadis yang digelar "u.s /mummy". Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang diberi oleh tuhan kepadaku... dalam jangka masa tiga hari, no call, yes sms/bbm.

Hebat bukan? inikah bercinta namanya?atau Benci-nta?haha.. Aku perlu membiasakan diri dengan situasi sebegini, jika tidak pasti kecundang awal dari jangkaan aku.

Aku pada mulanya ingat, bahawa aku setabah Farid Kamil dalam cerita "I'm Not Single" atau Sehebat Aaron Aziz dalam "Nora Elena" tapi rupanya jauh sekali untuk aku menjadi setabah itu.

Aku tetap juga mencuba, dan dihari ketiga banyak jawapan dan persoalan yang terjawab. Inilah kehidupan. Jika anda ikhlas dan bersungguh-sungguh ditambah lagi dengan rasa sabar anda pasti akan terima kebenaran dan mengetahui satu kisah yang anda tidak pernah ketahui selama ini.

Apa-apa pun selagi aku mampu untuk meneruskan kehidupan aku akan teruskan seperti orang lain cuma memerlukan ketenangan dan beringat kepada yang maha kuasa.

Monday, June 27, 2011

After 7 years

Alhamdulillah selepas 7 tahun membujang, akhirnya aku menemui cinta yang aku cari.

Pada 26 Jun 2011 jam 10:44am maka dengan rasminya aku mula bercinta dengan gadis yang menjadi pilihan hatiku selama 6 bulan sebelumnya.

Gadis yang ku gelar mummy ini aku kenali selama 6 bulan yang lalu, walaupun beberapa kali cintaku ditolak, namun aku tidak pernah berputus asa untuk mendekatinya, malahan kami semakin rapat hari demi hari.

Dia muncul di dalam mimpi ku selepas aku memohon kepada Allah agar ditunjukkan kepadaku seorang gadis yang mungkin sesuai untuk bersamaku. Dan akhirnya dia menjadi milikku.

Yang membuat aku bertambah yakin adalah sejak 2003 lagi dia tinggal berhampiran rumahku, dan aku sering melalui jalan tersebut dan mengenali kakaknya, tapi aku tidak pernah mengenalinya. Itulah dinamakan jodoh, jika itu takdir yang ditentukan untuk aku, pada bulan 1/2011, aku mula mengenalinya.

Walaupun cinta kami mungkin tidak berpenghujung seperti orang lain, tapi aku tetap syukur atas kepercayaan yang diberikan olehnya kepadaku. Amat sukar sebenarnya untuk menerima cinta yang belum tentu milik kita, tapi aku tetap ingin mencuba yang terbaik dan termampu untuk aku dan dia.

Thursday, June 23, 2011

What i was thinking right now?

Wedding double "N"
antara job paling besar yang aku kena pikul di tanah air sendiri... cabaran tetap ada... hanya mampu merancang yang terbaik untuk mereka

Transfer or Not
Tawaran sudah diterima, cuma menunggu masa bila hendak meninggalkan bandar ini.

Buy or Not
Ingin membeli persediaan untuk "BIG WEDDING" tapi tengah fikir, beli atau tidak dan budjet mencukupi atau tidak...

Love it or Leave it
Yang nie yang paling aku risau sangat, 7 tahun, adakah akan terus menyambung angka kepada 8 dan seterusnya? amat risau aku dibuatnya...

untuk menyenangkan hati, aku layan lagu nie;





What on My mind...


Beauty queen of only eighteen
She had some trouble with herself
He was always there to help her
She always belonged to someone else

I drove for miles and miles
And wound up at your door
I've had you so many times but somehow
I want more

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
She will be loved

Tap on my window knock on my door
I want to make you feel beautiful
I know I tend to get so insecure
It doesn't matter anymore

It's not always rainbows and butterflies
It's compromise that moves us along, yeah
My heart is full and my door's always open
You can come anytime you want

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved

I know where you hide
Alone in your car
Know all of the things that make you who you are
I know that goodbye means nothing at all
Comes back and begs me to catch her every time she falls

Tap on my window knock on my door
I want to make you feel beautiful

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved

[in the background]
Please don't try so hard to say goodbye
Please don't try so hard to say goodbye

Yeah
[softly]
I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain

Try so hard to say goodbye

Monday, June 13, 2011

Luahan Hati Seorang Insan Bernama " ? "

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


**Kisah benar untuk dijadikan pengajaran. dan saya rasakan bahawa saya mempunyai hati dan perasaan seperti si suami ini. amat sedih membacanya.

Thursday, May 26, 2011

Cinta Tidak Semestinya Memiliki

Jika cinta anda tidak diterima, bersyukurlah sekiranya anda berjaya memberinya layanan seorang kekasih selepas cinta anda ditolak dan dia mnerimanya dengan tenang walaupun tidak diketahui olehnya bahawa layanan itu sebnarnya adalah layanan yang dia akan terima sekiranya dia menjadi kekasih anda.

Berbaloikah semua itu? Ia akan menjadi berbaloi sekiranya dia menjadikan anda tempat untuknya mngadu dan meluahkan semua masalahnya kepada anda dan dari sana anda secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana dan apa yang dia mahu untuk hidupnya dan kemungkinan orang lain tidak tahu akan hal yang anda tahu darinya.

Mugkin ada topik-topik yang anda akan kurang selesa tapi anda kena terima, kerana ia merupakan satu ujian terhadap anda jika anda benar-benar mencintainya. Masha-Allah.

"CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"

24:05:2011
12:10AM

Wednesday, May 25, 2011

Anda Kenal Apa itu "LOVE"?

amat sukar sebenarnya untuk mencari erti cinta sebenar. untuk mengenalinya juga sama. ia datang dari hati, tapi bagaimana jika orang yang anda cintai sepenuh hati anda tidak mempunyai perasaan yang sama seperti anda. atau dalam kata lain tidak mempunyai perasaan cinta terhadap anda.

sedangkan anda mempunyai perasaan yang mendalam terhadapnya, berkorban untuk dirinya. tapi anda tidak juga mendapat cintanya. jika difikirkan memang agak rugi untuk meneruskan hubungan yang mungkin tidak berpihak kepada anda. dalam masa yang sama anda rasa gembira untuk meneruskan hubungan bersamanya.

dan anda amat menjaga hatinya sehingga sebesar manapun kesalahannya, anda tidak pernah sekalipun memarahinya, bahkan layanan yang diberikan tetap sama seperti sebelumnya. anda tidak berubah sama sekali. mungkin orang yang anda sayangi itu tidak pernah menghargai anda seperti yang anda harapkan. tapi anda biarkan ia berlaku kerana bagi anda cukuplah anda sahaja yang menghargainya dan anda tidak mahu dirinya merasa beban dan bersalah terhadap anda.

adakah orang yang benar-benar mengenali erti cinta akan melalui semua ini? kalau difikirkan mungkin agak complicated dan nampak seakan-akan tak ikhlas. tapi itulah yang sering berlaku kepada mereka yang benar-benar inginkan cinta sejati. hanya mereka yang merasainya akan tahu ianya satu pengorbanan yang sukar untuk diterima dan satu kepuasan yang sukar untuk diluahkan.


dari; hati yang mencari kebenaran.
12/05/2011
11:28pm

Sunday, May 8, 2011

Life can trip you up, on a perfect day...


I was ready for the truth,
I wasn't ready for this situation.

You're out of your mind, said we were fine, but now you want out.
I was ready for a change,
I wasn't ready for a revolution.
Well, maybe it's time, maybe it's time, we figure this out.

So let's not walk away
From the one thing we know is great.
Life can trip you up on a perfect day.
And let's not run and hide from the truth we know inside.
Life can trip you up on a perfect day.

You wanna make an escape,
You wanna prove this was a grand illusion.
Well, maybe it's wise we look inside and work it all out.

So let's not walk away
From the one thing we know is great.
Life can trip you up on a perfect day.
And let's not run and hide from the truth we know inside.
Life can trip you up on a perfect day.

Come out of the clouds, stand right in front of me, oh oh oh oh.
Don't hollow me out, I'm not the enemy, oh oh oh oh.
Oh oh oh...

I was ready for the truth,
I wasn't ready for this situation.
Well, maybe in time, maybe in time, I'll figure this out.

So let's just walk away
From the one thing we know is great.
Life can trip you up on a perfect day.

And let's not run and hide from the truth we know inside.
Life can trip you up on a perfect day.
Oh, life can trip you up on a perfect day,
Life can trip you up on a perfect day,
On a perfect day.

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Tuesday, April 12, 2011

What I Have Learn...

as wedding and event filmmakers or photographers we are given such an incredibly opportunity to tell stories. each couple is a chance to dive deeper, learn more, and explore a whole new way of thinking. far too often, sadly, we fail to embrace this opportunity, and we instead create films in which the couple is either insignificant or irrelevant.

regardless of your style, we firmly believe that a couple should never be interchangeable in your film. in other words, if somebody else got married with the same items in the same location, with the same time line, would there film differ or would it look almost exactly the same? in doing our workshop, the 'evo experience' where we get to know every filmmaker who comes, we've seen far more of the latter, and this goes for workshops we have hosted across the world.

what happens when you embrace the originality of your couple? for starters, amazing things happen. every shoot is a new adventure. every relationship is much more rewarding. and every film is a totally new experience for the viewer and the creator.

that brings us to asa + coralie. many things in their film were done intentionally because it relates, reflects, or is relevant to asa + coralie. take something so simple as tomatoes. in looking over their vows prior to the wedding is was so simple to see how much of a theme and how much significance a simple tomato had. from that we constructed our narrative to build of that idea. we went to a local farmers market to get b-roll that was relevant to what they were saying and what was important to them. the interesting thing is the impact that such a simple approach can have on the couples you work with. it would have been easy for so many people to overlook such small things to a couple and their day, but it is often those little things that can have the most power and create the most well-rounded experience for your couples. -expert(stillmotion)

Monday, April 11, 2011

Tetap Ada...

Apa yang di maksudkan dengan tajuk entri di atas? "TETAP ADA"

CABARAN... itu yang selalu ada dan kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari perkara itu. Aku sendiri yang menjalani kehidupan seperti orang normal juga mengalami cabaran yang amat mendukacitakan apatah lagi mereka yang menjalani kehidupan yang buruk atau kehidupan yang menyakitkan.

Aku sendiri akui, tidak semudah yang disangka untuk kita mencari sesuatu kepastian atau kebenaran. Cuba tanya diri anda berapa ramai diantara kita mengenali kawan kita sendiri? tidak ramai yang tahu kawan yang mereka hormat selama ini mungkin akan menjadi musuh pada suatu hari nanti atau sebaliknya.

Macam aku sendiri, aku rasakan seakan-akan kehidupan ini banyak menyebelahi yang salah. kenapa? adakah orang masa kini suka akan penipuan dari kebenaran?

Dan ramai yang menganggap pengorbanan itu cuma bersifat sementara... dan tidak ada yang ingin menghargainya... adakah itu normal pada masa kini? atau adakah kematangan itu mengawal segala-galanya?

Thursday, March 17, 2011

Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...


Monday, March 7, 2011

Your Truly


Bila tengok cerita nie, rasa macam aku lah pulak.... aduhai...hmmm...

Masih Belum Jelas

Bila aku kenang balik, nak rewind pun tak dapat dan memang tak dapat... Apalah malang nasib aku, asal nak bercinta mesti terkandas di tengah jalan, dah 6 tahun, dan hal camnie tak pernah berakhir dalam hidup aku... "MALANG", itu word paling sesuai untuk aku... Mungkin itu takdir aku, dan tuhan sengaja menguji aku sehingga ke tahap nie, semuanya ada sebab... sampaikan aku seolah-olah ilang akal...


Diturunkannya mimpi orang itu kat akupun, dia bukan jua jodoh aku... Ya Allah, kenapa aku diuji sampai macamnie sekali... Menangis setiap malam aku bila mengenangkan nasib yang tak pernah berakhir sejak 6 tahun... Kalau baik susah, kalau jahat lagi susah, apatah lagi kejam. Aku tak pernah bersikap kejam kat orang, tapi orang kejamlah ramai yang suka, walaupun orang tahu dia kejam, tapi ramai yang seakan-akan memujanya dan tak mempedulikan kekejamannya itu...

Cakap tak serupa bikin... Ini satu lagi hal, Jangan cakap kalau tak memaksudkan ayat yang disebut... Jangan semata-mata nak jaga hati orang kena cakap baik-baik, bagi aku tak perlulah nak jadi hipokrit semata-mata nak jaga hati orang, jadi diri sendirilah... C'mon, aku manusia ok, ada perasaan, jadi jangan main-main lah... Aku dah muak dah, dah fobia dah dengan hal macam nie, apa jenis manusialah korang aku pun tak tahu...

Kepada awak, kalau terjumpa blog nie atau terbaca benda nie, ingatlah, jangan bermain dengan kata-kata kalau rasa tak memaksudkannya, kerana ia boleh menyakitkan orang lain.

Dan kepada yang macam perangai syaitan tu, taubat-taubatlah, tak perlu nak menjatuhkan kawan sendiri semata-mata nak menutup kesalahan sendiri.

Sekian.
Penulis Blog

Sunday, March 6, 2011

Song For The Day...


Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close

Saturday, March 5, 2011

Belum Berakhir

Hari berganti-hari, dugaan tetap datang melanda, dan "Musuh" tetap berusaha menjatuhkan aku setiap hari, demi menjayakan matlamatnya untuk membiakan orang membenci aku...

Teruskan saja permainan itu...

Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan...

Wednesday, March 2, 2011

February to March

Kali ini akau berkesempatan untuk menceritakan tentang apa yang berlaku pada aku kebelakangan ini...

Macam-macam cara aku diuji, difitnah dan dicaci oleh kawan sendiri, aku lagi mampu tersenyum, Kenapa? sebab aku rasakan semua orang akan diuji seperti aku, cuma masa sahaja yang akan menentukan bila. Dan dalam masa yang sama, insan yang aku sayang memberi aku semangat, membantu aku dan menunjukan dirinya betapa dia menghargai aku, dan itulah kekuatan yang aku ada dan itu sajalah perkara yang mampu membangkitkan aku dari kata-kata durjana mereka yang ingin memburukan aku dan menjatuhkan aku dari kebahagiaan yang sedang aku miliki.

Bagi aku mungkin ada masanya mereka memerlukan aku, dan ada masanya orang seperti mereka akan membiakan aku. Aku masih ada perasaan belas kasihan. Jika tidak, sudah tentu aku dah pergi jauh dari mereka dan memulakan sesuatu yang baru.

Kenapa aku masin ingin meneruskan perjuangan bersama mereka yang telah memalukan aku di hadapan orang yang aku sayang? BODOH kan aku, masih sanggup lagi nak meneruskan perjuangan bersama "MUSUH"...

Aku ingat dari mana asal usul ku, dan aku rasa aku belum layak untuk memulakan perjalanan sendiri. Aku mahu bersikap profesional, hal peribadi tidak dicampur dengan hal kerja. Itu yang aku fikirkan. Kalau ikutkan hati sudah tentu lama aku dah pergi memulakan langkah sendiri, banyak yang menyokong, cuma aku belum layak untuk memulakan semua itu, banyak perkara yang perlu aku fikirkan.

Demi cita-cita aku, demi masa depan aku, demi orang yang aku sayang, au sanggup bertahan sehingga masa menarik aku pergi menjalani kehidupan baru...

Aku amat sedih dan berdukacita dengan apa yang berlaku dalam kehidupan ku, dan aku amat berterima kasih kepada si dia yang masih sanggup lagi bersama aku menjalani kehidupan yang semakin penuh dengan duri-duri fitnah dan kata-kata yang boleh membunuh masa depan aku.

Perhatian: Kepada pembaca, dan yang pernah/sedang berkawan dengan penulis blog ini di 'facebook'. untuk pengetahuan anda, facebook penulis blog ini mempunyai 2 pengguna yang berbeza dan sekiranya anda melihat status yang agak lain dari yang lain, itu bermaksud facebook penulis ini digunakan oleh orang ke 2.

Sekian.
Penulis blog.

Tuesday, February 22, 2011

Hari Yang Mencabar

Sekian lama aku tidak mengupdated ruangan ini, huh pelbagai dugaan yang aku terima dari kisah hidup yang tak pernah berakhir hingga ke kisah yang memberi banyak pengajaran dalam kehidupan aku...

Akan bersambung...

Thursday, January 27, 2011

Twenty Seven Zero One Twenty Eleven

hari ini, hari yang agak bermakna untuk aku apabila berjaya membawa seseorang yang aku sayang keluar, kerana selama mengenalinya, aku tidak pernah langsung keluar berdua dengannya...

tapi pada malam 27/01/2011, aku berjaya membawanya keluar walaupun tidak lama...

dan buat pertama kalinya, orang yang aku sayang mencium tangan aku dan beliau begitu selesa ketika bersama aku...

alangkah indahnya dunia, jika dia jadi kekasihku...

insyaallah dengan izin Allah S.W.T aku akan mengambil dia menjadi teman hidupku untuk sama-sama menjalani kehidupan yang baru..

Amin.

Monday, January 24, 2011

Twenty Four Zero One Twenty Eleven

huh... hari penuh dengan cabaran... dugaan paling besar menimpa aku hari ini, tapi tak apa, aku redha...

dan ini baru permulaan untuk aku meneruskan kehidupan pada masa akan datang...

sekian,

Penulis blog

Tuesday, January 18, 2011

One Eight Zero Twenty Eleven

Hari nie, masuk hari kedua aku tidak menerima sebarang panggilan/sms dari orang itu. Aduh apa semua ini, dugaan atau aku dipermainkan...

Sampai bila aku perlu menerima semua dugaan ini... Tuhan saja yang tahu. Nak sabar, aku memang sabar tapi aku tak sanggup menanggungnya...

Mungkin belum lagi aku ditemukan dengan insan yang benar-benar memerlukan aku...

Aku redha dan dalam masa yang sama aku keliru dengan pilihan diri sendiri....

Friday, January 14, 2011

One Four Zero One Twenty Eleven

Betulkah apa yang aku rasa ketika ini? dan adakah dia jodoh aku? entah aku pun tak pasti tapi sekiranya dia jodoh aku kau berikanlah aku kekuatan untuk menjad hubungan ini dengan sebaiknya dan begitu juga jika sebaliknya... Amin..

Monday, January 10, 2011

One Zero One Twenty Eleven

Hari ini, pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling aku... ada yang gembira dan begitu juga sedih...

Kenapa perkara begini berlaku? mungkin ini adalah ujian kehidupan di bumi...

Aku sebenarnya amat berdukacita dengan apa yang berlaku dengan rakan sekerja ku...

Mempertahankan hubungan selama 11 tahun akhirnya berakhir dengan kekecewaan...

Sedih dan sungguh simpati aku terhadapnya...

Mungkin ini adalah ujian terbesar dalam hidupnya...

Tapi kenapa mesti sekarang?

Tiada seorang pun yang mampu menjawabnya...

Aku cuma mampu menjadi pendengar dan memberi dorongan yang sepatutnya kepada beliau, kerana aku memahami apa yang sedang beliau rasai...

Thursday, January 6, 2011

I need something that I can confess


I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

Tuesday, January 4, 2011

Belum Ada Cahaya 2011

Nampaknya diawal tahun 2011 ini, kebanyakan perkara yang berlaku tidak menyebelahi aku, aku rasakan bagai nak kembali ke 2010, kerana di tahun itu aku lebih bersedia untuk menempuh dugaan dan cabaran kehidupan.

Orang kata 'apa-apa pun kehidupan kena di teruskan', ya memang benar, tapi sejauh mana keberanian dan kekuatan aku untuk meneruskannya sekiranya aku tidak dapat menempuhinya?

'Sabar, sabar, sabar'... itu yang sering kedengaran, dan aku sering tak mengendahkannya, kerana setiap kali aku sabar pasti bertambah dugaan yang aku terima

Entah sampai bila aku akan diuji sebegini rupa...


Monday, January 3, 2011

2011

tahun 2011 nie,

awal-awal dah dugaan melanda, aku tabah cuma hati aku sahaja yang tidak tabah...

entah apa lagi dugaan yang aku terima selepas ini...

gud luck untuk diri sendiri...