Monday, December 27, 2010

Dugaan Tetap Ada

sekali lagi ujian melanda aku, di mana kebelakangan ini, aku perasaan sesuatu yang tak kena berlaku ke atas atok aku, di yang menhidap penyakit "gaot" sejak beberapa tahun lalu,

Kini masih lagi tidak pulih dan beliau sering lupa dan tidak dapat membezakan pagi & petang, itu yang membuat aku begitu sedih dan merasa diri ini tidak membalas jasanya yang selama ini banyak membantu aku...

Aku hanya mampu membisu tanpa satu kata pun yang keluar dari mulutku...

Aku kejam kah? aku tak mengenang budi?

Entah sampai bila aku mampu bertahan...

Monday, December 20, 2010

I'm Tired!

"I'm tired of being all alone and this solitary moment makes me want to come back home..." antara lirik yang aku boleh katakan memang menyentuh perasaan aku kerana ia adalah situasi aku masa kini...

Sepanjang masa menjaga perasaan orang lain sehingga perasaan sendiri menjadi mangsa...

Kalau aku tak lakukan sebegini rupa, sudah pasti aku jadi tak tentu pasal...

Sabar!! Sabar!! Sabar!!

itu saja ayat yang sering menemani aku...

Tuesday, December 14, 2010

Tekanan...

Selesai sahaja photoshoot, aku dan boss pergi makan malam dan dalam masa yang sama aku berSMS dengan si dia... dalam beberapa pesanan ringkas yang aku hantar, aku lalu bertanya berkenaan dengan cadangan dan pendapat rakannya yang mahukan dia menjauhkan diri aku...

Cerita kami agak panjang berkenaan dengan topik tersebut sehingga aku menitiskan air mata sepanjang bermesej dengannya kerana aku tidak sanggup lagi dituduh dengan perkara-perkara yang memang aku tidak pernah menyangka sama sekali...

Orang kata lepaskan sahaja dia pergi, tapi aku kata "TIDAK" kerana hati aku belum merelakan beliau pergi begitu sahaja... dan beliau pun berkata begitu "we share a unique bond..."

Sekarang aku hanya mampu mengikut rentak yang sedia ada, walaupun kehidupan aku dan dirinya buat masa ini tertutup sedikit....

lagu ini menemani kehidupan aku sepanjang hari & malam...

Monday, December 13, 2010

Akhirnya...

Hari ini terbongkarlah semua kisah yang sering bermain difikiran aku selama ini, pada jam 10:00 malam 13/Dis/2010 selepas keluar makan bersamanya, dalam perjalanan balik, dia menceritakan semuanya kepadaku tentang kenapa beliau berubah sikap dalam 6 bulan yang lepas... sungguh menyentuh perasaan aku mendengarnya... dan apa yang aku sangkakan selama ini, itulah penyebabnya...

Amat sukar untuk menerima hakikat disebabkan aku mengenali bekas kekasihnya, aku di beritahu bahawa beliau dinasihatkan agar tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan aku kerana kuatir aku akan menjadi seperti apa yang kawan aku lakukan terhadapnya...

SHITTTT!!! aku menyumpah, kerana aku di samakan seperti lelaki sial itu... kenapa perlu aku di lakukan sebegini rupa, sedangkan aku tak bersalah langsung...

Dan dia dinasihatkan agar menjauhkan diri dari aku... WHATTT?? mampukah aku? jawapannya TIDAK... aku tidak mampu untuk menjauhkan atau dijauhkan dari nya... KENAPA? sebab dia adalah pilihan hati aku, bukan pilihan perasaan aku...

Cukuplah aku di buat seperti ini 7 tahun yang lalu tapi sekarang aku kena menempuhinya sekali lagi...

Aku cuma mampu membiarkan air mata berlinangan jatuh menyembah bumi...

HARAPAN, PERASAAN, KATA HATI semuanya musnah begitu sahaja...

apa yang patut aku lakukan sekarang??


Sunday, December 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!!

Hari ini genaplah usiaku 22 tahun... "oh masih muda/tua" kata orang... tapi bagi aku usia bukannya ukuran untuk berjaya dalam apa sahaja yang diceburi...

Dan tahun ini merupakan tahun paling banyak aku mendapat ucapan "Happy Birthday" dari kawan-kawan dari facebook dan member-member yang mengenali...

Walaubagaimanapun apa yang aku harapkan pada malam 12 Disember tidak tercapai... mungkin ini dugaan yang aku terima diusia yang semakin meningkat...

Aku redha dan berharap agar kehidupan aku akan menjadi lebih matang dan mampu untuk mengapai impian dalam tempuh setahun mulai sekarang...

Thursday, December 2, 2010

Tak Bisa Memiliki

Mungkin lagu ini dapat membantu aku untuk menenagkan perasaan yang tengah bercelaru ini...


Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku