Monday, March 19, 2012

Semoga aku dekat Pada-Nya.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Sunday, March 11, 2012

Kesedihanku


Sedih tak lagu nie? Hmmmm...

susah nak cakap... Itu yang pertama sekali keluar dari fikiranku. Disaat kita memerlukan seseorang itu untuk bersama kita ia tiada disisi kita.

Dia di mana? Mencari jejaka lain?

Oh! Tidak. situasi itu sungguh berbeza dengan keadaan aku. Keadaan aku di mana aku mencintai orng yang belum tentu menjadi milik aku suatu hari nanti. Walaupun secara kasarnya kami merupakan 'couple' tapi tidak tahu apa akan jadi selepas ini.

Bermacam-macam perkara bermain difikiranku. Hendak menangis tidak berdaya. Menyesal? TIDAK mungkin, sebab aku yang ingin dan telah berjanji untuk bersamanya.

Mampukah kisah kami ini berakhir dengan apa yang aku inginkan selama ini?

Terlalu banyak persoalan kan? itulah namanya kehidupan.

Aku yakin pada janji ALLAH S.W.T "Kalau aku benar-benar jujur, InsyaAllah aku akan dapat apa yang aku inginkan untuk hidup."

Apa sebenarnya yang berlaku?

Tengahari ini dia menghantar "Ping!!!" BBM kepadaku berpuluh-puluh kali, aku biarkan saja dan bila di tanya kenapa, dia pun memberitahu lelaki yang ingin bersamanya itu(calon pilihan ibunya) berada di sini.

Dan reaksi aku terdiam seketika dan menganggap tidak ada apa yang perlu aku takuti sehinggalah dia menghantar fancy smile berbentuk "aeroplane" lalu bermacam-macam persoalan bermain di fikiranku.

Apa yang aku mampu lakukan sekarang adalah berdiam dan menahan rasa sedih dalam hati.

Friday, March 9, 2012

Boleh saya bernikah? Nikah khitbah.

Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya, tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah, sesuatu yang indah. Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat. Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)


sumber: www.iluvislam.com

Thursday, March 8, 2012

Semoga Allah Panjangkan Usiaku

"Ya Allah, kau panjangkanlah usiaku, kau selamatkanlah keluargaku dan rakan-rakanku dan janganlah engkau biarkan mereka bersedih. Jika engkau ingin cabut nyawaku kau tempatkanlah aku dengan orang-orang yang beriman dan insafkanlah aku jika kau panjangkan usiaku."

Itulah ucapan dan hajatku kepada Allah S.W.T jika Ia mencabut nyawaku bila-bila masa dari sekarang.

Apa sebenarnya berlaku padaku?

Hari ini 8 mac 2012 pada jam 2petang ketika aku sedang nyenyak tidur, kepala ku pening dan keadaan itu bertambah teruk disebelah kanan dan terasa denyutan nadi diantara kawasan mata.

Dan pada masa yang sama sebahagian dari lidahku kelu dan kebas manakala tangaku terasa penat secara tiba-tiba dan penglihatanku menjadi kabur.

Aku ingatkan ianya perkara biasa, mungkin disebabkan aku tidak makan tengah hari tapi selepas sedar aku makan beberapa hirisan kek dan cucur yang di buat oleh ibu ku, tapi keadaan itu tidak surut.

Aku kemudian mencuba untuk menelan sebiji pil "Paracetamol" tapi malangnya ia tidak berkesan. Ketika itu aku mula memikirkan tentang rakanku dan orang yang tersayang.

Beberapa jam kemudian aku keluar menemani rakanku untuk menjamu selera di luar dan dalam perjalanan mengambil mereka, air mataku berlinangan keluar dan aku asyik memikirkan tentang teman-teman rapatku dan dirinya serta apa yang akan berlaku sekiranya aku tiada disisinya.

Setelah tiba di rumah rakan dan setelah rakan aku sedar tentang keadaan aku dia mula bertanya dan aku mula sedih semula apabila menceritakan hal berkenaan.

Dan ketika berborak bersama mereka aku rasa keadaan sungguh berlainan dan tidak seperti biasa. Setiap percakapan aku dan tingkahlaku amat berlainan pada ketika itu. seakan-akan aku tidak normal.

Setelah selesai makan malam aku pulang dan keadaan aku mula beransur pulih secara perlahan.

Dan selepas beberapa jam melayari laman web, aku mandi dan menunaikan solat. walaubagaimanapun aku tidak dapat mengelak untuk tidak memikirkan hal mereka. maka aku pun menyebut ayat-ayat seperti di atas.

Sekian.
Semoga Allah Panjangkan Usiaku.
(Ditulis bersama linangan air mata)

Wednesday, March 7, 2012

Bijak tapi kurang pandai!

Bagaimana tu? bijak tapi kurang pandai.

Itulah namanya manusia yang tinggi dengan ilmu tentang sesuatu bidang yang khas/kursus tapi kurang bijak dalam mengendalikan hal yang mudah.

Manusia jenis ini selalunya merasakan diri mereka hebat dan apa yang mereka lakukan itu betul. Tapi malangnya, tidak semua perkara yang mereka lakukan itu betul.

Tanpa mereka sedari kadang-kadang tindakan mereka itu membunuh diri sendiri.

Bagaimana ia nya "membunuh diri sendiri"?

cotohnya seperti berikut.

Anda merupakan seorang jurutera dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara tersebut dan dalam masa yang sama anda lakukan juga pekerjaan lain seperti menangkap ikan. Pada suatu hari anda memberitahu rakan anda rahsia untuk memperolehi ikan dengan banyak sedangkan anda tahu itu sebenarnya rahsia yang orang lain tidak boleh ketahui. Tapi disebabkan anda terlalu "happy" anda memberitahu kepada semua orang tentang hal tersebut dan akhirnya bila semua orang tahu cara anda maka hasil tangkapan/jualan anda kurang kerana rakan-rakan anda juga menjual ikan yang pelbagai seperti anda sebelum ini.

Anda faham maksud kisah di atas?

Itulah namanya Bijak tapi kurang pandai.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak ada yang senang-senang mengambil idea atau resepi kejayaan kita.