Sunday, December 27, 2009

Pengajaran itu Pengalaman

sepanjang aku jadi seorang jurugambar selama 1 tahun lebih belum pernah lagi aku tersalah masuk rumah pengantin... Tapi hari ini perkara tersebut berlaku.

Dimana pada waktu tersebut terdapat 2 rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan di kampung yang sama, dan tambah meyakinkan lagi bila pemilik rumah tersebut merupakan orang yang mempunyai nama yang sama...

pada mulanya aku mushkil juga kerana pengantin rupanya seperti orang yang dah berumur...

Tanpa mempedulikan apa-apa, aku dan 2 org rakan bercakap seperti normal dan sarapan di rumah tersebut atas jemputan tuan rumah...

selepas 1 ketika, aku pun masuk ke bilik pengantin dan mengambil gambar pengantin perempuan yang tengah "ber make-up"... aku rasa pelik dan tertanya-tanya "kenapa pengantin tak senyum dan buat muka macam nak makan org" dan beberapa mminit kemudian, masuklah kakak pengantin perempuan dan bertanya... setelah bertanya maka nyatalah kami tersalah rumah...

maka kami berlalu pergi mencari rumah pengantin yang sebenarnya...

Dalam hati kami bertiga, hanya diri sendiri yang tahu, walau bagaimanapun aku bersikap profesional dalam setiap tugas yang di beri...

Thursday, December 24, 2009

Kisah Lawak Tengah Malam

Kisah lawak tapi menarik... Kurang faham?

di ruangan facebook rakan ku;...
___________________________________________________

Noraishah Fauzi Saadi Mlm tek aku mimpi ko(AffyMaruni Unisys) dengan Alfi Hazimi kawen...aku yg jadi photographer ktk org sanding. Pas ya,gmbr x kacak,terus kena simbah kopi panas oleh Acha Fatasha. Nangis2 ku balit umah pas ya pegi kursus pengendalian makanan. Bodo na mmpi ya,sunggu cali. apa pun aku mok tetak juak...hahahahahahahahaha... (aku mena2 mimpi tok k,serius)

45 minutes ago · Comment · Like · See Wall-to-Wall · Remove Tag

___________________________________________________

aku terdiam dan tergelak sebentar...

dan berkata pada diri sendiri...

"haruskah aku?"

Monday, December 21, 2009

Aku dan Perasaan


Lagu ini banyak memberi makna dalam hidup aku... melalui lagu ini jugalah semua yang terbuku di hatiku telahpun terungkap melalui lirik-lirik yang ada pada lagu ini...

Friday, December 18, 2009

Dugaan Tetap Ada...

Dalam beberapa hari nie... aku rasa tak sedap hati... siang malam gelisah tak menentu... entah kenapa mungkin aku tahu atau sebaliknya punca aku jadi begini... memikirkan benda yang tak pernah aku pedulikan selama ini...

CINTA... Perasaan yang jarang muncul dalam hidup aku... bila muncul aku tidak dapat menolaknya ke tepi sehinggakan aku membebankan diri sendiri memikirkan perkara yang tak mungkin terjadi... bodoh memang bodoh...

Tapi alhamdulillah, hari-hari aku di penuhi dengan aktiviti fotografi dan lain-lain yang membuatkan aku tidak memikirkan hal yang sukar diungkapkan itu...

Entah sampai bila akan jadi begini... aku hanya mampu redha dan berfikir secara logik...

Friday, December 11, 2009

Bila Aku Sudah Dewasa

esok 121209...

genaplah umurku 21 tahun..( muda masih atau terlampau tua)... hahahaa

sepanjang umur aku 20 tahun pelbagai cabaran aku tempuh dari yang bodoh jadi yang pandai cari makan sendiri, dari yang suka kena buli menjadi pembuli.. oh tidak..salah statement itu..

genaplah juga setahun aku bermain dengan benda yang bernama camera DSLR dan bidang yang bernama photography...

banyak lagi impian yang masih belum aku gapai... dalam tahun 2009 mungkin 1 di antara berpuluh-puluh impian aku yang menjadi kenyataan... nak tahu apa?... impian aku yang ingin mengikuti sebuah kumpulan photography yang terkenal di miri iaitu Unisys Syndicate telah pun menjadi kenyataan pada 11 November 2009...

sebelum itu banyak benda yang aku pelajari... segala kritikan aku terima, maki hamun semua aku terima dengan hati yang terbuka dan dengan profesional... dan akhirnya aku telah berubah.. terima kasih kepada mereka...

dan tahun nie juga aku telahpun memegang camera DSLR hak milik peribadi dan bukannya company punya...hahaha

pada tengah tahun 2009 pula lain kisahnya... rakan yang aku selalu ajak keluar telahpun pergi melanjutkan pelajaran.. aku jadi lebih berdikari selepas itu...

tapi berdikari itu jadi sementara selepas aku kenal kawan baru...

dan terakhir sekali... aku kena Punked' hari nie oleh kak dan sepupuku... huh... terima kasih di atas kejutan hari jadi itu... memang berjaya... dan boleh di katakan kejamlah aku, kerana hari inilah buat pertama kalinya aku menyuap kek ke mulut ibu ku...hahaha

kalau cerita sampai habis memang tak habis aku taip.. naik kebastangan dibuatnya...

Monday, November 30, 2009

Dia Telah Mengubah Kehidupanku...

aku adalah seorang yang serius ketika membuat kerja... kalau nak senyum memang susah... tapi sejak aku kenali seorang lelaki yang bernama Ariffin Mohamad dia banyak membantu aku dan mengubah diriku...

kisah aku bermula seawal aku mengenali dunia photography, antara orang yang terawal aku kenal ialah beliau. beliau seorang yang friendly kepada sesiapa sahaja yang beliau kenali mahupun tidak di kenali langsung. itu keistimewaan beliau dan kelebihannya...

sejak aku mula mengikuti beliau berphotoshoot dalam setiap majlis yang besar mahupun kecil, beliau tetap bersikap profesional dalam apa sahaja keadaan... dan sekiranya di perhatikan, beliau memang senang berkomunikasi dengan pelanggan mahupun saudara atau rakan pelanggan itu tadi...

Dan sehingga sekarang aku terikut-ikut akan cara beliau dan tanpa aku sedari aku mula berani untuk bercakap dengan pelanggan dan merasakan mudah untuk berkomunikasi... dari sikap ku yang suka mengambil gambar di celahan pelamin kepada mengambil gambar di hadapan pelamin dan banyak lagi perubahan yang telah berlaku pada aku...

semuanya adalah hasil tunjuk ajar beliau yang lebih mudah di panggil "Apen"... Tanpa beliau mungkin aku tidak jadi begini...

Sekian,
Ikhlas dari hati.

Monday, November 23, 2009

bilakah masanya...

Bilakah masanya Nikon D90 aku akan mempunyai microphone seperti ini...

Hari, Minggu & Bulan

mulai sekarang, hari-hari aku tidak akan seperti biasa lagi... hari dah mula sibuk dengan aktiviti dan kerjakerja yang hendak diselesaikan

minggu pula di penuhi dengan aktiviti lain terutama pada hujung minggu...

bulan tak payah cakaplah memang full wooow...

Thursday, November 19, 2009

Akhirnya...

aku berjaya juga mentranfomkan blog aku yang satu lagi kepada blog yang lebih menarik... selepas 3 hari aku mencuba untuk mentranfomkannya...

Thursday, November 12, 2009

My New Product, New Group, New Image, New Friend...

Coming Soon...

1. New Product: Video DSLR

2. New Group: Unisys Syndicate

3. New Image: Better Look & More Powerful

4. New Friend: Nikon D90

Semoga aku dapat mengubah apa yang telah aku lakukan selama ini, 2 impian telah tercapai, tapi masih ada lagi yang perlu di kejar....

Hari Ini Jadi Sejarah...

tanpa aku dunga jam 5:30pm 11/11/09...
aku terima pangilan dari pemilik group photography miri Unisys Syndicate yang menawarkan aku menjadi ahli di dalam group tersebut... aku terdiam sebentar... tanpa banyak tanya aku setuju dengan tawaran tersebut...

Alhamdulilah...

Friday, November 6, 2009

Aktiviti Hujung Minggu ini....

esok (sabtu) kalau jadi ada street shoot n malam pulak ada shoot engagement....

minggu depan pula nak takel awek baru bernama Nikon Dee Sembilan Puluh...

tengoklah nanti camne perkembangan aku lepas minggu nie...

Happy atau sebaliknya...

Monday, October 26, 2009

Kereta Buat Hal Lagi!!!

Bencinya aku...

belum sampai 3 bulan dah buat hal kereta nie...hmmm... hari nie minyak M dia bocor pulak... argh!!

nasiblah sampai ke workshop... kalau tak mampus aku...

dan nasib juga gaji dapat advance... dapat juga aku bayar nanti bila dah siap...

Thursday, October 22, 2009

Hanya Mampu Redha

hmmm.... kisahnya bergini... bila aku bukak FB tengok dia online... aku suka... suka itu sudah lama cuma masa sahaja menentukan itupun kalau menjadi... aku tidak mampu mengbuang dirinya dalam hidupku walau dengan apa cara sekalipun... tak tahu kenapa... seolah-olah dirinya bagaikan nyawa yang sentiasa membuat aku bernafas dengan selesa...

Itulah namanya keajaiban... aku tahu dia tahu tentang perkara ini suatu ketika dahulu hingga sekarang... Susah payahnya aku yang ambil tahu... menangis sekalipun dia padaku, aku tetap menahan jiwa yang sebenarnya turut sedih kerana dia berada di dalam kesedihan... aku sengaja menulis perkara ini di ruang ini supaya aku dapat membebaskan sedikit rasa yang terbuku di jiwa... mungkin bagi sesetengah pembaca ianya amat jiwang tapi bagi aku ini adalah ruangan aku dan pengkritik yang melampau tidak diperlukan...

Yang bermain dimindaku sehingga sekarang ialah mampukah aku bersamanya... bila aku memikirkannya jiwa aku seakan-akan membara seolah-olah dia itu ada di sisiku tapi ianya hanyalah khayalan semata-mata...

Mungkin anda tertanya-tanya siapakah gadis yang istimewa itu... Hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja tahu tentang kisah ini... Nak tahu sila tanya...

Tuesday, October 20, 2009

Cabaran itu Dugaan...

Hmmm... Susah memang susah... dimana-mana sahaja... setiap apa yang kita lakukan mesti ada sahaja cabaran yang akan kita tempuhi...

Thursday, October 15, 2009

Hmmm...

lama sudah tidak menaip d ruang ini....

Hari ini...

Kereta telahpun siap di baiki selepas kemalangan minggu lepas...

Hari esok...

Malangnya hasrat untuk bercuti dan menjalani kursus jurulatih pertolongan cemas tidak kesampaian apabila kursus itu di tunda sehari...

Hari Lusa...

Bencinya aku apabila tidak dapat join member unisys untuk fotoshot wedding kerana menjalani kursus 2 hari...

Sekian.

Thursday, October 8, 2009

Kantoi!!!!

Hahahaha.. hari nie aku terkantoi... ingatkan jumaat rupa2nya tidak... so aku pakai baju melayu dan berselipar turun kerja... check2 ada CEO kat ofis... daam otak takpelah... pastu aku jumpa staff kat perpustakaan...hmmm... dia kata fy, hari nie khamis bukan jumaat...hahaha...kantoinya aku...

Monday, October 5, 2009

Huh...

hari nie baru aku dapat menjenguk blog aku.... antara aktiviti aku minggu lepas...

Jumaat:

2am - hospital
8am - rmh jenazah
2pm - shoot outdoor pengantin
7pm - shoot band
11pm - lepak rmh bos

Sabtu:

7am - shoot family day
2pm - beraya
4pm - shoot band
6pm - shoot wedding
11pm - lepak rmh bos

Antara aktiviti yang aku lakukankan sampai tak larat lagi nak tengok facebook & blog...

Monday, September 28, 2009

Aku Benci...

Apa yang aku benci adalah bila ada saja yang suka nak potong line aku... bila aku nak buat kerja yang aku suka ada saja lah yang menghalang... bencinya aku...

menghalang bukan dari segi keluarga atau kwn tapi yang menjadi penghalang adalah kerana hanya aku seorang sahaja yang bernama alfi hazimi...

maksudnya di sini aku tidak dapat nak buat 2 kerja dalam satu masa... aku pada mulanya nak buat kerja yang no.1 dah happy gileerrr dah... tapi argh... datang yang seorang nie suruh aku buat kerja no.2... argh bencinya aku... tambah menyakitkan lagi bila kerja yang no.2 itu aku tak boleh tolak ketepi di sebabkan arahan dari pihak atasan...

Apa ada pada kerja no.1 & 2?

Akan bersambung pada 5/okt/09...

Wednesday, September 23, 2009

Excited...

Tak sabar:

= nak tengok sendiri ada softbox untuk photography next week sampai...

= nak beli beg camera baru...

= nak melaksanakan projek baru minggu hadapan...

Hari ke-4 Raya...

Orang semua kebayakannya masih cuti dan ada yang sudah bekerja... termasuklah aku sendiri yang bekerja... yang membuat aku rasa pelik adalah perasaan aku seolah-olah masih berpuasa... nak makan kuih kat ofis rasa segan... Apa dah jadi nie... hmmmm...

Friday, September 18, 2009

Ada Yang Masih Belum Matang...

Title aku kali ini mungkin agak pelik sedikit tapi iniah hakikatnya... ramai di kalangan kita telah menyalahkan sesetengah individu kerana menulis artikal yang berkenaan dengan perasaan masing-masing pada blog sendiri... salahkah? salahkah seseorang individu itu menulis artikal yang berkenaan dengan perasaannya? sedangkan tidak ada peraturan yang memberitahu kemudahan internet bukan untuk meluahkan perasaan... ternyatalan golongan individu tersebut kurang matang terhadap kenyataan yang telah dipaparkan pada laman blog si penulis dan menampakan seoah-olah mereka yang mengawal saluran seperti blog...

Cuba bayangkan sekiranya si penulis blog menulis isi hati atau perasaannya di blog dan mungkin dengan cara ini si penulis boleh mengurangkan tekanan pada dirinya, akan tetapi sekiranya keadaan ini terjadi sebaliknya bermaksud si penulis tidak meluahkan perasaannya pada blog dan memendam pada diri sendiri... apa akan terjadi? cuba fikir secara logik memang si penulis akan bertambah stress...

Inilah hakikat yang berlaku pada zaman teknologi sekarang, masih ramai di antara kita yang kurang faham tentang penggunaan blog seperti ini, atau dalam istilah lain buta IT. mungkin mereka beranggapan bahawa blog hanya sekadar alat untuk menyampaikan maklumat (perniagaan etc.) dan bukan untuk kegunaan individu... tambah malangnya lagi individu yang mengkritik tentang artikal yang memaparkan tentang diri sendiri atau perasaan ialah individu yang berusia bawah dan awal 20-an. sungguh memalukan... kalau si pengkritik berumur 40-an ke atas mungkin boleh di terima tapi sebaliknya yang berlaku... bukankah umur lingkungan 20-an adalah di antara individu yang berpengaruh dalam dunia IT masa kini? Pelik... tapi inilah hakikatnya yang terjadi pada blog yang memaparkan tentang perasaan masing-masing...

Secara konklusinya, individu tersebut harus berfikir secara matang dan mengubah pemikirannya kerana ia mungkin akan menyebabkan sesetengah individu akan merasa tidak selesa dengan kenyataan yang melarang menulis artikal diri sendiri / perasaan pada blog.

Tuesday, September 15, 2009

Boringggggggggg

Bosan.... Boring.... Lemah....

Kat ofis takde kerja... bila takde kerja main facebook & blog... masih juga boring... apalah nak jadi... hmmm... raya dah dekat kek dan biskut ada lebik kurang 8 set lagi nak di buat...

Hebat... Memang Hebat... Last Minit buat kerja itu kegemaran aku... hahaha...

Aku... apa nak ku tulis ha? oklah kadang-kadang aku berkata kat diri sendiri kenapa aku selalu tolong orang yang bermasalah? sebabnya aku suka nak kurangkan beban orang tu tapi tetap juga ada masalah... masalahnya kalau aku tak tanya atau jumpa orang tu mesti aku tak tahu apa masalahnya... cubalah keajaiban berlaku di mana orang itu secara automatic cari aku bila dia bermasalah... kan best... hahaha...

Di sebalik cerita itu semua ada satu lagi masalah aku... camera masuk ICU belum keuar lagi... raya dah dekat... kalau takde camera mati lah aku... moment raya tak dapat ambil... dah berapa kali dah event aku terlepas.. argh!! bencinya aku... tapi takpelah harap-harap dalam minggu nie camera dah siap...

Monday, September 14, 2009

One More Try... Yes or No?



It gets harder every day, but I cant seem to shake the pain
Im trying to find the words to say, please say
Its written all over my face, I cant
Function the same when you're not here
Im calling your name and no ones there
And I hope one day you'll see nobody has it easy,
I still cant believe you found somebody knew
But I wish you the best, I guess.
Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We've heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
'Cause everybody knows, but nobody really knows

I don't care what the people say
They brought it all in anyway
Baby don't fill up your head with he-said, she-said
It seems like you just don't know
The radios on, you tuning me out,
Im trying to speak, you're turning me down
And I hope one day you'll see nobody has it easy,
I still cant believe you found somebody knew
But I wish you the best, I guess.
Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We've heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
One more try
Cause everybody knows, but nobody really knows

Oh I wish you'd understand
Oh, just an ordinary man
Listen wed have known
Everybody knows, but nobody really knows
And I know one day you'll see, nobody has it easy
I still cant believe you found somebody knew
I wish you the best, I guess.

Cause everybody knows, that nobody really knows
How to make it work, or how to ease the hurt
We've heard it all before, that everybody knows
How to make it right, I wish we gave it one more try
One more try
One more try
One more try
Cause everybody knows, but nobody really knows

"petikan lagu: John Lagend - everybody knows"

Dari lagu nie macam-macam cerita yang boleh orang faham pasal aku... dan lagu nie menceritakan segala-galanya pasal aku melalui pemahaman aku terhadap lirik lagu nie...

Tuesday, September 8, 2009

Hari Ini...

Pagi - hantar surat, main fb, beloya dengan member sepejabat

tengah hari - dapat elaun student baru, belanjar member sepejabat, buka account bank baru

petang - buka puasa bersama member yang lain

malam - buat biskut yang telah di tempah & fikir siapa yang nak di belanjar keesokkan harinya dan merancang perbelanjaan...

Monday, September 7, 2009

Mimpi

hmmmm.. mimpi oh mimpi... kali nie mimpi aku agak romantik lah sikit... buat pertama kaliya di bulan ramadhan aku mimpi perkara sebegini... aku pada mulanya tidak memperdulikan mimpi tersebut akan tetapi akhirnya aku semakin melayan mimpi tersebut...

apa ada pada mimpi itu?....

mimpi itu menceritakan bahawa bagaimana aku mendambakan seorang pasangan ketika bersia-sia di Parkson... dan gadis yang menjadi kekasihku dalam mimpi itu adalah orang yang aku cukup kenal dan rapat padaku sehingga kini...

setelah sedar dalam hati berkata... "alahai kalau lah mimpi itu betul, alangkah bahagia dan berani nya aku" tapi pada realitinya aku tidak seberani itu...

Thursday, September 3, 2009

Kereta Low Batt Lagi

semalam 2 september 2009... hujan sepanjang hari... jam pukul 1200 tengah hari, plan nak ajak kwn sepejabat pergi Bintang megaMall tapi malangnya bila ku sedar kereta dah tak nak start check-check aku lupa off lampu...huh... paksalah tunggu kawan datang dan tukar bateri kereta kejap... lepastu barulah dapat menuju ke parkson...

Sebelah malamnya pula aku pergi melihat kemalangan yang berlaku di PermyJaya, Miri... fuh teruklah juga kemalangan tu... http://alfihazimi.blogspot.com untuk cerita kemalangan...

Thursday, August 27, 2009

Senyum

aku hanya mampu tersenyum hari ini...

sebabnya kereta dah ambil dan ada orang hantar ucapan selamat berpuasa kat facebook aku..

tu pun dia hantar semalam dan aku baru perasan jam 12:43pm...

aku hanya mampu berkata dalam hati " aie...best..." senyum selama 3minit aku membacanya dan sejuk hati melihat gambarnya... lepas tu aku membalas ucapan itu tadi... tapi selepas membalas terfikir juga.. apa kata yang sorang itu nanti kalau dia terbaca... tapi takpe lah apa boleh buat.. kita banyak kawan rapat jadi tak jadi masalah menghantar ucapan yang sweet itu kat kawan yang lain.. :D

Mission Complete

Kali ini aku nak bercerita tentang kisah malam semalam di mana seorang kawan karibku telah di terjah oleh skuad photographer di kediamannya di senadin... Affy (bukan nama sebenenar) telah pun mencecah umurnya yang ke 21tahun, jadi kami telahpun membuat perancangan yang last minit untuk menerjah rumahnya... dan ketika penerjahan berlaku beliau yang sedang syok melihat katun terkejut dengan kehadiran skuad kami dan akhirnya kejutan untuk affy berjaya dengan kerjasama kakaknya...
Masih tekejut lagi...


Wednesday, August 26, 2009

Aku Bingung

Jam pukul 3.38pm tengah aku syok dengar lagu handphone berbunyi... sapa call? mekanik dari workshop ku hantar kereta call cakap kereta dah siap tapi dalam masa yang sama dia cakap benda ini benda itu perlu tukar ada yang dah jadi sekeras simen dan ada pula yang sumbat macam tisu masuk hidung... waaaaaaa.... kalau di kira semua kos dalam 2-3k... woooooooo....last2 aku cakap tukar yang penting sahaja dan dah di kira semuanya RM200...

Walau bagaimanapun aku tak dapat nak ambil kereta itu sekarang sebabnya takda bajet... hari jumaat baru lah aku dapat ambil kereta... itupun kalau gaji keluar waktu tu...

Monday, August 24, 2009

Post Pertama

Hari ini hari pertama aku menggunakan blog baru ini untuk aku meluahkan atau menceritakan apa sahaja yang berlaku pada aku sepanjang masa...

Petang Nanti aku nak hantar kereta pergi workshop nak repair sikit... Maklumlah aku yang banyak pakai kereta tu jadi kenalah maintain kan....

Dalam otak lain pulak kisahnya... orang dah nak tempah kek untuk raya tapi aku belum lagi nak buat kek diorang... maklum sajalah gaji belum keluar jadi budget untuk buat kek pun belum lah ada... hahaha... minggu depan aku akan mula buat kek orang-orang yang telah menempahnya... takut tak sempat...