Thursday, July 15, 2010

Terima Kasih...

Hari ini genap 4 tahun dia menjadi adek aku, sedar tak sedar umur aku dah meningkat, dan adek aku pulak dah pergi melanjutkan pelajaran... fuh... memang rasa tak percaya, bagaimana aku boleh mempertahankan hubungan ini... tapi itulah hakikatnya... adek aku yang aku kenal sejak 4 tahun yang lalu sama sahaja sehingga kini, tiada perubahan sikap yang aku nampak, dia tetap dia... sama juga dengan aku... Normal, Bermasalah, Stress... memang itu lumrah manusia... Walaupun kami jarang bertemu tapi hati aku tetap sama... tak berubah untuk menyayanginya seadanya... kenapa? sebab sepanjang hidup aku aku ada ramai adik yang aku anggap seperti adik kandung sendiri tapi yang tinggal hanya dia, yang lain semuanya membuat hala tuju masing-masing... mungkin itu nasib aku, aku tetap sabar menempuhinya... yang dah berlalu biarkanlah... mungkin mereka lebih bahagia tanpa aku... kepada adik aku "Shasha Wan Taha" abg ingin ucapkan Happy 4th Anniversary nasihat abg semoga adik tabah menempuhi dugaan yang sentiasa datang dan abang akan sentiasa ada bila memerlukan...

Sekian.
Terima Kasih.

Thursday, July 8, 2010

Kesungguhan Mengatasi Segalanya

Kalau lihat pada tajuk entri aku kali nie mungkin agak "skema"... Tapi itulah realitinya...

Petikan dari seorang jurugambar berbakat(UdeyIsmail) - facebook "wall post".

dari apa yang beliau post di laman facebook, memang terbuktilah bahawa jika kita mempunyai minat serta kesungguhan pasti apa sahaja kesukaran dan ritangan yang kita hadapi dapat ditempuhi dengan kekuatan dan keberanian. Jadi sekiranya anda merasakan diri anda tidak mampu melakukan sesuatu perkerjaan atau mencuburi bidang yang anda minati kerana faktor keluarga atau kurang mampu, berusahalah demi mencapai cita-cita anda... Jangan berhenti di pertengahan jalan, kerana ia tidak akan membantu anda menuju kejayaan. Bersikap positive adalah kunci utamanya.