Wednesday, December 12, 2012

AKu Masih Bernyawa

Alhamdulillah, Hari ini bertambah setahun lagi usiaku. Tarikh keramat 12.12.2012. Tidak ada apa yang perlu aku katakan melainkan syukur padamu Ya Allah, tuhan semesta alam. Segala apa yang engkau berikan padaku selama ini aku amat mensyukurinya.

Dalam perjalanan hidup aku, dugaan itu adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi setiap manusia. Ringan berat itu terpulang kepadaNya untuk menguji sejauh mana kekuatan hambaNya itu.

Aku antara yang tidak terlepas dari dugaan itu. Cara aku mengatasinya mudah sahaja, hanya perlu kesabaran dan dekat padaNya. Dan paling mudah lakukan kebaikan kepada orang lain walaupun anda sering diperburukan dihadapan orang lain.

Nercaya suatu masa anda akan sedar kenapa dugaan itu datang dan apabila anda mengecapi kebahagiaan yang anda inginkan maka anda akan tahu nikmatnya.

Tuesday, November 6, 2012

Andai itu satu kepastian

Alhamdulillah. Aku masih lagi mampu mengarang di blog ini walaupun setelah sekian lama menyepi. Akibat kesibukan kerja dan beberapa perkara yang harus diselesaikan maka kesempatan untuk singgah menulis di blog ini amatlah kurang dan jarang sekali.

Apa yang ingin dikongsi aku kali ini ialah berkaitan Perasaan dan Takdir. Aku sering bermain dengan perasaan dimana ia memberitahu aku sesuatu seperti "sudah sampai seru untuk mendirikan rumah tangga." 

Persoalannya ialah, bersediakah sudah aku meneruskan perjalanan ini? dan sudah pastikah apa yang aku pilih dan apa yang aku miliki sehingga saat ini adalah milik aku selamanya? Aku tidak pasti akan perkara ini kerana;

1. Aku mungkin pasti akan perasaannya terhadapku pada saat ini, tapi aku juga tidak pasti andai dia masih takut untuk mengubah masa lampaunya kepada kehidupan sekarang.

2. Andai dia yang terbaik untuk ku, adakah ini adalah dugaan yang aku perlu tempuhi untuk bahagia bersamanya hingga ke akhir nafasku?

3. Jika cinta yang mencecah 8 hingga 10 tahun lamanya itu berakhir dengan ucapan "aku terima nikahnya", adakah perkara yang sama akan berlaku padaku? dan adakah ini caranya?

Tidak siapa yang mampu memberi jawapan yang tepat kecuali pencipta dan pemberi cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Aku tidak mampu berbuat apa-apa cuma redha dan tenang dan pengubat segala-galanya adalah sabar.

Sabar itu yang membawa aku hingga ke saat ini. Di Mana kesabaran itu mengajar aku secara perlahan dalam mengenali apa sebenarnya nikmat dan pemberiaan yang akan di terima sekiranya kita sabar dan berpegang padaNya.

Dengan apa yang aku ada sekarang, aku sentiasa bersabar dan terus bersyukur walaupun dugaan yang diterima mungkin agak berat bagi sesetengah orang tapi bagi aku, selagi ada rasa yakin pada diri dan terus bersabar, segala masalah yang timbul akan pergi begitu sahaja dan segala masalah yang dihadapi walau seberat manapun akan menjadi ringan andai kita terus berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Thursday, September 13, 2012

Jiwa aku Rapuh

"Kau mesti akhiri perhubungan kau dengan gadis itu." kata seorang rakan karib ku apabila dia mengetahui yang keluarga kekasihku telah menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan rumahtangga rakannya semata-mata untuk menjadikan lelaki itu suami kepada kakak kekasihku walaupun sehingga kini rancangan itu belum berjaya.

Aku agak blur pada mulanya. Selepas diasak beberapa kali dengan beberapa bukti aku lalu mengemas pakaian dan berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam untuk memeriksa diriku tidak menjadi mangsa seterusnya.

"Kau tidak mempunyai apa-apa masalah, cuba badan kau telah dimasuki iblis tapi bukan kerana perbuatan orang." Aku terdiam seketika dan kemudian aku diberitahu bagimana iblis memasuki badanku dan seterusnya berada di bahagian pundi kencing dan di dalam tulang.

Beberapa jam kemudian aku diarah untuk mandi dengan beberapa jenis bunga dan ubat-ubatan yang menjadi penawar kepada ku.

Setelah selesai aku dihujani dengan beberapa message yang menanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada diriku. Dalam masa yang sama kekasihku  pun menghubungi ku dan setelah dia mengetahui serba sedikit tentang kejadian yang menimpaku dia cuba untuk menenagkan ku.

Setelah beberapa jam kami bercakap mengenai hal berkenaan melalui "bbm" kami pun mula beralih arah bercerita tentang hubungan kami. Dan dalam perbualan itu aku keliru sama ada ingin mempercayai atau sebaliknya tentang setiap kata-katanya.

Sukar untuk aku gambarkan perbualan itu sehingga ayat terakhir aku 

"Dan suatu hari suatu masa, jika awak tidak selesa bersama saya dan inginkan kita menjadi seperti orang biasa, saya redha dan saya tidak akan berasa marah mahupun berkecil hati kerana saya enggan memaksa orang, kerana memaksa itu ibarat menyiksa diri sendiri" 

dan ayat aku itu dibalas dengan 

"Satu hari. bukan sekarang."

Aku lalu terdiam dan mula menyendiri. Entah bagaimana aku hendak mengakhiri hubungan ini jika dia didapati bersalah kerana mempergunakan aku dengan ilmu itu juga dan bagaimana pula jika dia langsung tidak mengetahui atas perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya terhadap orang lain.

Sehingga kini aku tidak mendapat jalan penyelesaian kerana aku sendiri tidak pasti mampukah aku menjadi orang biasa selepas banyak perkara buruk yang aku dengar tentangnya serta bagaimanakah caranya aku ingin mencari kebenaran untuk semua itu.

Thursday, July 26, 2012

Takdir atau Harapan?



Sedihnya lagu? pasti pembaca dah dapat mengagak apa yang bakal aku tulis untuk post kali ini.

Hari ini puasa ke-5, beberapa hari lepas aku dihimpit dengan mimpi yang aku sering cuba untuk elakkan.

Mimpi apa?

Mimpi dimana kekasihku asyik ber-video call bersama dengan lelaki yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu dan di dunia realitinya aku jarang sekali berhubung dengannya melalui panggilan telefon. Walaupun kata orang ia cuma mainan tidur atau bisikan syaitan tapi ia berlaku pada bulan Ramadhan. Setahu aku waktu ini semua syaitan digari, jadi yang menjadi persoalan apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu?

Aku malas nak mengagak ke arah yang negatif, aku cuma mampu beranggapan 50/50. Ia mainan tidur dan ia mungkin juga kenyataan kerana setiap kali mimpi aku sering berlaku dikehidupan sebenarku.

Hari ini 26hb Julai 2012 genaplah 395 hari kami menjalinkan hubungan cinta. Adakah ini ujian terbaru untuk aku? Aku tak tahu, hanya mampu mengikut perkembangan semasa.

Wednesday, July 11, 2012

Cinta itu unik?

Dalam kehidupan bercinta terutamanya untuk pasangan kekasih, kebiasaannya berlaku salah faham yang enggan diberitahu kepada pasangan mereka dan akhirnya mengundang rasa curiga dan kemarahan sehingga menjadikan sesebuah percintaan itu rapuh dan tidak bernilai lagi. 

Kenapa agak mudah untuk meluahkan rasa tetapi enggan menerima kekurangan masing-masing?

Secara logik akal pasangan kekasih selalunya dikaitkan dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Kenapa ia tidak dinilai melalui perbezaan jantina ketika bercinta? dan seolah-olah kuasa cinta itu mampu menggabungkan dua benda berbeza menjadi 1 perkara yang sama.

Kebanyakan pasangan enggan bertolak ansur dan mudah memilih emosi dari memikirkan kesan pada jangka masa panjang. Dan ada pula yang menimbulkan rasa kesal terhadap keadaan yang menimpa.

Kenapa tidak sabar dengan dugaan?

Rasanya kebanyakan hubungan yang berbentuk percintaan selalunya tidak akan lari dari dugaan dan cabaran begitu juga dengan kehidupan seharian seorang solo bukan?

Cuma yang membezakan adalah berseorangan dan berpasangan. Dari pandangan kasar, jika kita melihat "couple" berjalan mesra pasti kita akan ingat mereka adalah pasangan paling bahagia, sedangkan anda tidak mengetahui apa yang mereka lalui sebelum mereka menemui kebahagiaan tersebut.

Saya turut tidak terkecuali dari perkara dan ancaman tersebut. pelbagai ujian dan dugaan besar yang saya terima sebelum mencapai tahap yang boleh saya syukuri.

Cacian, Penipuan, Tangisan, Putus asa, Kecewa...

Semua itu saya telah lalui semata-mata untuk mengejar impian bergelar pasangan kekasih bersama orang yang saya cintai. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami telah pun menjalani hubungan ini setahun lebih dan ujian memang tetap ada cuma kena bersedia dari masa ke semasa.

"kenapa awak bodoh sangat bercinta dengan orang yang tidak mencintai awak?" - Itu antara cacian yang saya terima. Saya hanya mampu tersenyum kerana keputusan saya adalah bergantung kepada niat dan isi hati saya.

Saya akan kecewa jika saya tidak menunaikan apa yang saya inginkan kepada pasangan saya walaupun dia mungkin tidak mencintai saya pada ketika itu.

Sabar adalah jawapannya. Saya bercinta bukan kerana dia cantik, tetapi kerana hatinya dan personalitinya yang menjadikan dia istimewa.

Dugaan sentiasa datang dan keyakinan saya juga mula menipis. Jika ditanya apa yang membuat saya tabah, jawpannya adalah NIAT.

Saya merelakan diri saya dilayan seperti kawan biasa dan saya tidak akan menegur kerana saya percaya jika saya benar-benar ikhlas pasti Allah akan bukakan pintu hatinya untuk menerima saya seadanya. Tetapi ramai yang beranggapan itu mungkin menyebabkan dia naik kepala. bagi saya itu terpulang kepadanya, sesungguhnya Allah itu adil.

Alhamdulillah, dengan keredhaannya, saya dan dia masih berdiri bersama untuk mencapai niat dihati. Cuma apa yang penting,

Kata orang jangan diabai dan jangan pula diambil serius bahkan berfikirlah sebelum membuat keputusan kerana setiap keputusan itu adalah jalan yang anda pilih dan akan membawa anda ke lokasi pilihan anda. Ia tidak akan jelas dan tidak juga kabur, cuma ia memerlukan perhatian dan kesungguhan untuk mendapat apa yang diinginkan.

Tuesday, June 26, 2012

Terima Kasih C.T.P

Cinta, Takdir, Pertemuan.

Itu yang aku ingin jelaskan dan menjadi kata-kata pilihan aku untuk sambutan ulangtahun pertama aku dan dia.

Alhamdulillah, sehingga kini aku mampu bertahan sehingga ketahap ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku tempuhi... kata orang "tiada jalan mudah untuk berjaya dan kegagalan serta kekecewaan itu pasti muncul disaat anda benar-benar mengharapkan kebahagiaan." 

Kadang-kadang aku terfikir di saat bersabar; "berbaloikah semua ini?"

Demi rasa, demi perasaan dan hati, aku tempuhi jua untuk meneruskan perjalanan yang kadang-kadang benar-benar mencabar kesabaran.

Kami:

- Tidak pernah "dating" seperti pasangan lain
- Perjumpaan di rumahnya selalunya berlaku dengan halangan pagar rumah dan dalam masa tidak sampai 5 minit, untuk mengelakkan diketahui keluarganya.


Syukur. Itulah kata yang ingin aku ungkapkan sehingga ke tahap ini aku masih diberi peluang untuk mencintai seseorang yang aku dambakan  walaupun kemungkinan tidak bagi dia. Apa-apapun perjalanan semakin jauh dan aku tidak akan tahu apa yang menanti di hadapan mahupun yang menyerang dihadapan.

"Mengalah sebelum berperang?" Itu bukanlah aku, aku adalah seorang yang berani dan yakin tapi tidak akan lari dari kegelisahan kerana aku manusia biasa.

Semoga Hari ini akan membawa aku dan dia ke peringkat seterusnya dan dengan harapan hati dia terbuka untuk aku sepertimana hatiku untuknya.

Saturday, May 19, 2012

Mampukah aku?

Jumaat. semua orang tahu hari itu hari yang amat bererti untuk semua orang Islam dan bagi yang lelaki ada kelebihan pada hari tersebut.

Bagi aku pula, Jumaat merupakan hari untuk aku mendapat rezeki dari Allah.

Rezeki bagaimana?

Rezeki yang aku terima datang dari pelbagai bentuk.

Cinta, Kebahagiaan, Ketenangan, Wang, Projek baru dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku terima dan dikurniakan segala kelebihan dan kekurangan.

Bagi aku kekurangan adalah kunci kepada kejayaan atau dalam kata lain, Kunci ibarat kekurangan dan Mangga ibarat kejayaan. Ada orang membawa kekurangan kepada kejayaan dan ada juga yang membawa kejayaan kepada kekurangan. Itu semuanya bergantung kepada bagaimana yakin seseorang itu untuk berubah dan mengubah kehidupannya.

Amat benar sekali lirik ini;

"Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku..."

"Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku"


maher zain - Ku milik Mu

Tiada siapa yang dapat melawan takdirNya. kerana kita adalah milikNya.

dan satu lagi petikan, kali ini melalui sebuah video yang membuat aku rasa insaf dan terdiam...

Friday, May 18, 2012

Apa Sebenarnya?

Fuh!!

Jam 00:00am 18hb Mei 2012

(Blackberry messenger )
L: Ping!! aku nak ambik barang kat rumah ko
aku: ambiklah
L: ok otw.

12: 15am

L mengambil barang dan berlalu pergi dan aku memerhati hala tuju kenderaan nya dan aku mendapati laluan kenderaannya menuju ke arah kiri, jalan menuju ke rumah kekasihku.

Aku sebelum itu telah berfikir bahawa ada tujuan disebalik semua ini. ambik barang dah lah lewat mesti ada tujuan lain.

Setiba aku di lorong rumah kekasihku...

NAH!!! terserempak dengan kereta si A yang ingin memasuki simpang rumah kekasihku itu...

Aku lalu pulang dan menukar kenderaan dan menggunakan kenderaan lain untuk mengaburi mata L agar dia tidak mengesyaki aku mengintainya.

Setalah aku menukar kenderaan dan menuju ke kawasan perumahan kekasihku, masih kelihatan kenderaan A parking di bahu jalan untuk menunggu masa masuk ke kawasan rumah itu.

Setelah 5 minit berlalu kenderaan nya pun pergi dan apabila aku pusing ke kawasan rumah kekasihku itu, aku ternampak kenderaan abangnya "parking" di rumah tersebut dan itulah punca kegagalan kenderaan L masuk ke rumah tersebut.

Persoalannya:

1. Adakah pertemuan itu adalah sesuatu yang dirancang?

2. Adakah kekasih aku ada membuat temu janji bersamanya?

3. Adakah kekasihku masih berhubung dengannya?

4. Apakah yang aku berlaku jika aku tidak berada bersamanya?

*18 Mei 2012 merupakan hari jadi kekasihku.

Sunday, May 6, 2012

Cinta & Benci

Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
T’lah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Berikut merupakan potongan lirik dari sebuah lagu yang berjudul "Cinta & Benci" nyayian Geisha.
Mungkin ramai yang boleh meramal apakah keadaan yang sedang aku hadapi.
Itulah kehidupan jika kita mencintai seseorang itu tanpa mengetahui pada awalnya, adakah seseorang itu mampu atau tidak mencintai kita seperti mana kita mencintai mereka.
Ada yang berkata cinta itu kejam. Tapi cinta itu sebenarnya dalam bentuk apa? dan bolehkah kita menyalahkan cinta dalam sesuatu perkara yang menyakiti hati kita? walhal cinta itu bukan sesuatu yang boleh bercakap mahupun berfikir.

Dalam percintaan ayat "I love you" dan "I love you too" adalah satu ayat yang sering digunakan dan dianggap ayat paling power dan boleh membuat seseorang itu percaya bahawa cintanya terbalas. Sedangkan adakalanya ayat itu digunakan oleh sesetengan pasangan untuk mengaburi atau menutup perasaan sebenar semata-mata untuk menjaga hati atau mengelakkan pertengkaran mahupun menutup penipuan yang telah dilakukan.

Walaupan Kesahihan sesuatu perasaan curiga yang dihadapi dalam sesebuah hubungan itu sukar diramal, namun bagi yang benar-benar mempunyai perasaan yang jujur dan ikhlas pasti mereka akan merasai dan sedar tentang perubahan atau tingkahlaku pasangan mereka.

Dalam kata lain hanya satu pihak yang mempertahan hubungan mereka dan satu pihak lagi hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Kejam? mungkin boleh dikatakan kejam dan mungkin juga ada sebab-sebab tertentu yang menyumbang kepada keadaan itu. Seperti contoh adanya halangan keluarga mahupun orang ketiga.

Dan bagaimana pula bagi yang benar-benar mengharapkan balasan cinta itu? Bersediakah dia jika mendapat tahu berkenaan hal bekenaan?

Dalam situasi aku, aku bersedia dan telahpun tahu perkara berkenaan cuma yang menjadi tanda tanya adakah dia sebenar mencintai aku atau telah berusaha untuk mencintai tapi tidak berjaya? Persoalan sedemikian yang sering menghantui dan jika ditanya pasti pihak tersebut berdiam diri atau "tukar topik".

Kata orang kalau tukar topik memang sah lah dia tidak mencintai anda. Tapi berhakkah anda menghukumnya sedangkan anda tahu hal/masalah yang dihadapinya?

Berbalik kepada penulisan di awal tadi yang menyatakan bahawa ada sebab-sebab tertentu yang menyumbang kepada keadaan itu. Seperti contoh adanya halangan keluarga mahupun orang ketiga.

Pada kebiasaannya ada pihak yang mempunyai sebab-sebab seperti di atas selalunya akan memberitahu pasangan mereka sebelum mereka ber"couple". ada pula sebaliknya.

Dan apa yang sering berlaku adalah jika pihak yang mempunyai sebab-sebab itu memberitahu pasangan mereka tentang hal berkenaan sedangkan mereka sebenarnya tidak pasti sama ada mereka mampu atau tidak mencintai pasangan mereka jika pihak yang melamar sanggup untuk bersama mereka dalam menjalinkan hubungan cinta.

Mereka tidak matang? Siapa? Kedua-duanya?

Dalam hal sebegini selalunya pihak yang bermasalah adalah pihak yang mempunyai halangan kerana sudah tentu pihak yang melamar sudah bersedia untuk menerima apa-apa sahaja jawapan dan perkataan yang keluar dari pihak yang nak dilamar.

Sukar nak di ramal. sebab perasaan berubah-ubah?

Ini antara perkara yang tidak dapat dielakkan, dan ia sering menghantui pihak yang benar-benar mencintai. Jika seseorang itu amat mencintai pasti mereka akan menganggap bahawa dugaan itu sentiasa datang dan ia akan pergi jika kita jujur dan ikhlas. memang benar tapi ia kadang-kala boleh menjadi sebaliknya.

Jika ia tidak pergi dan sentiasa menghantui? Tinggalkan saja?

Persoalannya sanggupkan anda meninggalkan orang yang menjadi idaman anda itu dan sanggupkan anda melihat jika dia bahagia dengan orang lain? 

Jika anda memikirkan tentang kenangan, pengorbanan dan apa saja yang pernah anda lakukan untuk dia, sudah tentu anda tidak sanggup melihat dia pergi dan hidupnya mungkin tidak seindah seperti dia bersama anda.

Dan perkara sebegini sering membuat anda STRESS!!!!

Bagaiman mengatasinya?

- berdoa dan sabar
- lakukan aktiviti yang membolehkan anda tidak memikirkannya
- bersikap positif
- sentiasa peka dan "pay attention"  dalam setiap apa yang anda dengar dan cuba kaji dan buat beberapa kesimpulan yang logik dan ia pasti membawa anda kepada sesuatu yang mungkin agak mengejutkan.
- berpisah kerana dia bukan jodoh anda.

Berpisah adakalanya memeritkan dan ia nya bukanlah jalan terakhir. Jika perlu mencuba dan lagi mampu bersabar, kenapa perlu berpisah?

Dan mungkin anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk mengetahui adakah orang yang anda cintai itu sebenarnya ambil berat tentang anda atau sebaliknya.

- cuba kurangkan layanan anda terhadapnya dan lihat reaksinya. Dari reaksi berkenaan anda pasti mendapat jawapan apa sebenarnya yang ada di dalam hatinya tapi awas! jangan mudah terpedaya dengan cubaan kali pertama. Ia mungkin satu perangkap atau "syco" sahaja supaya anda percaya.

Apa yang dapat dikatakan di sini. Jika anda jujur dan ikhlas dan ada niat untuk menikahinya, anda pasti menemui jalan penghujungnya dan begitu juga sebaliknya, Yang penting keyakinan anda dalam menjaga sesuatu hubungan itu. Ia tidak akan mudah seperti yang anda sangka dan tidak juga sukar seperti tanggapan orang sekeliling anda. Yang penting anda mencuba, kerana mencuba itu lebih baik dari mensia-siakan .


Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
T’lah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Chorus
Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
T’lah lama ku menantimu
Diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta
Ku sakit karenamu
Ulang Chorus
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Sungguh aku tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Cinta dan benci
Yang ku rasa


Sekian.
Penulis blog
corak kehidupan

Thursday, May 3, 2012

Matahari, Petir & Pelangi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. "

Itu antara ayat yang sering kita dengar dan bagaimana untuk memberitahu seseorang itu bahawa dugaan yang datang adalah ujian sebelum menempuhi kejayaan.

Begitu juga aku, setiap apa yang berlaku dalam hidup, aku berjaya menenagkan diri, walaupun adakalanya syaitan berjaya memerangkap dan mempengaruhi aku.

Hari ini 3hb Mei 2012. Perjalanan kehidupan aku agak berlainan sedikit hari ini. Disebelah petang, air mata menemani aku di kala aku dan dia berbual menerusi telefon berkenaan perjalanan kisah cinta kami.

Setelah hampir setahun hubungan ini berjalan, hari ini satu demi satu ketakutan yang menghantui hubungan kami diselesaikan. 

Setiap seorang diantara kami mahukan hubungan yang berkekalan hingga akhir nyawa bahkan ingin menjadikan hubungan ini sebagai permulaan untuk melangkah ke alam berikutnya.

Tapi dugaan tetap hadir. Aku akui aku tidak sepatutnya menjalani hubungan cinta ini bersamanya kerana dia mungkin menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berstatus Suami dan ini semuanya berlaku atas pilihan keluarga.

Entah kenapa, aku rasakan hubungan ini patut diteruskan di mana dia yang aku cintai adalah wanita yang muncul dalam mimpiku ketika aku berhajat kepada Allah untuk tunjukkan kepadaku jodoh atau teman hidupku dan aku ingin bersamanya untuk selamanya.

Akhirnya Allah tunjukkan kepada ku dan Allah satukan hati kami walaupun aku telah diberitahu oleh beliau berkenaan hal "pilihan keluarga" sebelum kami menjalinkan hubungan ini.

"saya takut awak kecewa dan saya tak nak jika apa-apa yang berlaku dalam hubungan kita, awak marah dan mengungkit apa sahaja yang awak telah berikan kepada saya."

Itulah kata yang keluar dari mulut beliau dengan nada yang sayu.

"Kenapa awak berfikiran begitu sedangkan dari mula hubungan kita saya telah berjanji pada diri saya untuk menjaga awak dan juga keluarga. Saya tidak mahu bersama awak semata-mata demi cinta. Saya inginkan awak kerana ingin menjaga awak dan keluarga. ingin melihat awak gembira cinta."

Dia berdiam

"Selagi hubungan ini masih berjalan, awak tak perlu sedih, saya ada bersama awak, saya tak nak awak mempunyai tanggapan bahawa awak tidak mempunyai apa-apa dan merasakan diri awak adalah beban untuk saya. Jodoh itu ketentuan Allah, dan saat ini, selagi kita masih bersama, awak adalah tanggungjawab saya. Jika awak bimbang dengan keadaan yang awak akan meninggalkan saya dan awak bernikah suatu hari nanti dengan lelaki itu, saya nasihatkan jangan fikirkan. Kenapa? kerana sekarang awak bersama saya dan tidak tertulis lagi bahawa lelaki itu confirm akan bernikah dengan awak. Apa-apa boleh berlaku. Itu kerja Allah"

Dia masih berdiam dan ketika aku panggil namanya, dia hanya menjawab "hmmm..." dan jelas sekali dia menangis.

Aku hanya mampu berkata "jangan sedih cinta, selagi awak bersama saya, saya nak awak gunakan perluang ini untuk memperbaiki hubungan kita ini. Walaupun kita tidak pernah bergadoh tapi kita kena bersedia dan bersabar jika ada apa-apa berlaku."

"Saya takut jika saya selalu meminta kepada awak dan saya amat risau dengan keadaan ini. saya kosong dan tidak mempunyai apa-apa." katanya dengan sedih.

"Cinta.. jangan cakap begitu.. harta benda saya boleh cari, tapi hati? hati saya dan niat saya semata-mata untuk bersama awak, menjalani kehidupan suka dan duka bersama. Awak yang sering memberitahu saya suatu ketika dahulu SABAR SABAR SABAR... Itulah ayat awak dan kerana sabar lah saya bahagia bersama awak sehingga kini dan saya nak awak tahu, cinta dari hati saya, niat saya, semuanya saya kena tunaikan untuk merealisasikan impian saya jika kita bersama. Saya akan kecewa jika hajat saya tidak kesampaian dalam hubungan kita. Setiap hari saya akan memperbaiki diri dan menjaga hubungan kita. Jika ada jodoh, kita tidak akan kemana love. Jika tiada jodoh saya redha dan ia semuanya ketentuan Allah." Jelas aku kepadanya sambil berlinangan air mata.

Mengakhiri perbualan kami, dia memberitahu aku tentang perasaan leganya apabila semua persoalan yang selama ini menghantuinya telah terjawab.

Alhamdulillah, aku pun berasa tenang dan ingin memperbaiki apa sahaja kelemahan dalam hubungan kami. Aku amat mencintai dirinya dan semoga Allah memudahkan perhubungan kami hingga ke langkah seterusnya.





Wednesday, May 2, 2012

After 24 hours

Selepas 24 jam kisah "mimpi & perubahan" telah pun terjawab dimana gambar tersebut telah di edit dan di tukar kepalanya... Phew!!!

Tuesday, May 1, 2012

Mimpi atau Perubahan

1 MEI 2012

0830am

kawan: PING!!! eh, ko masih lagi bersama dengan GF kau?
aku: zzzzzzzzzzzzz

1000am

Aku: Yup! kenapa?

Kawan: aku nak tunjuk sesuatu yang aku jumpai di facebook tapi kau jangan marah.

Aku: Ok. Apa dia?

Kawan: picture sending... NAH!

Aku: Dush!!! terdiam seketika

Kawan: gambar nie aku jumpa di mana ia tertulis pada status "CURANG TAHAP GABAN" lelaki ini tunangan dia, dan awek nie, awek kau kan?

Aku: hmmm... bila ek gambar nie diambil?

Kawan: entah

Aku: (save gambar tersebut)

1200pm

Meneruskan kerja-kerja yang perlu disiapkan sambil mendengar lagu mana oh mana dari aizat.

Dalam fikiraan aku, ini mungkin dugaan lagi buat aku. Aku tenang dan sentiasa berfikiran positif.

Kalau benar apa yang aku lihat itu adalah gambar terbaru, ternyata aku dipermainkan.

Aku engan bertanya kepada cik punya badan(teman wanita ku) kerana aku ingin menenagkan fikiran dan tidak mahu bertindak secara tidak profesional.

0900pm

Dia sms kepadaku dengan tanda " ? ".

Dan aku tidak membalas sms tersebut kerana ingin menguji sebelum aku bertanyakan hal berkenaan.


******************************

Jodoh itu RAHSIA Allah. Itu yang sering aku dengar dan itulah hakikatnya. Cuma disini kisah aku berlainan dari mereka yang mudah untuk menemui cinta sejati di luar sana.

Aku bercinta dengan dia atas sebab Mimpi yang aku terima selepas berdoa kepadaNya. Dan akhirnya aku memilikinya... dan tidak lama lagi genaplah setahun hubungan kami.

Sampaikah ke tarikh itu dan akan bersambungkah hubungan ini?

Tiada siapa yang mampu menjawab.

Aku cuma mampu berserah dan redha. Kalau ini halangan dan dugaan yang aku perlu tempuhi untuk bahagia bersamanya, aku akan harungi demi cinta ku kepadanya.

Sampai Bila?

Sampai aku ditunjukkan oleh Allah bahawa dia bukan yang terbaik untuk ku.

Sedih?

Itu memang hakikat yang tidak dapat dielak. Cuma Allah sahaja yang tahu bagaimana bersyukurnya aku bila bersamanya, betapa aku berkorban untuk mendapat apa yang diinginkannya demi melihat dia bahagia disamping ku.

Apakah ini hadiah yang aku terima setelah sekian lama berkorban untuk menjaga hubungan yang akan menyambut ulangtahun pertama tidak lama lagi.?

The Reason Why I Love You

Title je cakap mat salleh ok...hahaha

hmmm... Kenapa Aku suka/cinta/sayang kat Dia?

1. Dia adalah wanita yang muncul didalam mimpiku
2. Pandangan ku tidak mudah beralih apabila melihatnya
3. Dia sopan
4. Dia sempoi
5. Dia ada ciri wanita idamanku
6. Dia banyak mengajar aku erti kesabaran
7. Dia lemah lembut
8. Manja
9. Senang didampingi
10. Mudah diajak berbincang
11. Rajin dalam urusan rumah
12. Murah dengan senyuman
13. Mempunyai gigi rabbit
14. Mencintai keluarganya
15. Sering ingin memperbaiki diri setiap masa
16. Suka menjadi diri sendiri (tidak hipokrit)

Dengan kuasa Allah, semoga aku & dia bersama hingga akhir waktu.

Monday, April 9, 2012

Membacanya membuat aku kuat

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

*copy & paste.

Kehidupan dan Tanda Tanya

Kehidupan dan tanda tanya.. Tajuk yang mungkin sering menyelubungi kehidupan sesiapa saja. Terutama bagi mereka yang terlalu banyak berfikir.

Kehidupan sebegini kadang kala tidak dapat diungkap dengan kata-kata mahupun diceritakan dengan rakan karip mahupun sahabat platonik.

Kenapa? Ia mungkin kerana perkara tersebut agak personal atau mungkin juga agak tidak tersusun dan mungkin boleh menyebabkan si pendengar menjadi bosan dan keliru dengan apa yang cuba disampaikan.

Bagi aku, yang sering bermain difikiran ku adalah BAGAIMANA, dan JIKA, sesuatu perkara itu berlaku walaupun secara hakikatnya aku akan menerima dan redha dengan keadaan atau sesuatu perkara itu.

Cuma kadang-kala ianya sukar diungkap dengan kata-kata kerana ia sering bermain dengan perasaan dan naluri(hati) seseorang atau si penghidap.

Tidak ada siapa yang mampu mengubatinya kecuali orang yang difikirkan atau si penyebab keadaan itu berlaku. Mungkin harta benda, manusia atau apa saja jenis benda yang menjadi penyebabnya.

Dan tempat paling mujarab untuk mengubatinya adalah Ilahi. Kerana Dia yang menjadikan kita dan sudah pasti Dia juga yang tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Monday, March 19, 2012

Semoga aku dekat Pada-Nya.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Sunday, March 11, 2012

Kesedihanku


Sedih tak lagu nie? Hmmmm...

susah nak cakap... Itu yang pertama sekali keluar dari fikiranku. Disaat kita memerlukan seseorang itu untuk bersama kita ia tiada disisi kita.

Dia di mana? Mencari jejaka lain?

Oh! Tidak. situasi itu sungguh berbeza dengan keadaan aku. Keadaan aku di mana aku mencintai orng yang belum tentu menjadi milik aku suatu hari nanti. Walaupun secara kasarnya kami merupakan 'couple' tapi tidak tahu apa akan jadi selepas ini.

Bermacam-macam perkara bermain difikiranku. Hendak menangis tidak berdaya. Menyesal? TIDAK mungkin, sebab aku yang ingin dan telah berjanji untuk bersamanya.

Mampukah kisah kami ini berakhir dengan apa yang aku inginkan selama ini?

Terlalu banyak persoalan kan? itulah namanya kehidupan.

Aku yakin pada janji ALLAH S.W.T "Kalau aku benar-benar jujur, InsyaAllah aku akan dapat apa yang aku inginkan untuk hidup."

Apa sebenarnya yang berlaku?

Tengahari ini dia menghantar "Ping!!!" BBM kepadaku berpuluh-puluh kali, aku biarkan saja dan bila di tanya kenapa, dia pun memberitahu lelaki yang ingin bersamanya itu(calon pilihan ibunya) berada di sini.

Dan reaksi aku terdiam seketika dan menganggap tidak ada apa yang perlu aku takuti sehinggalah dia menghantar fancy smile berbentuk "aeroplane" lalu bermacam-macam persoalan bermain di fikiranku.

Apa yang aku mampu lakukan sekarang adalah berdiam dan menahan rasa sedih dalam hati.

Friday, March 9, 2012

Boleh saya bernikah? Nikah khitbah.

Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya, tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah, sesuatu yang indah. Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat. Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)


sumber: www.iluvislam.com