Monday, December 27, 2010

Dugaan Tetap Ada

sekali lagi ujian melanda aku, di mana kebelakangan ini, aku perasaan sesuatu yang tak kena berlaku ke atas atok aku, di yang menhidap penyakit "gaot" sejak beberapa tahun lalu,

Kini masih lagi tidak pulih dan beliau sering lupa dan tidak dapat membezakan pagi & petang, itu yang membuat aku begitu sedih dan merasa diri ini tidak membalas jasanya yang selama ini banyak membantu aku...

Aku hanya mampu membisu tanpa satu kata pun yang keluar dari mulutku...

Aku kejam kah? aku tak mengenang budi?

Entah sampai bila aku mampu bertahan...

Monday, December 20, 2010

I'm Tired!

"I'm tired of being all alone and this solitary moment makes me want to come back home..." antara lirik yang aku boleh katakan memang menyentuh perasaan aku kerana ia adalah situasi aku masa kini...

Sepanjang masa menjaga perasaan orang lain sehingga perasaan sendiri menjadi mangsa...

Kalau aku tak lakukan sebegini rupa, sudah pasti aku jadi tak tentu pasal...

Sabar!! Sabar!! Sabar!!

itu saja ayat yang sering menemani aku...

Tuesday, December 14, 2010

Tekanan...

Selesai sahaja photoshoot, aku dan boss pergi makan malam dan dalam masa yang sama aku berSMS dengan si dia... dalam beberapa pesanan ringkas yang aku hantar, aku lalu bertanya berkenaan dengan cadangan dan pendapat rakannya yang mahukan dia menjauhkan diri aku...

Cerita kami agak panjang berkenaan dengan topik tersebut sehingga aku menitiskan air mata sepanjang bermesej dengannya kerana aku tidak sanggup lagi dituduh dengan perkara-perkara yang memang aku tidak pernah menyangka sama sekali...

Orang kata lepaskan sahaja dia pergi, tapi aku kata "TIDAK" kerana hati aku belum merelakan beliau pergi begitu sahaja... dan beliau pun berkata begitu "we share a unique bond..."

Sekarang aku hanya mampu mengikut rentak yang sedia ada, walaupun kehidupan aku dan dirinya buat masa ini tertutup sedikit....

lagu ini menemani kehidupan aku sepanjang hari & malam...

Monday, December 13, 2010

Akhirnya...

Hari ini terbongkarlah semua kisah yang sering bermain difikiran aku selama ini, pada jam 10:00 malam 13/Dis/2010 selepas keluar makan bersamanya, dalam perjalanan balik, dia menceritakan semuanya kepadaku tentang kenapa beliau berubah sikap dalam 6 bulan yang lepas... sungguh menyentuh perasaan aku mendengarnya... dan apa yang aku sangkakan selama ini, itulah penyebabnya...

Amat sukar untuk menerima hakikat disebabkan aku mengenali bekas kekasihnya, aku di beritahu bahawa beliau dinasihatkan agar tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan aku kerana kuatir aku akan menjadi seperti apa yang kawan aku lakukan terhadapnya...

SHITTTT!!! aku menyumpah, kerana aku di samakan seperti lelaki sial itu... kenapa perlu aku di lakukan sebegini rupa, sedangkan aku tak bersalah langsung...

Dan dia dinasihatkan agar menjauhkan diri dari aku... WHATTT?? mampukah aku? jawapannya TIDAK... aku tidak mampu untuk menjauhkan atau dijauhkan dari nya... KENAPA? sebab dia adalah pilihan hati aku, bukan pilihan perasaan aku...

Cukuplah aku di buat seperti ini 7 tahun yang lalu tapi sekarang aku kena menempuhinya sekali lagi...

Aku cuma mampu membiarkan air mata berlinangan jatuh menyembah bumi...

HARAPAN, PERASAAN, KATA HATI semuanya musnah begitu sahaja...

apa yang patut aku lakukan sekarang??


Sunday, December 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!!

Hari ini genaplah usiaku 22 tahun... "oh masih muda/tua" kata orang... tapi bagi aku usia bukannya ukuran untuk berjaya dalam apa sahaja yang diceburi...

Dan tahun ini merupakan tahun paling banyak aku mendapat ucapan "Happy Birthday" dari kawan-kawan dari facebook dan member-member yang mengenali...

Walaubagaimanapun apa yang aku harapkan pada malam 12 Disember tidak tercapai... mungkin ini dugaan yang aku terima diusia yang semakin meningkat...

Aku redha dan berharap agar kehidupan aku akan menjadi lebih matang dan mampu untuk mengapai impian dalam tempuh setahun mulai sekarang...

Thursday, December 2, 2010

Tak Bisa Memiliki

Mungkin lagu ini dapat membantu aku untuk menenagkan perasaan yang tengah bercelaru ini...


Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Tuesday, November 30, 2010

Not Now!

semenjak seminggu yang lalu, sekali lagi dugaan datang kepada ku, entah mengapa aku di lakukan sebegini... Tanpa satu penjelasan pun yang aku terima... aku cuma mampu bersabar dan mengikut rentak diri sendiri...

Menenagkan diri sendiri itu yang aku sering lakukan supaya hati dan perasaan aku tidak memberontak seperti situasi yang aku hadapi... Cuma berharap keadaan kembali seperti biasa dalam beberapa hari yang mendatang...

Friday, November 19, 2010

Stabil

setelah beberapa hari menahan rasa yang kurang selesa, hari ini aku rasa tenang dan bersemangat. Alhamdulillah aku dapat menearik nafas lega walaupun banyak lagi yang belum selesai...

Wednesday, November 17, 2010

Menanti Satu Jawapan

16Nov2010
9:46pm
Apa yang berlaku pada tarikh dan masa yang tercatat di atas adalah sesuatu yang membuat hati aku seakan-akan menerima satu ujian terbesar dari-Nya.

Aku menerima satu pesanan yang membuat hatiku menjadi kurang selesa dan gelisah bagai ada sesuatu yang tak kena. Cuma masa sahaja yang akan memberitahu aku segala-galanya tentang apa yang berlaku.

Di saat menerima pesanan itu hati aku seakan-akan menangis dan lalu aku menyentuh dada dan berkata "Ya Allah, apa lagi dugaan yang kau beri padaku." Air mata yang terkandung di sebalik mataku engan keluar, sedangkan ketika itu hati aku amat berdebar dan telah merasai tangisan itu.

11:30pm
Aku masih lagi merasai tangisan itu, sambil mendengar lagu Maher Zain, air mata yang bertakung di sekeliling mata tanpa setitis pun yang mengalir keluar, apa semua ini? Esok 17Nov 2010, Hari Raya AidilAdha, perasaan yang bercampur ini akan aku bawa ke hari seterusnya sehinggalah aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Adakah tekaan aku betul atau sebaliknya...


Thursday, November 11, 2010

11 NOVEMBER 2010

hari ini 11 november 2010, satu tahun yang lalu, sesuatu berlaku pada tarikh ini.

Jam 5 petang 11 November 2009 - aku menerima panggilan dari pemilik kumpulan fotografi Unisys Syndicate iaitu saudara Ariffin Mohamad.

Apa yang berlaku? Beliau menawarkan aku untuk menjadi member kumpulan tersebut.

Sila baca entri ini untuk lebih lanjut:

itulah yang berlaku.

walaupun baru setahun aku bersama kumpulan tersebut, aku tetap gembira dan tidak ada apa yang sanggup aku ungkapkan melainkan Syukur Alhamdulillah.

Bersama mereka menjalani kehidupan yang penuh mencabar ini ibarat menjalani kehidupan yang penuh dengan kegembiraan.

Banyak perkara lagi yang aku kena pelajari dan banyak jua liku-liku hidup yang akan aku lalui selepas ini.

Cita-cita aku tidak berakhir di sini, ada beberapa lagi yang belum tercapai...

Antaranya:

1. Menjadi seorang pegawai perubatan - Akan bermula Awal Tahun hadapan, Insyaallah.

2. Menjadi seorang usahawan yang berjaya.

3. Menjadi seorang yang berguna dan mampu membahagiakan orang lain.

Itu antara cita-cita aku yang akan aku capai, tapi bukan setakat itu, banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan untuk meneruskannya.

Terima kasih kepada mereka yang menyokong aku selama ini dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Sekian.
Penulis Blog

Thursday, October 28, 2010

Kurang Selesa

aduh... kenapa dengan aku nie, sejak 2 3 hari nie, rasa tak tenteram sangat... macam-macam perasaan yang timbul... perlukah aku meneruskan perjuangan aku untuk mencari sesuatu yang aku inginkan selama ini. Ya Allah kau tunjukanlah kekuasaan mu dan tunjukkan aku jalannya agar mudah untuk aku meneruskannya.

Tuesday, October 26, 2010

Monday, October 25, 2010

Aku & Sekeliling

25 Oktober 2010

Aku sekali lagi menulis apa yang aku sedang rasakan ketika ini. Kehidupan aku yang agak kurang selesa dengan keadaan sekeliling yang seakan-akan memerangkap aku. kenapa jadi begini? tidak cukuplah apa yang telah aku lakukan selama ini? Allahuakbar, itu saja yang mampu aku katakan.

Aku tetap mencari jalan keluar dari keadaan yang agak kurang selesa ini. mampukah aku?


Lagu ini yang akan selalu aku dengar ketika mengalami keadaan yang kurang selesa.

Wednesday, October 13, 2010

Suka vs. Cinta

Ramai yang keliru sebenarnya berkenaan dengan suka dan cinta. Cuba anda tanya diri anda adakah anda suka akan seseorang itu atau anda sebenarnya cinta akan seseorang itu? Pada pandangan saya suka itu adalah bersifat commercial manakala cinta itu bersifat privacy. Kenapa saya mengatakan sedemikian?

Mengikut pengalaman saya sendiri, orang yang mempunyai perasaan suka terhadap seseorang akan mudah bergaul dengan orang yang mereka suka dan bagi mereka perasaan suka itu adalah termasuk rasa sayang tapi bukannya rasa cinta. Jika anda bercinta dengan orang yang anda suka dan bukannya dengan orang yang anda cinta maka kemungkinan cinta itu tidak kekal kerana anda gagal untuk menimbulkan rasa cinta pada diri anda terhadap orang yang sedang bercinta dengan anda.

Saturday, September 25, 2010

Perjalanan Balum Terhenti

Pagi tadi jam 11:00pagi aku menerima segulung Diploma di Majlis Konvokesyen ke-8 Institut Pengurusan Maxcel... cita-cita aku untuk mempunyai segulung diploma sekurang-kurangnya, telah pun berjaya.... Ke manakah langkah aku yang seterusnya?

Perjalanan aku mungkin jauh lagi dan banyak lagi dugaan yang akan aku lalui selepas ini, aku cuma mampu redha dan tawakal...

Monday, August 30, 2010

Bila Ramadhan mula pergi...

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh dengan keinsafan iaitu Ramadhan... Sudahkah cukupkah ketaqwaan dan keimanan yang anda bekalkan untuk bulan yang selanjutnya... Insyaallah....


Tuesday, August 10, 2010

Minggu Penuh Cabaran...

Huh!! sudah berapa bulan aku tidak mengUPDATE blog ini... pelbagai kisah suka dan duka berlaku sepanjang blog ini dibiarkan tanpa dikemaskini... bermula dari 27 Julai - 10 Ogos 2010, kehidupan aku di penuhi dengan rintangan dan masalah dan aku mula sedar kehidupan aku sudah mula berubah... Apa yang aku perlu lakukan sekarang ialah tabah dan anggaplah itu cabaran dan dugaan dari Allah S.W.T kepada aku yang lemah dan sentiasa ingkar akan arahanNya....

Esok umat Islam selurah dunia akan menyambut bulan Ramadhan dan aku harap bulan itu dapat menyedarkan aku betapa pentingnya kehidupan di dunia dan betapa pentingnya aku mengikut perintahNya... Insyaallah...


Sekian.

Thursday, July 15, 2010

Terima Kasih...

Hari ini genap 4 tahun dia menjadi adek aku, sedar tak sedar umur aku dah meningkat, dan adek aku pulak dah pergi melanjutkan pelajaran... fuh... memang rasa tak percaya, bagaimana aku boleh mempertahankan hubungan ini... tapi itulah hakikatnya... adek aku yang aku kenal sejak 4 tahun yang lalu sama sahaja sehingga kini, tiada perubahan sikap yang aku nampak, dia tetap dia... sama juga dengan aku... Normal, Bermasalah, Stress... memang itu lumrah manusia... Walaupun kami jarang bertemu tapi hati aku tetap sama... tak berubah untuk menyayanginya seadanya... kenapa? sebab sepanjang hidup aku aku ada ramai adik yang aku anggap seperti adik kandung sendiri tapi yang tinggal hanya dia, yang lain semuanya membuat hala tuju masing-masing... mungkin itu nasib aku, aku tetap sabar menempuhinya... yang dah berlalu biarkanlah... mungkin mereka lebih bahagia tanpa aku... kepada adik aku "Shasha Wan Taha" abg ingin ucapkan Happy 4th Anniversary nasihat abg semoga adik tabah menempuhi dugaan yang sentiasa datang dan abang akan sentiasa ada bila memerlukan...

Sekian.
Terima Kasih.

Thursday, July 8, 2010

Kesungguhan Mengatasi Segalanya

Kalau lihat pada tajuk entri aku kali nie mungkin agak "skema"... Tapi itulah realitinya...

Petikan dari seorang jurugambar berbakat(UdeyIsmail) - facebook "wall post".

dari apa yang beliau post di laman facebook, memang terbuktilah bahawa jika kita mempunyai minat serta kesungguhan pasti apa sahaja kesukaran dan ritangan yang kita hadapi dapat ditempuhi dengan kekuatan dan keberanian. Jadi sekiranya anda merasakan diri anda tidak mampu melakukan sesuatu perkerjaan atau mencuburi bidang yang anda minati kerana faktor keluarga atau kurang mampu, berusahalah demi mencapai cita-cita anda... Jangan berhenti di pertengahan jalan, kerana ia tidak akan membantu anda menuju kejayaan. Bersikap positive adalah kunci utamanya.

Wednesday, June 23, 2010

Aku dan Spanish...

Nak cakap Spanish aku tak tahu, bila dia bawa cakap spanish, aku pergi search kat google dan translate...hmmm... apa boleh buat dia lahir dan dibesarkan kat sana.... aku pula kat malaysia...fuh... jauh tuuuu....

Thursday, May 13, 2010

Lagu Pilihan...


Hey! Jay Sean
Yeah! Sean Paul
Lil Jon!
This one right here is for all the ladies
Ladies who want to take it back
(i don't know what Sean Paul said)
Holler at them Jay

I've been thinking about you
And how we used to be then
Back when we didn't have to live we could start again

There's nothing left to say
Don't waste another day
Just you and me tonight
Everything will be okay
If it's alright with you then it's alright with me
Baby let's take this time let's make new memories

Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back

(Yo Jay Sing for these ladies!)

So long since you've been missing
It's good to see you again
How you how you doing
And how about we don't let this happen again

There's nothing left to say
Don't waste another day
Jay Sean Do You Remember
Just you and me tonight
Everything will be okay
If it's alright with you then it's alright with me
Baby let's take this time let's make new memories

Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)
Let's bring it back (Bring it back!)

Yo ay girl yo bring it back to the time when you and me had just begun
When I was still your number one
Well it might seem far-fetched baby girl but it can't be done
I've got this feeling fire blazing and it's hot just like the sun
Know you feel it too my girl just freeze up may the good vibes run ...
Girl take a sip of the champange take a lil trip down my lane my girl
While you noe every night you'll feel alright look I tell you dis girl atta My world
Dont change imma na Rearange Ay girl imma tell you straight dis atta my world
How many years do you want come kiss dis I know you miss this
That's what I heard that's what I heard that's what I heard word girl

There's nothing left to say
Don't waste another day
Just you and me tonight
Everything will be okay
If it's alright with you then it's alright with me
Baby let's take this time let's make new memories

Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Do you remember do you remember do you remember
All of the times we had
Let's bring it back (Let's bring it back)
Let's bring it back (Bring it back)
Let's bring it back (Let's bring it back)
Let's bring it back (Oh)
Let's bring it back

Wednesday, May 12, 2010

Aku Berubah

sebelum aku bergelar photographer, kehidupan aku agak suram dan sunyi, aku tidak tahu apa itu kenikmatan kehidupan di dunia, dan aku tidak pernah merasainya. kali ini aku ingin membuat pendedahan tentang diri sendiri. Aku yang orang kenali adalah seorang manusia biasa yang tegas, bertanggungjawab, berdikari dan pemalu.

Pemalu? ya. aku memang pemalu, sehingga usia aku kini, barulah aku tahu bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain. Aku sedar aku adalah seorang yang agak sukar untuk menegur orang di sekeliling apatah lagi mereka yang tidak di kenali.

Akan tetapi, sejak bergelar seorang photographer dan bersama UnisysSyndicate, kehidupan aku berubah serta merta. dari yang pemalu dan tegas kepada yang mempunyai keyakinan diri. Keyakinan yang mungkin belum boleh di banggakan pada ketika itu, sehinggalah tibanya satu pertandingan Miss Tourism Intercontinental 2010 di mana pada ketika itu aku menjadi photographer.

Di sanalah, aku mula untuk membuka mata sendiri dan menyedarkan diri "Jika yakin, aku pasti dapat melakukannya". Pada mulanya memang agak kekok untuk bergaul dengan peserta pertandingan tersebut, tambahan pula mereka merupakan antara gadis yang tercantik di dunia dan mewakili negara masing-masing.

Hampir setiap hari aku bersama mereka, dan macam-macam perasaan yang timbul, tapi aku tidak melayan perasaan aku sendiri kerana bagi aku "aku belum mampu untuk merapatkan diri dengan mereka" sehinggalah aku mula sedar, "perluang hanya datang sekali".

Ya memang betul, "peluang hanya datang sekali" kerana mereka akan pulang ke negara masing-masing selepas tamat pertandingan ini. Aku dengan keyakinan yang belum meningkat, memulakan langkah pertama mencari target subject(ambil gambar). Setelah selesai beberapa snap untuk orang yang sama, aku pun mulalah mendekatkan diri dan mengambil gambar bersama mereka.

Hari berganti hari, aku semakin yakin dan dengan keyakinan yang ada aku cuba untuk mendekatkan diri dengan peserta lain pula, dan aku berjaya. Maka ternyatalah perasaan aku selama ini harus aku ubah untuk mendapat keyakinan yang tinggi dan menyedarkan diri sendiri bahawa aku juga mampu lakukan perubahan.

Tambahan pula peserta pertandingan ini semuanya bersikap terbuka, maka aku seharusnya bersikap terbuka bersama mereka supaya mereka berasa selesa bila bergaul bersama. Sehingga ada yang bergurau dengan cara tertentu dan aku bersikap profesional, kerana bagi aku itu budaya mereka jadi tak jadi masalah untuk mereka melakukan perkara tersebut terhadap aku. cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya.

Cabaran aku belum terhenti setakat ini kerana mereka aku berada di sini sehingga peringkat Final. Harapan aku agar apa yang aku harapkan sepanjang bersama mereka menjadi kenyataan.

To Be Continued...

Lagu Pilihan...

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagian


Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Reff:
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Back to Reff

Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

Tuesday, April 27, 2010

Confused

aku confused lah... apa yang aku confused adalah berkenaan dengan status seseorang tu... bukan status relationship ok, tapi status yang itu... apa status "yang itu"? hahahaha... biarlah aku yang tahu... kalau aku tulis kat sini nanti susah pulak...

Monday, April 19, 2010

Aku Kecewa

dalam beberapa hari nie, aku agak kecewa, disebabkan oleh kehilangan "memory card" kamera, di mana di dalamnya terdapat 1000++ gmbr perkahwinan yang belum aku transfer kerana pada ketika itu majlis tersebut sedang berjalan...

Tambah melemahkan semangat aku apabila gambar-gambar yang ada di dalam MMC tersebut adalah antara gambar yang terbaik yang aku pernah shoot sepanjang bergelar wedding/event photographer...

Tuesday, April 13, 2010

Aku Kena Buat Sesuatu

Kehidupan memang banyak cabaran dan dugaannya... aku tak terkecuali dari dugaan dan cabaran tersebut... hampir setiap hari aku dengar orang berkata tentang cinta... rimas tu ada gak... tp masih boleh di selamatkan sebab aku suka dengar orang berkata or bercerita tentang cinta di depan aku, sebab aku suka tolong diorang yang ada masalah dan aku dapat belajar sesuatu dari pengalaman yang mereka lalui...

tapi yang tak syoknya bila ada yang bertanya kat aku "kau bila lagi?"... aku tak dapat nak jawab apa-apa sebabnya dah tuhan belum memberi aku rezeki or pasangan untuk aku, aku nak buat macam mana kan... itu tungas orang kat atas, kita hanya mampu redha dan terima...

Mungkin salah aku gak sebab tak berusaha, hahahaha... nak berusaha macam mana kalau dah setiap minggu jumpa orang yang pelbagai rupa, pelbagai warna, sampaikan aku sendiri yang keliru...

Aduh! keliru pulak... huh... yalah mana taknya, setiap minggu ada job, terutamanya wedding, jadi kat function tu macam-macam ada... tu 1 hal, bila shoot model lain pula kisahnya... Aduhai... susah lah...

Next Target!!!

hmmm... akan ku beli / buat benda nie...

Thursday, April 8, 2010

Lagu Pilihan...


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Tuesday, March 23, 2010

Tranformasi

Starting dari 19 March 2010, aku dah mla membuat tranformasi kat gmbar-gambar yang aku ambil terutamanya wedding... bolehlah tengok tranformasi berlaku di http://alfihazimi.blogspot.com

Monday, March 22, 2010

Kesian Blog Aku

hmmmm... mana nak mula ek? oklah... dah lama juga rasanya aku tak update blog aku nie... kesian dia tak diberi "makan" dengan posting yang baru... maklum sajalah aku kebelakangan nie selalu travelling, maklumlah job makin bertambah-tambah sampai ke Kuching, Bintulu dan lain-lain...

Hari nie barulah berpeluang nak update, tu pun tak tahu nak tulis apa... hahahaha...

Thursday, March 11, 2010

Motivasi Diri

Kata-Kata Motivasi 1:

Ruangan facebook penuh dengan kesedihan / kegembiraan / penyesalan / duka / suka akibat apa yang berlaku pada hari ini... Dan ingatlah belajarlah menerima sesuatu dengan positif dan perbaikilah kelemahan itu serta jangan mudah putus asa.

Kata-Kata Motivasi 2:

Saya antara berjuta2 org yang lemah, tapi sampai satu tahap, bila saya berjaya, saya tertanya-tanya seakan-akan itu bukan hasil kerja tangan saya, walaupun hakikatnya itu kerja saya... Kenapa jadi begitu? Sebab saya rasa saya tidak akan mampu melakukan sesuatu kerja sebaik itu dan saya tidak mencuba... Akhirnya, bila di cuba ia menjadi...

Monday, March 8, 2010

Tamat

Setalah seminggu berkampung di Bandaraya Kuching sempena Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera ke-12 (PBB) di Borneo Convention Centre, Kuching. Apa yang aku dapat katakan ialah event tersebut telah berjaya di lakukan dengan sukses walaupun ada terdapat beberapa kesulitan.

Aku sebagai Jurugambar rasmi turut gembira dan mempelajari pelbagai jenis perkara yang aku patut tahu dalam mengendalikan sesuatu acara...

Jadi saksikanlah gambar-gambar yang bakal aku upload dalam masa terdekat ini...

Thursday, February 25, 2010

Lagu Pilihan Hari Ini...


Ku sadari kesalahan ini
Yang membuat segalanya gelap jadinya
Ooh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
menerima pengakuanku
Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Reff :
Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Ooh kasihku
Ku harap kau mau memaafkan
Menerima pengakuanku
Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Back to Reff

Uhh..uhh...
Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang


Lagu Pilihan Hari Ini...


Dia memang hanya dia
Ku s’lalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Reff:
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Back to Reff

Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada


Monday, February 22, 2010

Aku Suka Idea

Semalam 21 Februari 2010, hati dan otak aku begitu kreatif sekali... Kenapa? sebabnya aku berjaya shooting beberapa scene tambahan video wedding yang akan datang...

Walaupun majlis tersebut berlangsung pada pertengahan bulan 3, aku tetap juga ingin membuat beberapa scene tambahan lebih awal untuk memudahkan kerja dan editing video itu nanti...

Tak sabar rasanya nak shooting di tempat orang...

Wednesday, February 17, 2010

Lagu Pilihan Hari Ini...



[Chorus]
Wha- wha- what did she say
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say,
Mmmm that it's all for the best?
Of course it is

[Verse 1]
I was so wrong for so long
Only tryin' to please myself (myself)
Girl, I was caught up in her lust
When I don't really want no one else
So, no I know I should of treated you better
But me and you were meant to last forever

[Hook]
So let me in (let me in) give me another chance (another chance)
To really be your man
Cause when the roof cave in and the truth came out
I just didn't know what to do
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So tell me girl

[Chorus]
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say)
Mmmm that it's all for the best?
Of course it is
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say)
Wha- wha- wha- wha- what did she say

[Verse 2]
How, could I live with myself
Knowing that I let our love go (love go)
And ooh, when I do with one chance
I just gotta let you know
I know what I did wasn't clever
But me and you we're meant to be together

[Hook]
So let me in (let me in) give me another chance (another chance)
To really be your man
Cause when the roof cave in and the truth came out
I just didn't know what to do
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So tell me girl

[Chorus]
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say, whatcha say)
Mmmm that it's all for the best?
Of course it is
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say, whatcha say)
Wha- wha- wha- wha- what did she say

[Verse 3]
Girl, tell me whatcha said (said)
I don't want you to leave me
Though you caught me cheatin'
Tell me, tell me whatcha said (said)
I really need you in my life
Cuz things ain't right, girl
Tell me, tell me whatcha said (said)
I don't want you to leave me
Though you caught me cheatin'
Tell me, tell me whatcha said (said)
I really need you in my life
Cuz things ain't right

[Hook]
Cause when the roof cave in and the truth came out
I just didn't know what to do
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So baby watcha say!

[Chorus]
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say, whatcha say)
Mmmm that it's all for the best?
Of course it is
Mmmm whatcha say,
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmmm whatcha say, (whatcha say, whatcha say)
Wha- wha- wha- wha- what did she say

Kawan vs. Cinta

Yang mana satu pilihan anda?

kalau aku, aku pilih kawan. sebabnya adalah seperti berikut;

1. Belum temui cinta

2. Mungkin sudah temui tetapi belum bersedia atau tidak mahu

3. Kawan lebih senang kot untuk aku bergaul dengan orang lain dan buat kerja sendiri tanpa perlu luangkan masa pada si dia

4. Kalau becinta nanti masalahnya tak cukup masa di sebabkan kesibukan kerja harian

5. Bila becinta pulak nanti tak dapat kacau orang lain dalam istilah lain "berkawan" sebab nanti ada yang makan hati

6. Bebas tanpa kongkongan dari si dia

Secara konklusinya, sekiranya sudah temui jodoh maka akan di tunjukkan oleh Allah S.W.T.

Friday, February 12, 2010

Bila Terlalu Busy...

Sejak kebelakangan ini aku terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk yang tersayang... tersayang? hahaha... yup! kwn-kwn yang aku sayang lah... fuhh... hujung bulan nie dah terbang ke Kuching untuk Perhimpunan Agung PBB dan dalam bulan tu aku memang jarang ada di rumah sebab diari dah penuh dengan event & wedding...

Apa boleh buatkan bila dah orang beri kepercayaan kat kita, kita kena tunaikan dan anggaplah itu cabaran yang akan membantu kita menuju kejayaan. Kepada kawan-kawan aku, sabarlah, nanti ada masa kita jumpa...

Sekian,
Penulis berlesen.

Monday, February 1, 2010

Happy Day!!!!

Hari nie aku happy tahap 80/100 disebabkan kami (Unisys Syndicate) akan manjadi official photographer sempena Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Sarawak di Bandaraya Kuching pada 1 - 5 March 2010...

Yahoooo!!!

Gembira tetap gembira tetapi persediaan perlu di lakukan untuk memantapkan tugasan tersebut.

bos kata "hanya unisys dapat masuk dewan persidangan, press not allowed!!"

fuh!!! hmm...

Tuesday, January 26, 2010

Lagu Pilihan Hari Ini...


According to you

I'm stupid
I'm useless
I can't do anything right

According to you
I'm difficult
Hard to please
Forever changing my mind
I'm a mess in a dress
Can't show up on time
Even if it would save my life
According to you
According to you

But according to him
I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him
I'm funny,irresistible
Everything he ever wanted
Everything is opposite
I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

According to you
I'm boring
I'm moody
You can't take me any place

According to you
I suck at telling jokes cause I always give it away
I'm the girl with the worst attention span
You're the boy who puts up with it
According to you
According to you

But according to him
I'm beautiful,incredible
He can't get me out of his head

According to him
I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted
Everything is opposite
I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

I need to feel appreciated
like I'm not hated
Oh, no
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad you're making me dizz-ay

According to me
you're stupid
you're useless
you can't do anything right

But according to him
I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head

According to him
I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted
Everything is opposite
I don't feel like stopping it
Baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you [you, you]
According to you [you, you]

According to you
I'm stupid
I'm useless
I can't do anything right

Tuesday, January 19, 2010

Bas oh Bus

Setalah hampir setahun aku tidak menaiki bas awam, hari ini aku menaikinya setelah kereta yang di pandu oleh mak aku terlanggar batu penanda di tepi jalan dan menyebabkan tayarnya pecah...hmmmm... ingatkan dapat pakai kereta nanti balik tapi... ini yang berlaku...


Tip Dari Seorang Yang Kreatif

Petikan dari Seorang Jurugambar popular negara(UdeyIsmail)...

Tip untuk Latihan supaya sentiasa menjadi Kreatif :

Ade Sesetengah daripada kita akan berasa tidak berpuas hati dengan gambar yang dihasilkan oleh tangan sendiri dan selalu terasa tercabar dengan gambar orang lain.Soalan yang kerap kali ditanya pada aku:

Kenapa gambar ko terang ?

Macam mana ko dapatkan gambar Sharp?

untuk Jawapan daripada soalan aku bagi orang yang tanya dan orang yang akan tanya. Kita kena yakin dengan kebolehan diri kita sendiri dan jangan mudah berputus asa untuk terus berusaha.Manusia takkan puas dengan apa yang ada,kecuali redha apa yang ada.Bagi aku,aku sendiri pon tak rase gambar yang aku hasilkan itu adalah yang terbaik,kadang berfikir jugak,kenapa gambar yang aku ambik kurang SHARP,mungkin disebabkan kamera yang kurang canggih.Daripada Kamera yang kurang canggih,aku cuba lakukan dengan cara Kreativiti diri sendiri.Untuk korang,korang kena yakin,gambar yang korang hasilkan tu terbaik,mungkin dari kaca mata korang,mmg nampak kurang Sharp,sama jugak apa yang aku rase,kita takkan puas,apa yang perlu kita buat,ignore perasaan mcm tu,dan aku rase,benda-benda yang kita fikir tu,akan melemahkan kita sendiri dan seterusnya terpaksa keluarkan duit untuk beli kamera yang lebih canggih.Jika dengan kamera canggih yang baru kita beli,belum masih dapatkan gambar Sharp yang kita nakkan,fikirkan apa yang perlu kita buat seterusnya.Memang kemampuan mampu mendapatkan kehendak,Apa yang penting,kita kena yakin dengan hasil kerja kita,Gambar Jelas,tak blur dan tak noise,ingat mata original yang Allah kasi,adalah lens yang paling tajam,guna otak sebagai Memory sebelum kita tekan Shutter.

Latihan supaya menjadi sentiasa Kreatif, Sebelum kita lakukan sesuatu,perkara yang paling penting adalah rujukan dan lakaran.Rujukan adalah 1 perkara utama yang paling penting.Untuk permulaan bagi yang baru,rujukan adalah penting.Rujukan pertama, Letakkan diri kita pada permulaan dilocal.Bila diri kita sudah puas,rujukan kedua adalah international,banyakkan rujukan.Aku sendiri pon sampai sekarang ,masih memerlukan rujukan.Bila otak kita sudah mahir melihat benda-benda cantik,insyallah,otak korang akan selalu aktif untuk berfikir dan akan sampai 1 tahap, 80% yang keluar dari kreativiti sendiri.

Sebelum kita ambik gambar,apa yang perlu adalah rehat yang secukupnya,sebelum tido,letakkan target.Contoh Esok aku ade shooting untuk Wedding, Sebelum aku tido,esok aku buat something yang baru,aku kena buat.Ingat bila kita ditempat event,jangan berenti berfikir dan selalu la aktif bergerak dan berpusing la mencari sesuatu, jangan time moment kita lari tempat lain,mati kena maki dengan pengantin.Elakkan idea yang berulang-ulang.Bila kita kurang bergerak,otak akan jamm dan badan akan jadi lemau,otak mula malas berfikir.Apa yang penting PR diri kita dengan semua orang,hilangkan lemau dengan melayan semua orang yang kita rase boleh ditegur.Benda yang selalu membuatkan kita lemah seperti Keadaan sekeliling ,teguran, ermm ingat semua,kalau abang-abang photographer nie buat kerja,jangan tegur kasar-kasar dan jangan marah-marah,sebab ini akan membuatkan hilang mood.Setakat ini sahaja yang mampu aku kongsikan dengan semua dan apa yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman dan tip yang selalu aku amalkan,apapun selamat mencuba...


Lemah itu Hebat

Kata Dato Dr. Fadilah Kamsah;

"Untuk menjadi hebat/berjaya, Mengakulah yang anda ini lemah, barulah anda dapat mengubah diri sendiri walaupun anda rasa andalah yang paling hebat...

Friday, January 15, 2010

Al Kisah nya...



Al kisahnya... slide show ini telah membuktikan aku mampu maju ke hadapan... walaupun slideshow ini adalah slideshow yang pertama aku paparkan untuk tontonan umum dan agak simple apatah lagi ianya bukanlah official slideshow untuk pasangan ini, akan tetapi ada juga yang meminatinya sehingga ada yang inginkan aku mengambil gambar pertunangan dan perkahwinan mereka pada masa terdekat di Negara seberang...huh... bestkan sekiranya kita betul-betul berminat dalam semua pekerjaan yang kita lakukan...

Monday, January 11, 2010

Lagu Pilihan Pagi Ini...



Always said I would know where to find love,
Always thought I'd be ready and strong enough,
But some times I just felt I could give up.
But you came and changed my whole world now,
I'm somewhere I've never been before.
Now I see, what love means.

[Chorus]
It's so unbelievable,
And I don't want to let it go,
Something so beautiful,
Flowing down like a waterfall.
I feel like you've always been,
Forever a part of me.
And it's so unbelievable to finally be in love,
Somewhere I'd never thought I'd be.

In my heart, in my head, it's so clear now,
Hold my hand you've got nothing to fear now,
I was lost and you've rescued me some how-.
I'm alive, I'm in love you complete me,
And I've never been here before.
Now I see, what love means.

[Chorus]

When I think of what I have, and this chance I nearly lost,
I cant help but break down, and cry.
Ohh yeah, break down and cry.

[Chorus]

Now I see, what love means

Saturday, January 9, 2010

Hari Ini

Terasa nak beli;

- Beg camera
- Kasut
- Selipar
- Seluar jeans
- Baju kemeja
- Lens (ini lambat lagi)
- Flashlight
- Tripot
- Video track rail

Aktiviti hari ini;

- Cuci gambar customer
- Jumpa bos sebab nak buat baju baru
- mesyuarat ahli tingkap
- nak hantar seseorang kat airport tapi...

Aktiviti esok;

- 7am-1pm - wedding job
- Bebas kot...

Friday, January 8, 2010

Isu Masa Kini

Di mana-mana sahaja, baik media, Surat khabar, Tv, Laman web peribadi dan lain-lain... Semua bercerita tentang isu nama "Allah"... Haruskah isu sensitif seperti itu dijadikan sebagai "point" untuk mencari populariti dan merosakkan keamanan negara?...

Cuba lihat & renung seketika, Sarawak sebagai contoh, tak pernah wujudpun isu penggunaan nama "Allah"... boleh dikatakan majoriti agama kristian di sarawak ini kitab mereka tertulis nama Allah... Salah merekakah?

Maka ternyatalah isu seperti ini tidak patut di politikkan dan menjadi isu sehingga ada yang membakar gereja... Inikah namanya 1Malaysia?

Aku sempat bertanya kepada rakan sekerja ku yang beragama kristian tentang isu ini dan katanya "Tuhan kita satu, Allah yang satu"... nah? nak cakap apa lagi memang ternyatalah pemikiran masyarakat yang suka berpecah belah punca segala-galanya...

Melalui pegalaman aku juga apabila mengambil gambar di gereja/church semasa majlis perkahwinan... mereka menggunakan nama "Allah" ketika membaca sesuatu yang tertulis di dalam kitab yang mereka pegang... Jadi takde masalahlah, bukannya agama lain mempergunakan nama tersebut... Dah memang dari zaman dulu lagi nama tersebut telah di gunakan baru sekarang menjadi isu... memang pemikiran sempitlah...

Sekian.

Lagu Pilihan Pukul 7 Malam


Sebelumnya tak ada yang mampu
mengajakku untuk bertahan
di kala sedih
sebelumnya ku ikat hatiku
hanya untuk aku seorang
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian

kau buat aku bertanya
kau buat aku mencari
tentang rasa ini
aku tak mengerti
akankah sama jadinya
bila bukan kamu
lalu senyummu menyadarkanku
kau cinta pertama dan terakhirku

sebelumnya tak mudah bagiku
tertawa sendiri di kehidupan
yang kelam ini

sebelumnya rasanya tak perlu
membagi kisahku saat ada yang mengerti
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian

bila suatu saat kau harus pergi
jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik
karena senyummu menyadarkanku
kaulah cinta pertama dan terakhirku


Lagu Pilihan Hari Jumaat



Sekian lama aku mencari lagu ini, akhirnya aku temui juga...

Tenang Jiwa Mendengar lagu ini...

Alhamdulillah...

Thursday, January 7, 2010

Lagu Pilihan Malam Ini


For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that I have
Of everything that I wanted to have
And made me see there was something missing
For the ending of my first begin
And for the rare and unexpected friend
For the way you’re something that I never choose
But at the same time something I don’t wanna lose
And never wanna be without ever again

You’re the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed
So now it’s so clear I need you here always

My accidental happily (ever after)
The way you slime and how you comfort me (with your laughter)
I must admit you were not a part of my book
But now if you open it up and take a look
You’re the beginning and the end of every chapter

You’re the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed (that I needed)
So now it’s so clear I need you here always

Who’d knew that I’d be here (who’d knew that I’d be here)
So unexpectedly (so unexpectedly)
Undeniablely happy (hey)
Sat with you right here, right here next to me (oh)

Girl you’re the..
You’re the best thing I never knew I needed (said I needed)
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed (needed)
So now it’s so clear I need you here always
Baby baby
Now it’s so clear I need you here always

Sebentar Tadi

Selepas membaca arahan dari bos tentang job minggu ini, aku baca mesej lawak bodoh yang di kirimkan oleh rakan ku di dalam inbox facebook... memang lawak gile lah..

tapi selepas itu aku terbaca status update dari seseorang nie... rasa tak selesa terus aku di buatnya... aduh... dalam hati aku hanya sedih yang menemani... argh... "janganlah pergi" itu ayat yang aku ingin katakan padanya, tapi aku tak mampu...

kali terakhir aku jumpa dia 6 December 2009...

huh... sedihnya aku bila dia nak pergi...

apa tak nya, susah senang dia akan cari aku...

mampukah aku membuat sesuatu untuk dia? sebelum dia pergi...

A K U S E D I H A K U K E C E W A A K U T A K U T

1 jam kemudian...

Aku Bersikap positif dan mendoakan kejayaannya...
amin... walaupun dalam hati & perasaan hanya sendiri yang tahu...

untuk kejayaan dia aku hanya mampu membenarkan dia pergi dengan hati yang terbuka kerana dia juga ingin berjaya seperti aku dan orang-orang lain...

sekian.

Lagu Pilihan Hari Ini...



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Tuesday, January 5, 2010

Selesai Tugasan Family Photo

Dari gambar yang berbelakangkan ruang tamu kepada background studio...
Tugas aku tak berakhir disini, banyak lagi perlu di selesaikan...

Saturday, January 2, 2010

Lagu Pilihan Hari Ini


I'm Not Surprised
Not Everything Lasts
I've Broken My Heart So Many Times,
I Stop Keeping Track.
Talk Myself In
I Talk Myself Out
I Get All Worked Up
And Then I Let Myself Down.

I Tried So Very Hard Not To Loose It
I Came Up With A Million Excuses
I Thought I Thought Of Every Possibility

And I Know Someday That It'll All Turn Out
You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid That I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

Mmmmm ....

I Might Have To Wait
I'll Never Give Up
I Guess It's Half Timing
And The Other Half's Luck
Wherever You Are
Whenever It's Right
You Come Out Of Nowhere And Into My Life

And I Know That We Can Be So Amazing
And Baby Your Love Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Possibility

Mmmmm ......

And Somehow I Know That It Will All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

They Say All's Fair
And In Love And War
But I Won't Need To Fight It
We'll Get It Right
And We'll Be United

And I Know That We Can Be So Amazing
And Being In Your Life Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Single Possibility

Mmmm .....

And Someday I Know It'll All Turn Out
And I'll Work To Work It Out
Promise You Kid I'll Give More Than I Get
Than I Get Than I Get Than I Get

Oh You Know It'll All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid To Give So Much More Than I Get
Yeah I Just Haven't Met You Yet

I Just Haven't Met You Yet
Oh Promise You Kid
To Give So Much More Than I Get

I Said Love Love Love Love Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet
Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet

2 Januari 2 0 1 0

Hari aku bermula dengan mengambil gambar pernikahan pasangan raja sehari di Luak, miri... dan buat pertama kalinya aku shoot pengantin dalam keadaan aku masuk ke dalam air sungai dengan kedalaman paras lutut... huh... best!!! tapi mencabar... itu kisah outdoor bersama pengantin...

hasilnya bolehlah di lihat di facebook atau blog aku "http://alfihazimi.blogspot.com"

Petang pula aku pergi lepak ngan member-member dan mencari idea untuk majlis persandingan esok...

dalam masa yang sama dengar pulak kisah kwn perempuan kena pukul teman lelakinya.. huh! sakit hati pun ada..

apa-apa pun harapan aku pada keesokkannya adalah moga segala kerja yang aku lakukan di mudahkan olehNya... amin.

sekian.

Friday, January 1, 2010

Lagu pilihan aku hari ini


ku menangis,
degupan hati tergetar,
kau tinggalkan ku sepi,
seorang diri,
tak ku sangka
takdir kita berbeza
ku doakan kau temu bahagia

Chorus
terkenang diri mu
aku mengenal hidup
teringat saat pertama hingga akhir
kau ungkapkan kata
selamat tinggal akhirnya

kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wanita..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wanita..

Chorus
terkenang diri mu
aku mengenal hidup
teringat saat pertama hingga akhir
kau ungkapkan kata
selamat tinggal akhirnya

oooooohhhhhoooohhh
kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wanita..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wanita..

Repeat
kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wanita..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wanita..

1 Januari 2010

Hari aku bermula seperti biasa...

mengingati kenangan 2009, macam-macam ada...

manis & pahit di lalui dengan penuh kesabaran...

macam-macam jenis manusia aku temui...

ku harap tahun 2010 akan mengajarkan kehidupan yang sebenar...

melalui firasat masyarakat cina tahun ini adalah tahun yang baik...

Jodoh Itu Ketentuan...

Kadang-kadang kita gembira bersama yang tersayang, tapi sampai satu ketika pasti ada saja dugaan yang datang tanpa diundang... Itulah yang terjadi kepada rakan rakan sekerjaku.

Semenjak aku mengenali rakan ku yang bernama "J", aku tidak pernah mendengar beliau mengeluh tentang cinta, sehingga aku sendiri mempelajari apa itu cinta dari beliau... Tapi selepas 1 tahun lebih akhirnya oa terjadi kepadanya. Dugaan yang tidak diduga datang tanpa kerelaan "J".

Walau aku tidak mampu berbuat apa-apa, tapi aku tahu bagaimana perasaannya... Yang dulu ceria kini air mata menjadi penemannya.

Kisahnya terjadi apabila bekas kekaih teman lelakinya seolah-olah menyindir "J" seakan-akan "J" penghalang hubungan mereka sedangkan "J" tidak tahu apa-apa tentang hubungan tersebut.

Bagi aku, perempuan tersebut telah mencari publisiti murahan dan sekiranya dia inginkan lelaki tersebut sekalipun, janganlah sampai menampakkan seolah-olah hanya dia seorang yang mempunyai perasaan cinta.

Dan bagi seorang lelaki a.k.a rakan sekerja, aku hanya mampu mendengar dan membantu dengan pengalaman yang aku pelajari bersama Dato' Dr. Fazilah Kamsah.

Aku masih ingan kata beliau: " Jangan sesekali bercerita tentang kisah lama / kekasih lama dengan pasangan anda kerana ia akan menyebabkan pasangan merasakan seolah-olah anda membanggakan kekasih lama dan menampakan keegoan anda sendiri'...