Thursday, July 26, 2012

Takdir atau Harapan?



Sedihnya lagu? pasti pembaca dah dapat mengagak apa yang bakal aku tulis untuk post kali ini.

Hari ini puasa ke-5, beberapa hari lepas aku dihimpit dengan mimpi yang aku sering cuba untuk elakkan.

Mimpi apa?

Mimpi dimana kekasihku asyik ber-video call bersama dengan lelaki yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu dan di dunia realitinya aku jarang sekali berhubung dengannya melalui panggilan telefon. Walaupun kata orang ia cuma mainan tidur atau bisikan syaitan tapi ia berlaku pada bulan Ramadhan. Setahu aku waktu ini semua syaitan digari, jadi yang menjadi persoalan apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu?

Aku malas nak mengagak ke arah yang negatif, aku cuma mampu beranggapan 50/50. Ia mainan tidur dan ia mungkin juga kenyataan kerana setiap kali mimpi aku sering berlaku dikehidupan sebenarku.

Hari ini 26hb Julai 2012 genaplah 395 hari kami menjalinkan hubungan cinta. Adakah ini ujian terbaru untuk aku? Aku tak tahu, hanya mampu mengikut perkembangan semasa.

Wednesday, July 11, 2012

Cinta itu unik?

Dalam kehidupan bercinta terutamanya untuk pasangan kekasih, kebiasaannya berlaku salah faham yang enggan diberitahu kepada pasangan mereka dan akhirnya mengundang rasa curiga dan kemarahan sehingga menjadikan sesebuah percintaan itu rapuh dan tidak bernilai lagi. 

Kenapa agak mudah untuk meluahkan rasa tetapi enggan menerima kekurangan masing-masing?

Secara logik akal pasangan kekasih selalunya dikaitkan dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Kenapa ia tidak dinilai melalui perbezaan jantina ketika bercinta? dan seolah-olah kuasa cinta itu mampu menggabungkan dua benda berbeza menjadi 1 perkara yang sama.

Kebanyakan pasangan enggan bertolak ansur dan mudah memilih emosi dari memikirkan kesan pada jangka masa panjang. Dan ada pula yang menimbulkan rasa kesal terhadap keadaan yang menimpa.

Kenapa tidak sabar dengan dugaan?

Rasanya kebanyakan hubungan yang berbentuk percintaan selalunya tidak akan lari dari dugaan dan cabaran begitu juga dengan kehidupan seharian seorang solo bukan?

Cuma yang membezakan adalah berseorangan dan berpasangan. Dari pandangan kasar, jika kita melihat "couple" berjalan mesra pasti kita akan ingat mereka adalah pasangan paling bahagia, sedangkan anda tidak mengetahui apa yang mereka lalui sebelum mereka menemui kebahagiaan tersebut.

Saya turut tidak terkecuali dari perkara dan ancaman tersebut. pelbagai ujian dan dugaan besar yang saya terima sebelum mencapai tahap yang boleh saya syukuri.

Cacian, Penipuan, Tangisan, Putus asa, Kecewa...

Semua itu saya telah lalui semata-mata untuk mengejar impian bergelar pasangan kekasih bersama orang yang saya cintai. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami telah pun menjalani hubungan ini setahun lebih dan ujian memang tetap ada cuma kena bersedia dari masa ke semasa.

"kenapa awak bodoh sangat bercinta dengan orang yang tidak mencintai awak?" - Itu antara cacian yang saya terima. Saya hanya mampu tersenyum kerana keputusan saya adalah bergantung kepada niat dan isi hati saya.

Saya akan kecewa jika saya tidak menunaikan apa yang saya inginkan kepada pasangan saya walaupun dia mungkin tidak mencintai saya pada ketika itu.

Sabar adalah jawapannya. Saya bercinta bukan kerana dia cantik, tetapi kerana hatinya dan personalitinya yang menjadikan dia istimewa.

Dugaan sentiasa datang dan keyakinan saya juga mula menipis. Jika ditanya apa yang membuat saya tabah, jawpannya adalah NIAT.

Saya merelakan diri saya dilayan seperti kawan biasa dan saya tidak akan menegur kerana saya percaya jika saya benar-benar ikhlas pasti Allah akan bukakan pintu hatinya untuk menerima saya seadanya. Tetapi ramai yang beranggapan itu mungkin menyebabkan dia naik kepala. bagi saya itu terpulang kepadanya, sesungguhnya Allah itu adil.

Alhamdulillah, dengan keredhaannya, saya dan dia masih berdiri bersama untuk mencapai niat dihati. Cuma apa yang penting,

Kata orang jangan diabai dan jangan pula diambil serius bahkan berfikirlah sebelum membuat keputusan kerana setiap keputusan itu adalah jalan yang anda pilih dan akan membawa anda ke lokasi pilihan anda. Ia tidak akan jelas dan tidak juga kabur, cuma ia memerlukan perhatian dan kesungguhan untuk mendapat apa yang diinginkan.