Tuesday, February 28, 2012

Mimpi

Hari berganti hari, perasaan tetap sama. Tidak ada yang mengubah perasaan ini terhadapnya. Cuma dugaan sahaja yang sentiasa datang tanpa mengenal apa yang kita hadapi ketika itu atau dalam kata lain dugaan bertambah-tambah.

Aku tetap tabah menempuhinya demi satu impian dan niat untuk bersamanya dan ingin menikahinya suatu hari kelak.

Mimpi itu mainan tidur kata orang. Bagi aku kadangkala ia bukanlah mainan tidur semata-mata kerana apa yang pernah aku mimpikan sering menjadi sesuatu yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian aku.

Bermula dari kisah keluarga, rakan dan cinta. Mimpi-mimpi sebegini sering berlaku pada diriku dan kadangkala ia membuat aku yakin untuk meneruskan sesuatu yang aku inginkan untuk hidup.

Alangkah indahnya jika anda bermimpi orang yang anda sayang, kan?

Aku juga melalui semua mimpi itu dan kadangkala aku juga sering melakukan sesuatu berdasarkan mimpi yang selalu aku lalui baik yang buruk mahupun sebaliknya.

Semoga mimpi yang seterusnya mampu membawa aku menjadi seorang yang berguna dan membantu aku mencapai niat hidup ku yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan.

No comments:

Post a Comment