Thursday, October 28, 2010

Kurang Selesa

aduh... kenapa dengan aku nie, sejak 2 3 hari nie, rasa tak tenteram sangat... macam-macam perasaan yang timbul... perlukah aku meneruskan perjuangan aku untuk mencari sesuatu yang aku inginkan selama ini. Ya Allah kau tunjukanlah kekuasaan mu dan tunjukkan aku jalannya agar mudah untuk aku meneruskannya.

Tuesday, October 26, 2010

Monday, October 25, 2010

Aku & Sekeliling

25 Oktober 2010

Aku sekali lagi menulis apa yang aku sedang rasakan ketika ini. Kehidupan aku yang agak kurang selesa dengan keadaan sekeliling yang seakan-akan memerangkap aku. kenapa jadi begini? tidak cukuplah apa yang telah aku lakukan selama ini? Allahuakbar, itu saja yang mampu aku katakan.

Aku tetap mencari jalan keluar dari keadaan yang agak kurang selesa ini. mampukah aku?


Lagu ini yang akan selalu aku dengar ketika mengalami keadaan yang kurang selesa.

Wednesday, October 13, 2010

Suka vs. Cinta

Ramai yang keliru sebenarnya berkenaan dengan suka dan cinta. Cuba anda tanya diri anda adakah anda suka akan seseorang itu atau anda sebenarnya cinta akan seseorang itu? Pada pandangan saya suka itu adalah bersifat commercial manakala cinta itu bersifat privacy. Kenapa saya mengatakan sedemikian?

Mengikut pengalaman saya sendiri, orang yang mempunyai perasaan suka terhadap seseorang akan mudah bergaul dengan orang yang mereka suka dan bagi mereka perasaan suka itu adalah termasuk rasa sayang tapi bukannya rasa cinta. Jika anda bercinta dengan orang yang anda suka dan bukannya dengan orang yang anda cinta maka kemungkinan cinta itu tidak kekal kerana anda gagal untuk menimbulkan rasa cinta pada diri anda terhadap orang yang sedang bercinta dengan anda.