Sunday, July 17, 2011

Day 21

Sebelum aku meneruskan perjalanan cerita di hari ke 21, lebih baik aku menceritakan apa yang berlaku di hari ke 14.

Di hari ke 14, sungguh malang bagi aku, apabila dia mengetahui aku ada menceritakan tentang kisah pemberian buku yang diberikannya kepada seseorang yang aku kenali. Buku yang diberinya kepada seseorang yang aku kenali sebagai Q itu adalah buku dimana aku yang membelinya atas arahan si dia. tetapi Q tidak mengetahui tentang perkar tersebut, dan setelah Q mengetahuinya, lalu Q menghantar sms kepadanya dengan ayat-ayat sindiran.

Tidak Lama kemudian si dia menghubungi aku dengan nada kecewa lalu ingin mengakhiri perhubungan ini. Tapi tidak seudah itu untuk aku melepaskannya.

Sepanjang 2 hari tidak bertegur akhirnya kami mengalah, dia menghubungi aku semula dan kami pulih seperti sedia kali. bagi aku "No Ending Without Official Statement".

Di Hari ke 21, aku mula memahaminya secara mendalam dan begitu juga dia. Selepas 21 hari barulah aku memahami erti cinta yang aku cari. Berkat kesabaran dan keredhaan aku terhadap maha pencipta.

Memang agak sukar untuk pasangan bercinta menerima hakikat bahawa "No calls, No Dating until day 21", tapi itulah hakikat yang aku kena lalui demi cinta aku terhadapnya.

Aku terlalu sayang terhadapnya sehingga sanggup berkorban perasaan sendiri demi melihat kami bahagia. Agak sukar sebenarnya untuk menerima realiti percintaan seperti ini kerana dia tidak dapat menghubungi aku melalui telefon apatah lagi berjumpa atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Amat bernasib baik aku mampu lagi menahan rasa rindu ini terhadapnya. Apa-apa pun aku amat bersyukur, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan seperti contah sekiranya dia lapar di tengah malam, aku hantarkan makanan kepadanya walaupun berisiko tinggi untuk "kantoi", aku cuma mampu menghantarnya di pagar rumah sahaja, tanpa menemuinya.

Di harap hari-hari yang mendatang lebih indah dari yang sebelumnya. InsyaAllah.

Sekian,

Isi hati yang inginkan cintanya.

Tuesday, July 5, 2011

Day 9

Selepas seminggu menjalani kehidupan sebagai "milik orang". Di hari ke-9 keadaan semakin baik dimana pelbagai persoalan telahpun terjawab dan pelbagai kemuskilan telahpun mendapat jawapan darinya.

Alhamdulillah, aku syukur atas kurniaanNya. Cuma aku harapkan hari-hari yang seterusnya akan membawa kami lebih jauh dalam mengharungi dunia yang penuh dugaan ini, tambah-tambah lagi dengan kehidupan kami yang agak "complicated" dengan hal-hal keluarga.