Thursday, May 3, 2012

Matahari, Petir & Pelangi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. "

Itu antara ayat yang sering kita dengar dan bagaimana untuk memberitahu seseorang itu bahawa dugaan yang datang adalah ujian sebelum menempuhi kejayaan.

Begitu juga aku, setiap apa yang berlaku dalam hidup, aku berjaya menenagkan diri, walaupun adakalanya syaitan berjaya memerangkap dan mempengaruhi aku.

Hari ini 3hb Mei 2012. Perjalanan kehidupan aku agak berlainan sedikit hari ini. Disebelah petang, air mata menemani aku di kala aku dan dia berbual menerusi telefon berkenaan perjalanan kisah cinta kami.

Setelah hampir setahun hubungan ini berjalan, hari ini satu demi satu ketakutan yang menghantui hubungan kami diselesaikan. 

Setiap seorang diantara kami mahukan hubungan yang berkekalan hingga akhir nyawa bahkan ingin menjadikan hubungan ini sebagai permulaan untuk melangkah ke alam berikutnya.

Tapi dugaan tetap hadir. Aku akui aku tidak sepatutnya menjalani hubungan cinta ini bersamanya kerana dia mungkin menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berstatus Suami dan ini semuanya berlaku atas pilihan keluarga.

Entah kenapa, aku rasakan hubungan ini patut diteruskan di mana dia yang aku cintai adalah wanita yang muncul dalam mimpiku ketika aku berhajat kepada Allah untuk tunjukkan kepadaku jodoh atau teman hidupku dan aku ingin bersamanya untuk selamanya.

Akhirnya Allah tunjukkan kepada ku dan Allah satukan hati kami walaupun aku telah diberitahu oleh beliau berkenaan hal "pilihan keluarga" sebelum kami menjalinkan hubungan ini.

"saya takut awak kecewa dan saya tak nak jika apa-apa yang berlaku dalam hubungan kita, awak marah dan mengungkit apa sahaja yang awak telah berikan kepada saya."

Itulah kata yang keluar dari mulut beliau dengan nada yang sayu.

"Kenapa awak berfikiran begitu sedangkan dari mula hubungan kita saya telah berjanji pada diri saya untuk menjaga awak dan juga keluarga. Saya tidak mahu bersama awak semata-mata demi cinta. Saya inginkan awak kerana ingin menjaga awak dan keluarga. ingin melihat awak gembira cinta."

Dia berdiam

"Selagi hubungan ini masih berjalan, awak tak perlu sedih, saya ada bersama awak, saya tak nak awak mempunyai tanggapan bahawa awak tidak mempunyai apa-apa dan merasakan diri awak adalah beban untuk saya. Jodoh itu ketentuan Allah, dan saat ini, selagi kita masih bersama, awak adalah tanggungjawab saya. Jika awak bimbang dengan keadaan yang awak akan meninggalkan saya dan awak bernikah suatu hari nanti dengan lelaki itu, saya nasihatkan jangan fikirkan. Kenapa? kerana sekarang awak bersama saya dan tidak tertulis lagi bahawa lelaki itu confirm akan bernikah dengan awak. Apa-apa boleh berlaku. Itu kerja Allah"

Dia masih berdiam dan ketika aku panggil namanya, dia hanya menjawab "hmmm..." dan jelas sekali dia menangis.

Aku hanya mampu berkata "jangan sedih cinta, selagi awak bersama saya, saya nak awak gunakan perluang ini untuk memperbaiki hubungan kita ini. Walaupun kita tidak pernah bergadoh tapi kita kena bersedia dan bersabar jika ada apa-apa berlaku."

"Saya takut jika saya selalu meminta kepada awak dan saya amat risau dengan keadaan ini. saya kosong dan tidak mempunyai apa-apa." katanya dengan sedih.

"Cinta.. jangan cakap begitu.. harta benda saya boleh cari, tapi hati? hati saya dan niat saya semata-mata untuk bersama awak, menjalani kehidupan suka dan duka bersama. Awak yang sering memberitahu saya suatu ketika dahulu SABAR SABAR SABAR... Itulah ayat awak dan kerana sabar lah saya bahagia bersama awak sehingga kini dan saya nak awak tahu, cinta dari hati saya, niat saya, semuanya saya kena tunaikan untuk merealisasikan impian saya jika kita bersama. Saya akan kecewa jika hajat saya tidak kesampaian dalam hubungan kita. Setiap hari saya akan memperbaiki diri dan menjaga hubungan kita. Jika ada jodoh, kita tidak akan kemana love. Jika tiada jodoh saya redha dan ia semuanya ketentuan Allah." Jelas aku kepadanya sambil berlinangan air mata.

Mengakhiri perbualan kami, dia memberitahu aku tentang perasaan leganya apabila semua persoalan yang selama ini menghantuinya telah terjawab.

Alhamdulillah, aku pun berasa tenang dan ingin memperbaiki apa sahaja kelemahan dalam hubungan kami. Aku amat mencintai dirinya dan semoga Allah memudahkan perhubungan kami hingga ke langkah seterusnya.





No comments:

Post a Comment