Thursday, August 27, 2009

Senyum

aku hanya mampu tersenyum hari ini...

sebabnya kereta dah ambil dan ada orang hantar ucapan selamat berpuasa kat facebook aku..

tu pun dia hantar semalam dan aku baru perasan jam 12:43pm...

aku hanya mampu berkata dalam hati " aie...best..." senyum selama 3minit aku membacanya dan sejuk hati melihat gambarnya... lepas tu aku membalas ucapan itu tadi... tapi selepas membalas terfikir juga.. apa kata yang sorang itu nanti kalau dia terbaca... tapi takpe lah apa boleh buat.. kita banyak kawan rapat jadi tak jadi masalah menghantar ucapan yang sweet itu kat kawan yang lain.. :D

Mission Complete

Kali ini aku nak bercerita tentang kisah malam semalam di mana seorang kawan karibku telah di terjah oleh skuad photographer di kediamannya di senadin... Affy (bukan nama sebenenar) telah pun mencecah umurnya yang ke 21tahun, jadi kami telahpun membuat perancangan yang last minit untuk menerjah rumahnya... dan ketika penerjahan berlaku beliau yang sedang syok melihat katun terkejut dengan kehadiran skuad kami dan akhirnya kejutan untuk affy berjaya dengan kerjasama kakaknya...
Masih tekejut lagi...


Wednesday, August 26, 2009

Aku Bingung

Jam pukul 3.38pm tengah aku syok dengar lagu handphone berbunyi... sapa call? mekanik dari workshop ku hantar kereta call cakap kereta dah siap tapi dalam masa yang sama dia cakap benda ini benda itu perlu tukar ada yang dah jadi sekeras simen dan ada pula yang sumbat macam tisu masuk hidung... waaaaaaa.... kalau di kira semua kos dalam 2-3k... woooooooo....last2 aku cakap tukar yang penting sahaja dan dah di kira semuanya RM200...

Walau bagaimanapun aku tak dapat nak ambil kereta itu sekarang sebabnya takda bajet... hari jumaat baru lah aku dapat ambil kereta... itupun kalau gaji keluar waktu tu...

Monday, August 24, 2009

Post Pertama

Hari ini hari pertama aku menggunakan blog baru ini untuk aku meluahkan atau menceritakan apa sahaja yang berlaku pada aku sepanjang masa...

Petang Nanti aku nak hantar kereta pergi workshop nak repair sikit... Maklumlah aku yang banyak pakai kereta tu jadi kenalah maintain kan....

Dalam otak lain pulak kisahnya... orang dah nak tempah kek untuk raya tapi aku belum lagi nak buat kek diorang... maklum sajalah gaji belum keluar jadi budget untuk buat kek pun belum lah ada... hahaha... minggu depan aku akan mula buat kek orang-orang yang telah menempahnya... takut tak sempat...