Wednesday, October 13, 2010

Suka vs. Cinta

Ramai yang keliru sebenarnya berkenaan dengan suka dan cinta. Cuba anda tanya diri anda adakah anda suka akan seseorang itu atau anda sebenarnya cinta akan seseorang itu? Pada pandangan saya suka itu adalah bersifat commercial manakala cinta itu bersifat privacy. Kenapa saya mengatakan sedemikian?

Mengikut pengalaman saya sendiri, orang yang mempunyai perasaan suka terhadap seseorang akan mudah bergaul dengan orang yang mereka suka dan bagi mereka perasaan suka itu adalah termasuk rasa sayang tapi bukannya rasa cinta. Jika anda bercinta dengan orang yang anda suka dan bukannya dengan orang yang anda cinta maka kemungkinan cinta itu tidak kekal kerana anda gagal untuk menimbulkan rasa cinta pada diri anda terhadap orang yang sedang bercinta dengan anda.

No comments:

Post a Comment