Wednesday, November 17, 2010

Menanti Satu Jawapan

16Nov2010
9:46pm
Apa yang berlaku pada tarikh dan masa yang tercatat di atas adalah sesuatu yang membuat hati aku seakan-akan menerima satu ujian terbesar dari-Nya.

Aku menerima satu pesanan yang membuat hatiku menjadi kurang selesa dan gelisah bagai ada sesuatu yang tak kena. Cuma masa sahaja yang akan memberitahu aku segala-galanya tentang apa yang berlaku.

Di saat menerima pesanan itu hati aku seakan-akan menangis dan lalu aku menyentuh dada dan berkata "Ya Allah, apa lagi dugaan yang kau beri padaku." Air mata yang terkandung di sebalik mataku engan keluar, sedangkan ketika itu hati aku amat berdebar dan telah merasai tangisan itu.

11:30pm
Aku masih lagi merasai tangisan itu, sambil mendengar lagu Maher Zain, air mata yang bertakung di sekeliling mata tanpa setitis pun yang mengalir keluar, apa semua ini? Esok 17Nov 2010, Hari Raya AidilAdha, perasaan yang bercampur ini akan aku bawa ke hari seterusnya sehinggalah aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Adakah tekaan aku betul atau sebaliknya...


No comments:

Post a Comment