Tuesday, December 14, 2010

Tekanan...

Selesai sahaja photoshoot, aku dan boss pergi makan malam dan dalam masa yang sama aku berSMS dengan si dia... dalam beberapa pesanan ringkas yang aku hantar, aku lalu bertanya berkenaan dengan cadangan dan pendapat rakannya yang mahukan dia menjauhkan diri aku...

Cerita kami agak panjang berkenaan dengan topik tersebut sehingga aku menitiskan air mata sepanjang bermesej dengannya kerana aku tidak sanggup lagi dituduh dengan perkara-perkara yang memang aku tidak pernah menyangka sama sekali...

Orang kata lepaskan sahaja dia pergi, tapi aku kata "TIDAK" kerana hati aku belum merelakan beliau pergi begitu sahaja... dan beliau pun berkata begitu "we share a unique bond..."

Sekarang aku hanya mampu mengikut rentak yang sedia ada, walaupun kehidupan aku dan dirinya buat masa ini tertutup sedikit....

lagu ini menemani kehidupan aku sepanjang hari & malam...

No comments:

Post a Comment