Monday, November 30, 2009

Dia Telah Mengubah Kehidupanku...

aku adalah seorang yang serius ketika membuat kerja... kalau nak senyum memang susah... tapi sejak aku kenali seorang lelaki yang bernama Ariffin Mohamad dia banyak membantu aku dan mengubah diriku...

kisah aku bermula seawal aku mengenali dunia photography, antara orang yang terawal aku kenal ialah beliau. beliau seorang yang friendly kepada sesiapa sahaja yang beliau kenali mahupun tidak di kenali langsung. itu keistimewaan beliau dan kelebihannya...

sejak aku mula mengikuti beliau berphotoshoot dalam setiap majlis yang besar mahupun kecil, beliau tetap bersikap profesional dalam apa sahaja keadaan... dan sekiranya di perhatikan, beliau memang senang berkomunikasi dengan pelanggan mahupun saudara atau rakan pelanggan itu tadi...

Dan sehingga sekarang aku terikut-ikut akan cara beliau dan tanpa aku sedari aku mula berani untuk bercakap dengan pelanggan dan merasakan mudah untuk berkomunikasi... dari sikap ku yang suka mengambil gambar di celahan pelamin kepada mengambil gambar di hadapan pelamin dan banyak lagi perubahan yang telah berlaku pada aku...

semuanya adalah hasil tunjuk ajar beliau yang lebih mudah di panggil "Apen"... Tanpa beliau mungkin aku tidak jadi begini...

Sekian,
Ikhlas dari hati.

Monday, November 23, 2009

bilakah masanya...

Bilakah masanya Nikon D90 aku akan mempunyai microphone seperti ini...

Hari, Minggu & Bulan

mulai sekarang, hari-hari aku tidak akan seperti biasa lagi... hari dah mula sibuk dengan aktiviti dan kerjakerja yang hendak diselesaikan

minggu pula di penuhi dengan aktiviti lain terutama pada hujung minggu...

bulan tak payah cakaplah memang full wooow...

Thursday, November 19, 2009

Akhirnya...

aku berjaya juga mentranfomkan blog aku yang satu lagi kepada blog yang lebih menarik... selepas 3 hari aku mencuba untuk mentranfomkannya...

Thursday, November 12, 2009

My New Product, New Group, New Image, New Friend...

Coming Soon...

1. New Product: Video DSLR

2. New Group: Unisys Syndicate

3. New Image: Better Look & More Powerful

4. New Friend: Nikon D90

Semoga aku dapat mengubah apa yang telah aku lakukan selama ini, 2 impian telah tercapai, tapi masih ada lagi yang perlu di kejar....

Hari Ini Jadi Sejarah...

tanpa aku dunga jam 5:30pm 11/11/09...
aku terima pangilan dari pemilik group photography miri Unisys Syndicate yang menawarkan aku menjadi ahli di dalam group tersebut... aku terdiam sebentar... tanpa banyak tanya aku setuju dengan tawaran tersebut...

Alhamdulilah...

Friday, November 6, 2009

Aktiviti Hujung Minggu ini....

esok (sabtu) kalau jadi ada street shoot n malam pulak ada shoot engagement....

minggu depan pula nak takel awek baru bernama Nikon Dee Sembilan Puluh...

tengoklah nanti camne perkembangan aku lepas minggu nie...

Happy atau sebaliknya...