Wednesday, May 12, 2010

Aku Berubah

sebelum aku bergelar photographer, kehidupan aku agak suram dan sunyi, aku tidak tahu apa itu kenikmatan kehidupan di dunia, dan aku tidak pernah merasainya. kali ini aku ingin membuat pendedahan tentang diri sendiri. Aku yang orang kenali adalah seorang manusia biasa yang tegas, bertanggungjawab, berdikari dan pemalu.

Pemalu? ya. aku memang pemalu, sehingga usia aku kini, barulah aku tahu bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain. Aku sedar aku adalah seorang yang agak sukar untuk menegur orang di sekeliling apatah lagi mereka yang tidak di kenali.

Akan tetapi, sejak bergelar seorang photographer dan bersama UnisysSyndicate, kehidupan aku berubah serta merta. dari yang pemalu dan tegas kepada yang mempunyai keyakinan diri. Keyakinan yang mungkin belum boleh di banggakan pada ketika itu, sehinggalah tibanya satu pertandingan Miss Tourism Intercontinental 2010 di mana pada ketika itu aku menjadi photographer.

Di sanalah, aku mula untuk membuka mata sendiri dan menyedarkan diri "Jika yakin, aku pasti dapat melakukannya". Pada mulanya memang agak kekok untuk bergaul dengan peserta pertandingan tersebut, tambahan pula mereka merupakan antara gadis yang tercantik di dunia dan mewakili negara masing-masing.

Hampir setiap hari aku bersama mereka, dan macam-macam perasaan yang timbul, tapi aku tidak melayan perasaan aku sendiri kerana bagi aku "aku belum mampu untuk merapatkan diri dengan mereka" sehinggalah aku mula sedar, "perluang hanya datang sekali".

Ya memang betul, "peluang hanya datang sekali" kerana mereka akan pulang ke negara masing-masing selepas tamat pertandingan ini. Aku dengan keyakinan yang belum meningkat, memulakan langkah pertama mencari target subject(ambil gambar). Setelah selesai beberapa snap untuk orang yang sama, aku pun mulalah mendekatkan diri dan mengambil gambar bersama mereka.

Hari berganti hari, aku semakin yakin dan dengan keyakinan yang ada aku cuba untuk mendekatkan diri dengan peserta lain pula, dan aku berjaya. Maka ternyatalah perasaan aku selama ini harus aku ubah untuk mendapat keyakinan yang tinggi dan menyedarkan diri sendiri bahawa aku juga mampu lakukan perubahan.

Tambahan pula peserta pertandingan ini semuanya bersikap terbuka, maka aku seharusnya bersikap terbuka bersama mereka supaya mereka berasa selesa bila bergaul bersama. Sehingga ada yang bergurau dengan cara tertentu dan aku bersikap profesional, kerana bagi aku itu budaya mereka jadi tak jadi masalah untuk mereka melakukan perkara tersebut terhadap aku. cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya.

Cabaran aku belum terhenti setakat ini kerana mereka aku berada di sini sehingga peringkat Final. Harapan aku agar apa yang aku harapkan sepanjang bersama mereka menjadi kenyataan.

To Be Continued...

No comments:

Post a Comment