Thursday, November 11, 2010

11 NOVEMBER 2010

hari ini 11 november 2010, satu tahun yang lalu, sesuatu berlaku pada tarikh ini.

Jam 5 petang 11 November 2009 - aku menerima panggilan dari pemilik kumpulan fotografi Unisys Syndicate iaitu saudara Ariffin Mohamad.

Apa yang berlaku? Beliau menawarkan aku untuk menjadi member kumpulan tersebut.

Sila baca entri ini untuk lebih lanjut:

itulah yang berlaku.

walaupun baru setahun aku bersama kumpulan tersebut, aku tetap gembira dan tidak ada apa yang sanggup aku ungkapkan melainkan Syukur Alhamdulillah.

Bersama mereka menjalani kehidupan yang penuh mencabar ini ibarat menjalani kehidupan yang penuh dengan kegembiraan.

Banyak perkara lagi yang aku kena pelajari dan banyak jua liku-liku hidup yang akan aku lalui selepas ini.

Cita-cita aku tidak berakhir di sini, ada beberapa lagi yang belum tercapai...

Antaranya:

1. Menjadi seorang pegawai perubatan - Akan bermula Awal Tahun hadapan, Insyaallah.

2. Menjadi seorang usahawan yang berjaya.

3. Menjadi seorang yang berguna dan mampu membahagiakan orang lain.

Itu antara cita-cita aku yang akan aku capai, tapi bukan setakat itu, banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan untuk meneruskannya.

Terima kasih kepada mereka yang menyokong aku selama ini dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Sekian.
Penulis Blog

No comments:

Post a Comment