Monday, December 13, 2010

Akhirnya...

Hari ini terbongkarlah semua kisah yang sering bermain difikiran aku selama ini, pada jam 10:00 malam 13/Dis/2010 selepas keluar makan bersamanya, dalam perjalanan balik, dia menceritakan semuanya kepadaku tentang kenapa beliau berubah sikap dalam 6 bulan yang lepas... sungguh menyentuh perasaan aku mendengarnya... dan apa yang aku sangkakan selama ini, itulah penyebabnya...

Amat sukar untuk menerima hakikat disebabkan aku mengenali bekas kekasihnya, aku di beritahu bahawa beliau dinasihatkan agar tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan aku kerana kuatir aku akan menjadi seperti apa yang kawan aku lakukan terhadapnya...

SHITTTT!!! aku menyumpah, kerana aku di samakan seperti lelaki sial itu... kenapa perlu aku di lakukan sebegini rupa, sedangkan aku tak bersalah langsung...

Dan dia dinasihatkan agar menjauhkan diri dari aku... WHATTT?? mampukah aku? jawapannya TIDAK... aku tidak mampu untuk menjauhkan atau dijauhkan dari nya... KENAPA? sebab dia adalah pilihan hati aku, bukan pilihan perasaan aku...

Cukuplah aku di buat seperti ini 7 tahun yang lalu tapi sekarang aku kena menempuhinya sekali lagi...

Aku cuma mampu membiarkan air mata berlinangan jatuh menyembah bumi...

HARAPAN, PERASAAN, KATA HATI semuanya musnah begitu sahaja...

apa yang patut aku lakukan sekarang??


No comments:

Post a Comment