Thursday, September 13, 2012

Jiwa aku Rapuh

"Kau mesti akhiri perhubungan kau dengan gadis itu." kata seorang rakan karib ku apabila dia mengetahui yang keluarga kekasihku telah menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan rumahtangga rakannya semata-mata untuk menjadikan lelaki itu suami kepada kakak kekasihku walaupun sehingga kini rancangan itu belum berjaya.

Aku agak blur pada mulanya. Selepas diasak beberapa kali dengan beberapa bukti aku lalu mengemas pakaian dan berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam untuk memeriksa diriku tidak menjadi mangsa seterusnya.

"Kau tidak mempunyai apa-apa masalah, cuba badan kau telah dimasuki iblis tapi bukan kerana perbuatan orang." Aku terdiam seketika dan kemudian aku diberitahu bagimana iblis memasuki badanku dan seterusnya berada di bahagian pundi kencing dan di dalam tulang.

Beberapa jam kemudian aku diarah untuk mandi dengan beberapa jenis bunga dan ubat-ubatan yang menjadi penawar kepada ku.

Setelah selesai aku dihujani dengan beberapa message yang menanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada diriku. Dalam masa yang sama kekasihku  pun menghubungi ku dan setelah dia mengetahui serba sedikit tentang kejadian yang menimpaku dia cuba untuk menenagkan ku.

Setelah beberapa jam kami bercakap mengenai hal berkenaan melalui "bbm" kami pun mula beralih arah bercerita tentang hubungan kami. Dan dalam perbualan itu aku keliru sama ada ingin mempercayai atau sebaliknya tentang setiap kata-katanya.

Sukar untuk aku gambarkan perbualan itu sehingga ayat terakhir aku 

"Dan suatu hari suatu masa, jika awak tidak selesa bersama saya dan inginkan kita menjadi seperti orang biasa, saya redha dan saya tidak akan berasa marah mahupun berkecil hati kerana saya enggan memaksa orang, kerana memaksa itu ibarat menyiksa diri sendiri" 

dan ayat aku itu dibalas dengan 

"Satu hari. bukan sekarang."

Aku lalu terdiam dan mula menyendiri. Entah bagaimana aku hendak mengakhiri hubungan ini jika dia didapati bersalah kerana mempergunakan aku dengan ilmu itu juga dan bagaimana pula jika dia langsung tidak mengetahui atas perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya terhadap orang lain.

Sehingga kini aku tidak mendapat jalan penyelesaian kerana aku sendiri tidak pasti mampukah aku menjadi orang biasa selepas banyak perkara buruk yang aku dengar tentangnya serta bagaimanakah caranya aku ingin mencari kebenaran untuk semua itu.

No comments:

Post a Comment