Thursday, October 22, 2009

Hanya Mampu Redha

hmmm.... kisahnya bergini... bila aku bukak FB tengok dia online... aku suka... suka itu sudah lama cuma masa sahaja menentukan itupun kalau menjadi... aku tidak mampu mengbuang dirinya dalam hidupku walau dengan apa cara sekalipun... tak tahu kenapa... seolah-olah dirinya bagaikan nyawa yang sentiasa membuat aku bernafas dengan selesa...

Itulah namanya keajaiban... aku tahu dia tahu tentang perkara ini suatu ketika dahulu hingga sekarang... Susah payahnya aku yang ambil tahu... menangis sekalipun dia padaku, aku tetap menahan jiwa yang sebenarnya turut sedih kerana dia berada di dalam kesedihan... aku sengaja menulis perkara ini di ruang ini supaya aku dapat membebaskan sedikit rasa yang terbuku di jiwa... mungkin bagi sesetengah pembaca ianya amat jiwang tapi bagi aku ini adalah ruangan aku dan pengkritik yang melampau tidak diperlukan...

Yang bermain dimindaku sehingga sekarang ialah mampukah aku bersamanya... bila aku memikirkannya jiwa aku seakan-akan membara seolah-olah dia itu ada di sisiku tapi ianya hanyalah khayalan semata-mata...

Mungkin anda tertanya-tanya siapakah gadis yang istimewa itu... Hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja tahu tentang kisah ini... Nak tahu sila tanya...

No comments:

Post a Comment