Monday, November 30, 2009

Dia Telah Mengubah Kehidupanku...

aku adalah seorang yang serius ketika membuat kerja... kalau nak senyum memang susah... tapi sejak aku kenali seorang lelaki yang bernama Ariffin Mohamad dia banyak membantu aku dan mengubah diriku...

kisah aku bermula seawal aku mengenali dunia photography, antara orang yang terawal aku kenal ialah beliau. beliau seorang yang friendly kepada sesiapa sahaja yang beliau kenali mahupun tidak di kenali langsung. itu keistimewaan beliau dan kelebihannya...

sejak aku mula mengikuti beliau berphotoshoot dalam setiap majlis yang besar mahupun kecil, beliau tetap bersikap profesional dalam apa sahaja keadaan... dan sekiranya di perhatikan, beliau memang senang berkomunikasi dengan pelanggan mahupun saudara atau rakan pelanggan itu tadi...

Dan sehingga sekarang aku terikut-ikut akan cara beliau dan tanpa aku sedari aku mula berani untuk bercakap dengan pelanggan dan merasakan mudah untuk berkomunikasi... dari sikap ku yang suka mengambil gambar di celahan pelamin kepada mengambil gambar di hadapan pelamin dan banyak lagi perubahan yang telah berlaku pada aku...

semuanya adalah hasil tunjuk ajar beliau yang lebih mudah di panggil "Apen"... Tanpa beliau mungkin aku tidak jadi begini...

Sekian,
Ikhlas dari hati.

No comments:

Post a Comment