Tuesday, September 6, 2011

Kuala Lumpur + Awak

Hari nie, hari kedua aku di bandar Kuala Lumpur. suasana agak kurang selesa... biasalah tempat baru katakan...

Esok sebelah malam kena pergi workshop dengan bos & director... best memang best... saya suka kerja saya.

Disebalik saya suka kerja saya itu ada satu perkara yang mengganggu aku sejak sekian lama sehingga kini. bagi yang sering mengikuti perkembangan blog aku nie, pasti dah tahu apa yang akan aku ceritakan.

Kisah Cinta yang tidak kesampaian. 2 bulan sebelum nie... perhubungan aku dan si dia mungkin tidak lagi seperti pasangan bercinta tapi ia lebih kepada "kawancinta".

Dan hari ini lagi menyedihkan aku apabila dapat tahu orang yang dijodohkan untuknya oleh ibunya akan menemui ayahnya untuk urusan yang faham-faham je lah.

Memang agak sedih dan perit untuk aku menerima keputusan itu, aku hanya mampu berserah dan menahan hati yang menangis kerana tak mampu melupakan apa yang berlaku dan apa yamg telah aku korbankan untuk bersamanya. Aku pernah menyimpan niat untuk melupakannya bila aku berkerja di Kuala Lumpur.

Tapi, semuanya sia-sia, mungkin kerana hati aku ikhlas untuk dekat padanya dan terlalu inginkannya menjadi milikku dari mula aku mengenalinya hingga ia muncul di dalam mimpi ku selepas solat yang aku lakukan.

Dan kini semuanya mungkin berakhir... impian aku mungkin tinggal angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Yang aku inginkan kini ialah melupakan dia dari kehidupan ku, tapi gagal.

Aku tak tahu nak lakukan apa lagi... kuatkan iman aku, tingkatkan ketaqwaan aku kepadaNya sahaja yang mampu aku lakukan. Yang lain semuanya aku dah lakukan untuk melarikan diri dari hidupnya. tetap juga gagal.

No comments:

Post a Comment