Wednesday, June 29, 2011

Day 3

Hari nie hari ke-3 menjadi milik seorang gadis yang digelar "u.s /mummy". Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang diberi oleh tuhan kepadaku... dalam jangka masa tiga hari, no call, yes sms/bbm.

Hebat bukan? inikah bercinta namanya?atau Benci-nta?haha.. Aku perlu membiasakan diri dengan situasi sebegini, jika tidak pasti kecundang awal dari jangkaan aku.

Aku pada mulanya ingat, bahawa aku setabah Farid Kamil dalam cerita "I'm Not Single" atau Sehebat Aaron Aziz dalam "Nora Elena" tapi rupanya jauh sekali untuk aku menjadi setabah itu.

Aku tetap juga mencuba, dan dihari ketiga banyak jawapan dan persoalan yang terjawab. Inilah kehidupan. Jika anda ikhlas dan bersungguh-sungguh ditambah lagi dengan rasa sabar anda pasti akan terima kebenaran dan mengetahui satu kisah yang anda tidak pernah ketahui selama ini.

Apa-apa pun selagi aku mampu untuk meneruskan kehidupan aku akan teruskan seperti orang lain cuma memerlukan ketenangan dan beringat kepada yang maha kuasa.

No comments:

Post a Comment