Monday, June 27, 2011

After 7 years

Alhamdulillah selepas 7 tahun membujang, akhirnya aku menemui cinta yang aku cari.

Pada 26 Jun 2011 jam 10:44am maka dengan rasminya aku mula bercinta dengan gadis yang menjadi pilihan hatiku selama 6 bulan sebelumnya.

Gadis yang ku gelar mummy ini aku kenali selama 6 bulan yang lalu, walaupun beberapa kali cintaku ditolak, namun aku tidak pernah berputus asa untuk mendekatinya, malahan kami semakin rapat hari demi hari.

Dia muncul di dalam mimpi ku selepas aku memohon kepada Allah agar ditunjukkan kepadaku seorang gadis yang mungkin sesuai untuk bersamaku. Dan akhirnya dia menjadi milikku.

Yang membuat aku bertambah yakin adalah sejak 2003 lagi dia tinggal berhampiran rumahku, dan aku sering melalui jalan tersebut dan mengenali kakaknya, tapi aku tidak pernah mengenalinya. Itulah dinamakan jodoh, jika itu takdir yang ditentukan untuk aku, pada bulan 1/2011, aku mula mengenalinya.

Walaupun cinta kami mungkin tidak berpenghujung seperti orang lain, tapi aku tetap syukur atas kepercayaan yang diberikan olehnya kepadaku. Amat sukar sebenarnya untuk menerima cinta yang belum tentu milik kita, tapi aku tetap ingin mencuba yang terbaik dan termampu untuk aku dan dia.

No comments:

Post a Comment