Thursday, May 26, 2011

Cinta Tidak Semestinya Memiliki

Jika cinta anda tidak diterima, bersyukurlah sekiranya anda berjaya memberinya layanan seorang kekasih selepas cinta anda ditolak dan dia mnerimanya dengan tenang walaupun tidak diketahui olehnya bahawa layanan itu sebnarnya adalah layanan yang dia akan terima sekiranya dia menjadi kekasih anda.

Berbaloikah semua itu? Ia akan menjadi berbaloi sekiranya dia menjadikan anda tempat untuknya mngadu dan meluahkan semua masalahnya kepada anda dan dari sana anda secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana dan apa yang dia mahu untuk hidupnya dan kemungkinan orang lain tidak tahu akan hal yang anda tahu darinya.

Mugkin ada topik-topik yang anda akan kurang selesa tapi anda kena terima, kerana ia merupakan satu ujian terhadap anda jika anda benar-benar mencintainya. Masha-Allah.

"CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"

24:05:2011
12:10AM

No comments:

Post a Comment