Wednesday, May 25, 2011

Anda Kenal Apa itu "LOVE"?

amat sukar sebenarnya untuk mencari erti cinta sebenar. untuk mengenalinya juga sama. ia datang dari hati, tapi bagaimana jika orang yang anda cintai sepenuh hati anda tidak mempunyai perasaan yang sama seperti anda. atau dalam kata lain tidak mempunyai perasaan cinta terhadap anda.

sedangkan anda mempunyai perasaan yang mendalam terhadapnya, berkorban untuk dirinya. tapi anda tidak juga mendapat cintanya. jika difikirkan memang agak rugi untuk meneruskan hubungan yang mungkin tidak berpihak kepada anda. dalam masa yang sama anda rasa gembira untuk meneruskan hubungan bersamanya.

dan anda amat menjaga hatinya sehingga sebesar manapun kesalahannya, anda tidak pernah sekalipun memarahinya, bahkan layanan yang diberikan tetap sama seperti sebelumnya. anda tidak berubah sama sekali. mungkin orang yang anda sayangi itu tidak pernah menghargai anda seperti yang anda harapkan. tapi anda biarkan ia berlaku kerana bagi anda cukuplah anda sahaja yang menghargainya dan anda tidak mahu dirinya merasa beban dan bersalah terhadap anda.

adakah orang yang benar-benar mengenali erti cinta akan melalui semua ini? kalau difikirkan mungkin agak complicated dan nampak seakan-akan tak ikhlas. tapi itulah yang sering berlaku kepada mereka yang benar-benar inginkan cinta sejati. hanya mereka yang merasainya akan tahu ianya satu pengorbanan yang sukar untuk diterima dan satu kepuasan yang sukar untuk diluahkan.


dari; hati yang mencari kebenaran.
12/05/2011
11:28pm

No comments:

Post a Comment