Wednesday, March 2, 2011

February to March

Kali ini akau berkesempatan untuk menceritakan tentang apa yang berlaku pada aku kebelakangan ini...

Macam-macam cara aku diuji, difitnah dan dicaci oleh kawan sendiri, aku lagi mampu tersenyum, Kenapa? sebab aku rasakan semua orang akan diuji seperti aku, cuma masa sahaja yang akan menentukan bila. Dan dalam masa yang sama, insan yang aku sayang memberi aku semangat, membantu aku dan menunjukan dirinya betapa dia menghargai aku, dan itulah kekuatan yang aku ada dan itu sajalah perkara yang mampu membangkitkan aku dari kata-kata durjana mereka yang ingin memburukan aku dan menjatuhkan aku dari kebahagiaan yang sedang aku miliki.

Bagi aku mungkin ada masanya mereka memerlukan aku, dan ada masanya orang seperti mereka akan membiakan aku. Aku masih ada perasaan belas kasihan. Jika tidak, sudah tentu aku dah pergi jauh dari mereka dan memulakan sesuatu yang baru.

Kenapa aku masin ingin meneruskan perjuangan bersama mereka yang telah memalukan aku di hadapan orang yang aku sayang? BODOH kan aku, masih sanggup lagi nak meneruskan perjuangan bersama "MUSUH"...

Aku ingat dari mana asal usul ku, dan aku rasa aku belum layak untuk memulakan perjalanan sendiri. Aku mahu bersikap profesional, hal peribadi tidak dicampur dengan hal kerja. Itu yang aku fikirkan. Kalau ikutkan hati sudah tentu lama aku dah pergi memulakan langkah sendiri, banyak yang menyokong, cuma aku belum layak untuk memulakan semua itu, banyak perkara yang perlu aku fikirkan.

Demi cita-cita aku, demi masa depan aku, demi orang yang aku sayang, au sanggup bertahan sehingga masa menarik aku pergi menjalani kehidupan baru...

Aku amat sedih dan berdukacita dengan apa yang berlaku dalam kehidupan ku, dan aku amat berterima kasih kepada si dia yang masih sanggup lagi bersama aku menjalani kehidupan yang semakin penuh dengan duri-duri fitnah dan kata-kata yang boleh membunuh masa depan aku.

Perhatian: Kepada pembaca, dan yang pernah/sedang berkawan dengan penulis blog ini di 'facebook'. untuk pengetahuan anda, facebook penulis blog ini mempunyai 2 pengguna yang berbeza dan sekiranya anda melihat status yang agak lain dari yang lain, itu bermaksud facebook penulis ini digunakan oleh orang ke 2.

Sekian.
Penulis blog.

No comments:

Post a Comment