Kadang-kadang kita gembira bersama yang tersayang, tapi sampai satu ketika pasti ada saja dugaan yang datang tanpa diundang... Itulah yang terjadi kepada rakan rakan sekerjaku.
Semenjak aku mengenali rakan ku yang bernama "J", aku tidak pernah mendengar beliau mengeluh tentang cinta, sehingga aku sendiri mempelajari apa itu cinta dari beliau... Tapi selepas 1 tahun lebih akhirnya oa terjadi kepadanya. Dugaan yang tidak diduga datang tanpa kerelaan "J".
Walau aku tidak mampu berbuat apa-apa, tapi aku tahu bagaimana perasaannya... Yang dulu ceria kini air mata menjadi penemannya.
Kisahnya terjadi apabila bekas kekaih teman lelakinya seolah-olah menyindir "J" seakan-akan "J" penghalang hubungan mereka sedangkan "J" tidak tahu apa-apa tentang hubungan tersebut.
Bagi aku, perempuan tersebut telah mencari publisiti murahan dan sekiranya dia inginkan lelaki tersebut sekalipun, janganlah sampai menampakkan seolah-olah hanya dia seorang yang mempunyai perasaan cinta.
Dan bagi seorang lelaki a.k.a rakan sekerja, aku hanya mampu mendengar dan membantu dengan pengalaman yang aku pelajari bersama Dato' Dr. Fazilah Kamsah.
Aku masih ingan kata beliau: " Jangan sesekali bercerita tentang kisah lama / kekasih lama dengan pasangan anda kerana ia akan menyebabkan pasangan merasakan seolah-olah anda membanggakan kekasih lama dan menampakan keegoan anda sendiri'...
No comments:
Post a Comment