Sunday, December 27, 2009

Pengajaran itu Pengalaman

sepanjang aku jadi seorang jurugambar selama 1 tahun lebih belum pernah lagi aku tersalah masuk rumah pengantin... Tapi hari ini perkara tersebut berlaku.

Dimana pada waktu tersebut terdapat 2 rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan di kampung yang sama, dan tambah meyakinkan lagi bila pemilik rumah tersebut merupakan orang yang mempunyai nama yang sama...

pada mulanya aku mushkil juga kerana pengantin rupanya seperti orang yang dah berumur...

Tanpa mempedulikan apa-apa, aku dan 2 org rakan bercakap seperti normal dan sarapan di rumah tersebut atas jemputan tuan rumah...

selepas 1 ketika, aku pun masuk ke bilik pengantin dan mengambil gambar pengantin perempuan yang tengah "ber make-up"... aku rasa pelik dan tertanya-tanya "kenapa pengantin tak senyum dan buat muka macam nak makan org" dan beberapa mminit kemudian, masuklah kakak pengantin perempuan dan bertanya... setelah bertanya maka nyatalah kami tersalah rumah...

maka kami berlalu pergi mencari rumah pengantin yang sebenarnya...

Dalam hati kami bertiga, hanya diri sendiri yang tahu, walau bagaimanapun aku bersikap profesional dalam setiap tugas yang di beri...

No comments:

Post a Comment