Friday, January 8, 2010

Isu Masa Kini

Di mana-mana sahaja, baik media, Surat khabar, Tv, Laman web peribadi dan lain-lain... Semua bercerita tentang isu nama "Allah"... Haruskah isu sensitif seperti itu dijadikan sebagai "point" untuk mencari populariti dan merosakkan keamanan negara?...

Cuba lihat & renung seketika, Sarawak sebagai contoh, tak pernah wujudpun isu penggunaan nama "Allah"... boleh dikatakan majoriti agama kristian di sarawak ini kitab mereka tertulis nama Allah... Salah merekakah?

Maka ternyatalah isu seperti ini tidak patut di politikkan dan menjadi isu sehingga ada yang membakar gereja... Inikah namanya 1Malaysia?

Aku sempat bertanya kepada rakan sekerja ku yang beragama kristian tentang isu ini dan katanya "Tuhan kita satu, Allah yang satu"... nah? nak cakap apa lagi memang ternyatalah pemikiran masyarakat yang suka berpecah belah punca segala-galanya...

Melalui pegalaman aku juga apabila mengambil gambar di gereja/church semasa majlis perkahwinan... mereka menggunakan nama "Allah" ketika membaca sesuatu yang tertulis di dalam kitab yang mereka pegang... Jadi takde masalahlah, bukannya agama lain mempergunakan nama tersebut... Dah memang dari zaman dulu lagi nama tersebut telah di gunakan baru sekarang menjadi isu... memang pemikiran sempitlah...

Sekian.

No comments:

Post a Comment