Petikan dari Seorang Jurugambar popular negara(UdeyIsmail)...
Tip untuk Latihan supaya sentiasa menjadi Kreatif :
Ade Sesetengah daripada kita akan berasa tidak berpuas hati dengan gambar yang dihasilkan oleh tangan sendiri dan selalu terasa tercabar dengan gambar orang lain.Soalan yang kerap kali ditanya pada aku:
Kenapa gambar ko terang ?
Macam mana ko dapatkan gambar Sharp?
untuk Jawapan daripada soalan aku bagi orang yang tanya dan orang yang akan tanya. Kita kena yakin dengan kebolehan diri kita sendiri dan jangan mudah berputus asa untuk terus berusaha.Manusia takkan puas dengan apa yang ada,kecuali redha apa yang ada.Bagi aku,aku sendiri pon tak rase gambar yang aku hasilkan itu adalah yang terbaik,kadang berfikir jugak,kenapa gambar yang aku ambik kurang SHARP,mungkin disebabkan kamera yang kurang canggih.Daripada Kamera yang kurang canggih,aku cuba lakukan dengan cara Kreativiti diri sendiri.Untuk korang,korang kena yakin,gambar yang korang hasilkan tu terbaik,mungkin dari kaca mata korang,mmg nampak kurang Sharp,sama jugak apa yang aku rase,kita takkan puas,apa yang perlu kita buat,ignore perasaan mcm tu,dan aku rase,benda-benda yang kita fikir tu,akan melemahkan kita sendiri dan seterusnya terpaksa keluarkan duit untuk beli kamera yang lebih canggih.Jika dengan kamera canggih yang baru kita beli,belum masih dapatkan gambar Sharp yang kita nakkan,fikirkan apa yang perlu kita buat seterusnya.Memang kemampuan mampu mendapatkan kehendak,Apa yang penting,kita kena yakin dengan hasil kerja kita,Gambar Jelas,tak blur dan tak noise,ingat mata original yang Allah kasi,adalah lens yang paling tajam,guna otak sebagai Memory sebelum kita tekan Shutter.
Latihan supaya menjadi sentiasa Kreatif, Sebelum kita lakukan sesuatu,perkara yang paling penting adalah rujukan dan lakaran.Rujukan adalah 1 perkara utama yang paling penting.Untuk permulaan bagi yang baru,rujukan adalah penting.Rujukan pertama, Letakkan diri kita pada permulaan dilocal.Bila diri kita sudah puas,rujukan kedua adalah international,banyakkan rujukan.Aku sendiri pon sampai sekarang ,masih memerlukan rujukan.Bila otak kita sudah mahir melihat benda-benda cantik,insyallah,otak korang akan selalu aktif untuk berfikir dan akan sampai 1 tahap, 80% yang keluar dari kreativiti sendiri.
Sebelum kita ambik gambar,apa yang perlu adalah rehat yang secukupnya,sebelum tido,letakkan target.Contoh Esok aku ade shooting untuk Wedding, Sebelum aku tido,esok aku buat something yang baru,aku kena buat.Ingat bila kita ditempat event,jangan berenti berfikir dan selalu la aktif bergerak dan berpusing la mencari sesuatu, jangan time moment kita lari tempat lain,mati kena maki dengan pengantin.Elakkan idea yang berulang-ulang.Bila kita kurang bergerak,otak akan jamm dan badan akan jadi lemau,otak mula malas berfikir.Apa yang penting PR diri kita dengan semua orang,hilangkan lemau dengan melayan semua orang yang kita rase boleh ditegur.Benda yang selalu membuatkan kita lemah seperti Keadaan sekeliling ,teguran, ermm ingat semua,kalau abang-abang photographer nie buat kerja,jangan tegur kasar-kasar dan jangan marah-marah,sebab ini akan membuatkan hilang mood.Setakat ini sahaja yang mampu aku kongsikan dengan semua dan apa yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman dan tip yang selalu aku amalkan,apapun selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment