Nampaknya diawal tahun 2011 ini, kebanyakan perkara yang berlaku tidak menyebelahi aku, aku rasakan bagai nak kembali ke 2010, kerana di tahun itu aku lebih bersedia untuk menempuh dugaan dan cabaran kehidupan.
Orang kata 'apa-apa pun kehidupan kena di teruskan', ya memang benar, tapi sejauh mana keberanian dan kekuatan aku untuk meneruskannya sekiranya aku tidak dapat menempuhinya?
'Sabar, sabar, sabar'... itu yang sering kedengaran, dan aku sering tak mengendahkannya, kerana setiap kali aku sabar pasti bertambah dugaan yang aku terima
Entah sampai bila aku akan diuji sebegini rupa...
No comments:
Post a Comment