Tuesday, November 30, 2010

Not Now!

semenjak seminggu yang lalu, sekali lagi dugaan datang kepada ku, entah mengapa aku di lakukan sebegini... Tanpa satu penjelasan pun yang aku terima... aku cuma mampu bersabar dan mengikut rentak diri sendiri...

Menenagkan diri sendiri itu yang aku sering lakukan supaya hati dan perasaan aku tidak memberontak seperti situasi yang aku hadapi... Cuma berharap keadaan kembali seperti biasa dalam beberapa hari yang mendatang...

Friday, November 19, 2010

Stabil

setelah beberapa hari menahan rasa yang kurang selesa, hari ini aku rasa tenang dan bersemangat. Alhamdulillah aku dapat menearik nafas lega walaupun banyak lagi yang belum selesai...

Wednesday, November 17, 2010

Menanti Satu Jawapan

16Nov2010
9:46pm
Apa yang berlaku pada tarikh dan masa yang tercatat di atas adalah sesuatu yang membuat hati aku seakan-akan menerima satu ujian terbesar dari-Nya.

Aku menerima satu pesanan yang membuat hatiku menjadi kurang selesa dan gelisah bagai ada sesuatu yang tak kena. Cuma masa sahaja yang akan memberitahu aku segala-galanya tentang apa yang berlaku.

Di saat menerima pesanan itu hati aku seakan-akan menangis dan lalu aku menyentuh dada dan berkata "Ya Allah, apa lagi dugaan yang kau beri padaku." Air mata yang terkandung di sebalik mataku engan keluar, sedangkan ketika itu hati aku amat berdebar dan telah merasai tangisan itu.

11:30pm
Aku masih lagi merasai tangisan itu, sambil mendengar lagu Maher Zain, air mata yang bertakung di sekeliling mata tanpa setitis pun yang mengalir keluar, apa semua ini? Esok 17Nov 2010, Hari Raya AidilAdha, perasaan yang bercampur ini akan aku bawa ke hari seterusnya sehinggalah aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Adakah tekaan aku betul atau sebaliknya...


Thursday, November 11, 2010

11 NOVEMBER 2010

hari ini 11 november 2010, satu tahun yang lalu, sesuatu berlaku pada tarikh ini.

Jam 5 petang 11 November 2009 - aku menerima panggilan dari pemilik kumpulan fotografi Unisys Syndicate iaitu saudara Ariffin Mohamad.

Apa yang berlaku? Beliau menawarkan aku untuk menjadi member kumpulan tersebut.

Sila baca entri ini untuk lebih lanjut:

itulah yang berlaku.

walaupun baru setahun aku bersama kumpulan tersebut, aku tetap gembira dan tidak ada apa yang sanggup aku ungkapkan melainkan Syukur Alhamdulillah.

Bersama mereka menjalani kehidupan yang penuh mencabar ini ibarat menjalani kehidupan yang penuh dengan kegembiraan.

Banyak perkara lagi yang aku kena pelajari dan banyak jua liku-liku hidup yang akan aku lalui selepas ini.

Cita-cita aku tidak berakhir di sini, ada beberapa lagi yang belum tercapai...

Antaranya:

1. Menjadi seorang pegawai perubatan - Akan bermula Awal Tahun hadapan, Insyaallah.

2. Menjadi seorang usahawan yang berjaya.

3. Menjadi seorang yang berguna dan mampu membahagiakan orang lain.

Itu antara cita-cita aku yang akan aku capai, tapi bukan setakat itu, banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan untuk meneruskannya.

Terima kasih kepada mereka yang menyokong aku selama ini dalam apa jua bidang yang aku ceburi.


Sekian.
Penulis Blog