Alhamdulillah, Hari ini bertambah setahun lagi usiaku. Tarikh keramat 12.12.2012. Tidak ada apa yang perlu aku katakan melainkan syukur padamu Ya Allah, tuhan semesta alam. Segala apa yang engkau berikan padaku selama ini aku amat mensyukurinya.
Dalam perjalanan hidup aku, dugaan itu adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi setiap manusia. Ringan berat itu terpulang kepadaNya untuk menguji sejauh mana kekuatan hambaNya itu.
Aku antara yang tidak terlepas dari dugaan itu. Cara aku mengatasinya mudah sahaja, hanya perlu kesabaran dan dekat padaNya. Dan paling mudah lakukan kebaikan kepada orang lain walaupun anda sering diperburukan dihadapan orang lain.
Nercaya suatu masa anda akan sedar kenapa dugaan itu datang dan apabila anda mengecapi kebahagiaan yang anda inginkan maka anda akan tahu nikmatnya.